Sedap Sup Dumpling halal homemade ni. Makan panas-panas memang membuka selera dan mengenyangkan. Bagi anda yang kurang gemar makan sajian yang berat, Sup Dumpling ni pastinya pilihan terbaik. Kalau beli di restoran, harga semangkuk boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri dengan mencuba resipi perkongsian saudari Wany Lifani. Kos sangat murah dan boleh dapat 40 biji dumpling hanya dengan modal bawah dari RM10. Sangat berbaloi untuk hidangan keluarga. Jom cuba!
RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE SEDAP & PASTI HALAL
BAHAN-BAHAN:
Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan dumpling, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit.
2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna.
3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elakkan letak dumpling terus pada periuk kukusan kerana nanti akan melekat.
4. Bila dumpling siap dikukus, boleh terus dinikmati bersama sos kicap atau digoreng. 5. Bagi menyediakan supnya, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian tuang satu mangkuk air. 6. Masukkan bahan-bahan sup yang lain. Masak hingga mendidih. 7. Masukkan dumpling yang siap dikukus tadi. Biarkan selama 2-3 minit. 8. Tabur hirisan daun bawang dan boleh padamkan api. 9. Untuk rasa lebih enak, Sup Dumpling ini boleh dinikmati bersama sos cili thai yang telah dicampur dengan sedikit daun ketumbar yang dicincang halus atau sos kicap cair.
Masih mood raya tapi bosan dengan menu ayam atau daging. Apa kata korang cuba pula menu seafood yang sempoi tapi rasa lima bintang, sedap sungguh. Tak percaya korang kena cuba sendiri lima menu yang Rasa kongsikan ini. Korang hanya perlu 10-15 minit je untuk masak seafood yang sedap ini dan gereti puas makan.
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam |saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah| kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2.5cm halia muda| kisar
1 batang serai| kisar
1 biji bawang besar | cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar | celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2.5cm halia muda |kisar
1 batang serai| kisar
1 biji bawang besar | cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
KUPANG TUMIS BAWANG PUTIH MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1kg kupang
5 ulas bawang putih | cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk oregano
Sedikit garam, gula dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
Angkat dan hidangkan.
LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai | kisar kasar
3 tangkai cili merah | kisar kasar
3 tangkai cili padi | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
1 biji bawang besar |kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar |kisar kasar
1 biji tomato | cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
UDANG MADU LEMON MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL | bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih |cincang
1 biji bawang besar | cincang
2.5cm halia | hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Raindrop Cake@ Japanese Water Cake ni viral di TikTok dan ramai yang telah mencuba. Ia berupa manisan ringkas yang dimasak menggunakan serbuk agar-agar dan dinikmati bersama air gula merah dan juga serbuk kacang. Bentuknya yang jernih seakan titisan hujan dan sangat cantik sekali. Katanya menisan ini asalnya populat di Jepun pada tahun 2014 dan mula viral ke negeri-negara lain di seluruh dunia. Sangat mudah resipinya. Nak cuba? Saudari Norma Shahrinada resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MUDAH BUAT RAINDROP CAKE @ JAPANESE WATER CAKE MUDAH VERSI MINI
CARA MEMASAK: 1. Satukan serbuk konyaku, air dan gula halus. masak hingga hancur.
2. Jika suka, boleh letak pewarna pilihan atau jika mahu warna jernih, kekalkan sahaja pada warna asal. 3. Bila campuran sudah larut, tuang adunan dalam bekas acuan lompang. Biarkan sejuk.
4. Masak gula merah bersama sedikit air hingga larut. Kemudian biarkan sejuk. 5. Bila agar-agar sudah mengeras, keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah serta serbuk kacang.
6. Raindrop Cake versi mini sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!