Resipi sup daging ini lagi sesap kalau tumis asing bawang. Aromanya lagi semerbak harum. Puas makan rendang, kita masak sup daging pula. Tambah sambal kicap. Peh! Memang sedap.
Hirup macam tu pun sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Makan dengan bihun dan mi pun ngam. Ikut selera kita lah ye. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh En. Yayar B. Awang Noh ini.
Resipi Sup Daging
Bahan-bahan:
1kg daging (dipotong kecil) dan direbus menggunakan pc 12mnit…(1kg)
Dalam sebuah periuk, rebud daging hingga empuk, Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan air untuk kuah sup. Kemudian masukkan halia yang diketuk, bawang putih, lada hitam dan lada sulah. Kacau sekata.
Tambahkan stok ayam dan rempah sup. Biarkan ia mereneh. Tambahkan daun sup dan daun bawang. Apabila daging siap direbus, masukkan daging dalam kuah sup tadi. Perakaan dengan garam secukup rasa.
Ads
Panaskan minyak dan tumis bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Ia perlu digoreng asing.
Akhir sekali, tambahkan ke dalam sup tadi. Siap. Semerbak baunya!
Anda sedang berdiet dan memikirkan menu sihat untuk dinikmati.Boleh buat sup wantan. Kenyang dan padat isinya. Boleh letak isi ayam atau udang sebagai pilihan. Buat banyak-banyak wantan kemudian boleh disejuk bekukan.
SUP WANTAN
Bahan inti:
Daging ayam kisar jenama Ramly
Kulit wantan
Lobak merah – cincang
Daun bawang – hiris
Tepung jagung – 1 sudu makan
Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali dan gaul sebati
Bungkus inti menjadi wantan
Cara memasak:
1.Panaskan tiga cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2.Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
3.Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, dua sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4.Akhir sekali boleh masukkan wantan.
5.Sedia dihidang.
Stew yang dimakan panas-panas memang merangsang selera. Lebih menyelerakan bila dihidang bersama roti.
Asyik makan lauk bersantan, nanti terlebih kolestrol pulak. Jom masak stew pulak ada kelainan bila dihidang pada tetamu yang berkunjung ke rumah. Chef Shahril Hj Mohd Sharip dan Chef Zul Azuwar sudi berkongsi 5 jenis stew enak dengan RASA.
1. STEW SAYURAN
BAHAN-BAHAN :
100gm lobak merah | dipotong kiub
100gm ubi kentang | dipotong kiub
100gm batang saderi | dipotong sederhana kecil
60gm cendawan shiitake
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
1 biji telur
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dalam air
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan ubi kentang dan lobak merah dan diikuti semua bahan sayuran bila kentang dan lobak merah sudah empuk sedikit. Campur sos tiram garam dan perasa
Pekatkan sup dengan tepung jagung, tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan.
Padamkan api dan titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup sayuran sesuai untuk mereka yang tidak menggemari daging
INFO CHEF : Lebih sesuai untuk sayur-sayuran berserat dan bertekstur keras.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
500gm daging kiub (import) | rebus hingga lembut
100gm ubi kentang | dipotong kiub
100gm lobak merah | dipotong kiub
100gm batang saderi | dipotong kecil
60gm cendawan hitam
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa | jika suka
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air rebusan daging dan air secukupnya
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang sehingga naik bau dan masukkan daging serta air rebusan daging dan air secukupnya.
Masukkan kentang dan lobak merah dan masak hingga empuk sedikit . Kemudian masukkann cendawan dan saderi.
Kemudian masukkan sos tiram,kicap pekat , garam, sedikit gula dan perasa
Pekatkan sup dengan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Biarkan mereneh.
Titiskan sedikit minyak bijan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Bila direneh lama, jus daging yang manis meresap dalam stew
INFO CHEF : Gunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang untuk mempercepatkan tempoh memasak.
3. STEW TAU FOO MERAH
BAHAN-BAHAN :
5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
2 batang saderi
1 peket sayur campuran
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah bersahur jika anda tidak mahukan juadah yang berat atau berasaskan daging.
4. STEW AYAM SHIITAKE.
BAHAN-BAHAN :
500gm isi ayam | dipotong kiub
2 batang saderi
30gm cendawan shiitake | direndam
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dicincang
120gm halia | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili giling
Sedikit tepung jagung | dilarutkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
Masukkan isi ayam biar empuk sedikit dan masukkan cendawan dan batang saderi. Campurkan cili giling, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa.
Biarkan mendidih
Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Tuangkan telur dan kacau perlahan-lahan..
Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Gabungan ayam dan cendawan sedap dimakan panas dan amat enak.
INFO CHEF ; Boleh ditambahkan pelbagai sayuran lain untuk lebih berkhasiat dan lebih sedap.
5. STEW UDANG TAUCHOO.
BAHAN-BAHAN :
500gm isi udang
2 batang saderi | dipotong pendek
30gm cendawan shiitake | direndam dan dihiris
2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
6 ulas bawang putih | dimayang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili giling
3 sudu makan tauchoo
Sedikit tepung jagung | dicairkan dengan sedikit air
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air secukupnya.
Masukkan isi udang, cendawan, saderi. Campurkan cili giling,tauchoo, sos tiram, garam,sedikit gula dan perasa . Biarkan mendidih
Pekatkan sup dengan tepung jagung, perlahankan api. Masukkan telur dan kacau perlahan.
Titiskan sedikit minyak bijan dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Penggunaan tauchoo ke dalam stew udang beri keistimewaan rasa
INFO CHEF : Kurangkan penggunaan garam kerana tauchoo sudah memberikan rasa masin.
RESIPI : CHEF SHAHRIL HJ MOHD SHARIP, Consultant Network & CHEF ZUL AZUWAR, A & Z 71 Catering & Event
Korang pernah merasa kimchi stew? Ini adalah rebusan dengan bahan dasar kuah kimchi khas Korea. Biasanya selain kimchi juga diisi pelbagai jenis lauk. Jika tidak ingin menggunakan daging, pakai bahan apa saja sesuai selera anda. Misalnya daging ayam, ikan atau seafood.
Bahan-bahan : 1 mangkuk kecil tanpa air 1 sudu besar Gochujang 3 ekor ketam -belah 2 1/2 mangkuk air kimchi 1 mangkuk kecil air kosong. Boleh tambah air lagi jika suka air banyak. Minyak untuk menumis Sedikit Brownsugar & himalayan rock salt
Optional: Cendawan enoki Cili besar hijau dan merah Tauhu Telur Keju Mi segera
Cara memasak: 1. Tumis kimchi bersama gochujang sampai kimchi agak garing. 2. Masukkan air kimchi dan air biasa 3. Gaul sebati dan tunggu hingga menggelegak. 4. Masukkan ketam. Kacau. Dan tunggu ketam masak. 5. Jika nak letak tauhu dan telur, boleh letak waktu ini. Kemudian susun bersama cendawan enoki dan cili potong.
Boleh makan bersama nasi atau dengan mi segera yang telah dicelurkan terlebih dahulu.
Tip: Jika nak makan homemade ramen/ramyeon yang sedap, lepas letak mi segera yang telah dicelurkan, letak la kepingan keju untuk rasa lebih umph!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.