Kuih Bingka Labu adalah salah satu kuih orang dulu-dulu yang masih menjadi kegemaran ramai hingga kini.
Terdapat banyak jenis Kuih Bingka seperti Bingka Tepung Gandum, Bingka Pulut, Bingka Beras, Bingka Pandan, Bingka Susu, Bingka Kelapa Muda dan bermacam lagi. Semuanya sedap-sedap belaka.
Tapi hari ni RASA nak Kongsi resipi Bingka Labu Lemak Manis dari resipi saudari Sue Abdullah. Jom cuba! Sedap ni. Insyaallah elok hasilnya.
CARA MEMBUAT BINGKA LABU LEMAK MANIS YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan termasuk labu yang telah dikukus ke dalam blender. Kemudian kisar hingga halus dan sebati.
2.Ambil loyang atau acuan. Oles sedikit mentega di sekelilingnya.
3.Tuang adunan kuih bingka tadi.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar kuih selama 1 jam atau hingga Kuih Binga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
5.Biarkan Kuih Bingka sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Hari pertama berpuasa pasti ramai yang terfikir-fikir juadah istimewa apa yang nak disajikan buat keluarga. Bagi anak-anak pula, air tentunya yang paling ditunggu-tunggu. Maklumlah masing-masing dahaga setelah seharian berpuasa. Meh cuba air viral ni; Dragon Mix Fruit. Minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap!
DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis – dibelah dua
Laici tin – ambil sekali dengan airnya
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
Air masak
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Berita baik untuk para isteri bekerja yang selalu macam lipas kudung di dapur nak sediakan makan malam, jangan risau tak tau nak masak apa. Ini ada tiga menu ringkas yang sedap boleh anda semua masak. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan resipi udang, sotong dan filet ikan yang 15 minit boleh siap.
UDANG GORENG BERTELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN CILI KERING BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan Tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.