Anda penggemar Tart Telur? Jomlah cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Nor Al Fatihah T-hah ini. Sangat mudah dan tidak renyah.
Dipetik melalui Wikipedia, Tart Telur atau Tart Kastard Telur adalah berupa pastri yang terkenal dan boleh didapati di Hong Kong dan juga negara Asia yang lain. Tart ini terdiri daripada satu lapisan pastri yang diisi dengn kstard telur yang kemudiannya dibakar.
Sedap kan? Terdapat dua jenis Tart Telur. Satu yang menggunakan doh tepung biasa dan satu lagi menggunakan Puff Pastri dan ia dikenali sebagai Tart Telur Portugis.
Jomlah cuba buat sendiri manisan enak ni. Mudah sahaja cara-caranya. Pasti ramai yang suka dan tak sabar nak hasilkan sendiri. Bak kata empunya resipi, Tart Telur beliau ini teksturnya gebu dan sedap. Kemanisan yang seimbang dan bila dimakan terasa crunchy diluar dan lembut di dalam. Best tu! Jom kita mula!
1.Shell Tart/Crust: Kacau mentega dan gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
2.Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
5.Filling Telur : Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
Ads
6.Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.
7.Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan.
8.Tuang filling hingga agak penuh.
9.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Guna api bawah saja. Masa mungkin berbeza bergantung pada suhu oven masing-masing juga.
Tidak lengkap rasanya jika sesuatu hidangan tanpa pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis manisan yang enak untuk hidangan keluarga mahu pun tetamu yang datang bertamu. Jika tercari-cari apa menu, ini ada tiga resipi dessert yang mudah disediakan yang boleh anda cuba.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
KUIH JONGKONG VERSI JOHOR
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus jongkong, daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Donut tidaklah terlalu sukar untuk dibuat namun kadang kala hasilnya tidak segebu dan selembut yang dibayangkan. Teringin nak makan donat yang lembut tapi hanya guna bahan biasa? Resipi perkongsian Norhazwani Binti Johari ini boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta (cairkan)
1 biji telur (pukul sikit)
1 cawan air suam(*)
3 sudu besar gula (*)
2 sudu besar susu pekat manis (*)
1 bungkus mauripan (*)
CARA-CARA:
Satukan bahan bertanda (*). Kacau sebati dan ketepikan 15 minit untuk proses pengembangan.
Dalam bekas berlainan, satukan planta, tepung dan telur. Gaul hingga sebati dan seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan bancuhan bahan bertanda (*). Masukkan sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang tidak melekat di tangan.
Tumbuk sedikit doh kemudian rehatkan selama 45 minit hingga 1 jam.
Setelah doh mengembang, uli semula kemudian canai. Bulatkan dan bentukkan menjadi bentuk donut.
Susun doh donuh dan biarkan seketika sehingga kelihatan kembang.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Guna minyak yang tidak terlalu panas bagi mengelakkan donut hangus.
Angkat, toskan minyak dan taburkan gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Anak-anak suka sangat beli jajan tak berkhasiat asal pergi kedai automatik dah ada dekat kaunter bayaran. Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan untk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri juga, apa kata cuba jajan homemade ni hanya menggunakan laksa untuk digantikan dengan jajan yang tak berkhasiat tu…
Anak-anak penggemar Twisties?, tak perlu risau lagi hanya dengan 1 bungkus laksa boleh dapat 2 balang, puas anak dan ayah makan sambil tengok tv..
Bahan-bahan:
Laksa beras yang telah dikeringkan.
Boleh beli laksa kat kedai, buat sendiri kemudian keringkan laksa tu, jemur sampai kering.
Atau.
Beli laksa segera kat kedai. Boleh terus goreng.
Goreng sampai garing.
Tips mengoreng.
Guna api sederhana.
Goreng macam kita goreng ikan bilis, dah tak ada letup kecil dan minyak cam senyap dalam kuali tu tanda dah masak.
Dah masak, ikut kreativiti masing-masing. Ada orang suka makan kosong macam tu saja. Rasa lemak lemak gitu. No sugar added. Kami kurangkan gula semaksima mungkin.
Yang kosong macam ni pun jadi gula juga bila makan.
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.