Jika ke kedai makan atau restoran, menu SupTauhuTelur berkuah pekat dan sayur ni antara yang jadi pilihan ramai. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan. Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni.
RESIPI SUP TAUHU TELUR SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 pek tauhu telur
1 biji telur
2 ulas bawang putih – cincang – beli online DISINI
1. Panaskan minyak lalu goreng tauhu telur yang telah dipotong-dipotong.
2. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan sedikit lebihan minyak lalu dimasukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi seketika.
5. Tuang secawan air atau ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.
Ads
6. Perasaka dengan garam serta Cukup Rasa dengan secukupnya
7. Masukkan sedikit stok ayam. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan sayuran pilihan. Renihkan seketika.
9. Masukkan pula tauhu yang telah digoreng tadi. Bila kuah agak mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau-kacau agar tepung tidak berbintil.
10. Bila sup mula memekat, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Tuang secara lingkaran.
Ads
11. Renihkan seketika. Tabur sedikit daun sup untuk membangkitkan aroma.
Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.
Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.
Cara buat sambal telur rebus goreng yang sedap, warna merah menarik
Bahan-bahan:
10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)
Bahan kisar:
15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas
Bahan sos:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili beli online di SINI
1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
Garam
Bawang Holland-mayang bulat
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.
2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.
Tip waktu masak sambal
Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.
Tak tahu nak masak lauk apa? Kadang-kadang kita buntu kan, keliru nak masak lauk apa untuk dihidangkan pada keluarga. Kalau korang nak lauk yang sedap, senang dan menyelerakan, RASA cadangkan korang masak lauk sambal telur puyuh kacang buncis ni. Resipinya senang je. Lagi tambah sedap kalau korang guna serbuk MAGGI CUKUP RASA. Memang kaw-kaw rasa sambal tu tau. Tak caya, cubalah. Confirm jilat jari!
SAMBAL TELUR PUYUH KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN
1 sudu minyak masak
6 ulas bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu makan cili kisar
1 sudu teh air asam jawa
10-15 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
1 labu bawang besar (potong bulat)
8 batang kacang buncis (potong pendek)
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sesudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Masukkan air asam.
3. Masukkan telur puyuh, bawang besar dan kacang buncis dan MAGGI CUKUP RASA dan gula lalu kaup-balikkan rata.
VIDEO
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Berikut RASA bawakan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Jika cuba gerenti anda tidak menyesal. Jom kita mulakan sekarang.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
3cm halia
2 sudu rempah sup
1 paket stok ayam
1 tangkai daun sup | racik
1 batang daun leek | potong kasar
½ biji lobak merah | potong kasar
5 biji tomato ceri
10 biji bebola ikan
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
3 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2.5cm halia | hiris
3 biji kentang | potong empat
1 batang lobak merah | potong
500gm suhun
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
Setelah kentang empuk, kecilkan api.
Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup | separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan| racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam| potong kecil
2 biji limau nipis | ambil air
10 batang pucuk daun kemangi | racik
2 ulas cili merah | racik
1 biji tomato | potong dadu
4 batang daun salam | hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah | saiz sederhana
200ml air asam jawa
2cm kunyit
5 ulas cili merah
5 ulas cili padi
1 batang serai | dititik
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan merah dicuci bersih.
Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!