![Untitled design (2)](https://cdn.rasa.my/2021/11/Untitled-design-2.jpg)
Sos pencicah Thai ni memang serbaguna. Bagi yang suka makan hidangan rebus dan bakar seperti sotong bakar, daging bakar, kerang rebus dan sebagainya, sesuai sangat nikmati bersama sos ni. Memang sedap. Fuh…memang tak sedar makan banyak. Bagi anda yang tercari-cari resipi Sos Pencicah Thai, saudari Siti Zubaidah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Istimewa, sukatan ni untuk jumlah yang banyak. Jadi bolehlah simpan dalam peti sejuk dan guna banyak kali. Jimat masa & lebih mudah.
CARA BUAT PENCICAH THAI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 ulas bawang putih – beli online disini
- Cili padi hijau & merah – jumlahnya bergantung pada kepedasan masing-masing
- Akar pakchi / ketumbar secukupnya
- Daun ketumbar – hiris / cincang halus
- 6-7 biji limau nipis
- 2 ½ sudu makan sos ikan – beli online disini
- Gula dan garam secukupnya – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Cincang halus @ tumbuk bawang putih, cili padi dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Perah jus limau nipis dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.
3. Masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul rata.
4. Jika sos pencicah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air suam.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Sos boleh diletak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Ibrahim
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap
Guna Minyak Bijan. Ini Rahsia Masak Nasi Goreng Cina Jadi Lebih Sedap
Cara Buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Yang Lebih Mudah & Sedap
https://www.youtube.com/watch?v=VOfO2LPHG00
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sambal Kelantan Sesuai Dimakan Untuk Semua Jenis Nasi. Buat Untuk Stok Sebulan!
![Resipi Sambal Kelantan Sesuai Dimakan Untuk Semua Jenis Nasi. Buat Untuk Stok Sebulan!](https://cdn.rasa.my/2018/09/Untitled-design335.png)
Sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Cili merah
- Cili api
- Limau kasturi(blender dgn kulit)
- Bawang besar bakar
- Bawang putih bakar
- Cuka
- Manisan kg
- Gula
- Garam
CARA-CARA:
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Sambal kelantan tak guna belacan.
- Kisar kering.
- Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
NOTA: jgn letak air masa blender.
Kongsi resipi: Rohaya Rose
Himpunan Resipi Sambal Nasi Lemak Sedap Memang Ngam Habis!
![Himpunan Resipi Sambal Nasi Lemak Sedap Memang Ngam Habis!](https://cdn.rasa.my/2023/05/2-169.jpg)
Himpunan resipi sambal nasi lemak Sedap. Memang ngam habis. Buat makan bertambah-tambah nanti.
Bila makan nasi lemak, paling penting adalah sambalnya. Dapat sambal yang sedap memang berulang-ulang lah tambah nasi. Nak buat sambal nasi lemak yang sedap memang ada banyak cara dan kaedahnya.
Himpunan resipi sambal nasi lemak yang dikongsikan oleh RASA untuk anda cuba. Boleh buat untuk sarapan hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Himpunan Resipi Sambal Nasi Lemak
Resipi Sambal Nasi Lemak Tak Pedas
Bahan-bahan:
½kg ikan bilis (kopek) – boleh beli online di sini
1 mangkuk cili kering kisar – boleh beli online di sini
10 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
4 labu bawang besar (dikisar)
1 ketul belacan (kisar) – boleh beli online di sini
Segenggam ikan bilis (dikisar dengan belacan)
Daun pandan
3 sudu besar sos cili – boleh beli online di sini
4 keping nise atau gula Melaka – boleh beli online di sini
3 sudu besar sos tomato – boleh beli online di sini
2 keping asam gelugur – boleh beli online di sini
3 labu bawang dipotong bulat
Sedikit Ajinomoto – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Panaskan minyak. Lebihkan sedikit minyak agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan, tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Masukkan juga belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.
Setelah itu masukkan cili kering kisar. masak sehingga pecah minyak. Masukkan terus nise biar mencair dalam sambal. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kemudian perasakan dengan ajinomoto. Gaul sebati.
Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manisnya. Siap!
Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh
Resipi Sambal Nasi Lemak Likat Pekat
BAHAN-BAHAN:
Cili kering – beli online disini (rebus dulu untuk hilangkan bau cili)
Bawang merah – beli online disini ( blender pakai chopper tanpa air) supaya bila menumis cepat garing dan wangi.
Belacan wangi yang basah – beli online disini ( seinci) saya pakai belacan segar Puala Perlis.
Ikan bilis – beli online disini (digoreng dan blender kering)
Air asam jawa – beli online disini
Gula melaka dan gula putih ( sesuaikan rasa)
Garam dan perasa jika suka
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumis semua bahan di atas ..masak hingga naik minyak
2.Bila minyak dah naik…masukkan air …biar sampai naik minyak lagi ..kemudian ulang masukkan air selama 3 kali….
3.Akhir sekali bila dah naik minyak 3 hingga 4 kali….boleh senduk minyak berlebihan ..nak clear minyak lagi boleh tapis ….kalau nak pekat biarkan macam tu ..kalau nak cair sikit tambah air panas sedikit dan kacau sekejap……insyaAllah sambal sedap dan tidak berminyak….sambal juga tahan lama.
Tip: Daun pandan..dimasukkan minit terakhir sebelum sambal masak…untuk effect sambal wangi…jangan masuk awal ye .last sekali
Kredit: Nor Seri Azlina Bustani
Sambal Nasi Lemak Sempoi
Bahan Kisar:
1 genggam lada kering
2 genggam lada besar merah
3 biji bawang merah besar, bawang kene banyak, manis rasa bawang penting
1 genggam ikan bilis
Bahan ni semua dikisar
Perasa
Gula merah
Garam
Asam jawa
Cara membuat:
1.Dah blend, panaskan api, minyak banyak, kemudian masuk bahan kisar, gula merah, ni rahsia nak warna sambal gelap. Kena masuk gula awal.
2.Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 kali pecah minyak.
Kredit: Farhah Azman
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK LEGEND
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang holland – beli online disini
5 ulas bawang merah – beli online disini
Sedikit halia
Belacan – beli online disini
Sedikit ikan bilis – beli online disini
6 sudu makan cili kisar – beli online disini
Gula/ gula nise secukup rasa – beli online disini
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Serbuk perasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Satukan bawang holland, bawang merah, halia, belacan dan ikan bilis. Kemudian kisar.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak.
3. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak sempurna.
4. Bila cili sudah masak, masukkan gula/ nise, garam, perasa dan sedikit air asam jawa. Sukatannya bergantung pada cita rasa masing-masing.
5. Tumis lagi hingga masak sempurna.
6. Sambal Nasi Lemak Legend sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan bahan-bahan sampingan yang lain.
Kredit resipi & foto: Sis Norey Yusof
Sambal Ikan Bilis Simple
BAHAN-BAHAN:
1 cawan ikan bilis – dibersihkan – beli online disini
Sebatang serai – diketuk
1 helai daun pandan – disimpul
3 sudu makan perahan air asam jawa
Gula pasir secukupnya
2 sudu makan gula melaka – beli online disini
Serbuk perasa – jika suka
Garam
Minyak masak – kena banyak
BAHAN KISAR:
15-20 tangkai cili kering – beli online disini
5-7 biji bawang merah besar – beli online disini
10 ulas bawang putih – beli online disini
2-3 cm belacan – bakar seketika – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi. Kemudian kisarkan sekali dengan bahan-bahan kisar yang lain.
2. Panaskan minyak masak yang banyak, masukkan bahan kisar, serai dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan kering.
3.Masak dengan api perlahan supaya cili betul-betul masak sekurang-kurangnya 1 1/2 – 2 jam.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan gaul rata.
- Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam. Gaul lagi.
- Seterusnya masukkan ikan bilis. Gaul sehingga ikan bilis masak dan sebati dengan sambal.
- Angkat dan Sambal Bilis Nasi Lemak siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
5 Koleksi Resipi Home Made Chicken Wrap. Letak Inti Padat-padat Baru Puas Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi 4 Pes Homemade Serbaguna Mudahkan Kerja Memasak
![Resipi 4 Pes Homemade Serbaguna Mudahkan Kerja Memasak](https://cdn.rasa.my/2022/09/Untitled-design-2022-09-15T164027.199.jpg)
Memasak tidaklah begitu sukar tetapi proses penyediaannya yang mengambil masa. Menerusi perkongsian oleh saudari Saloma Sal, beliau kongsikan cara-cara untuk menghasilkan pes-pes homemade yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Semuanya anda boleh hasilkan dan simpan dalam peti sejuk. Guna bila-bila masa yang anda inginkan.
KOLEKSI RESIPI PES HOMEMADE
1. PES IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah (beli online disini)
- Bawang putih (beli online disini)
- Bawang besar (beli online disini)
- Cili kering (beli online disini)
- Serai – hiris nipis
- Sedikit belacan (beli online disini)
- Kunyit hidup (beli online disini)
- Gula dan garam secukup rasa
- Perahan air asam jawa
- Hirisan daun kunyit
- Minyak masak secukupnya
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai yang dihiris nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula secukupnya dan perahan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup.
2. PES SAMBAL IKAN/ AYAM
BAHAN-BAHAN:
- Cili kering (beli online disini)
- Bawang besar (beli online disini)
- Bawang merah (beli online disini)
- Bawang putih (beli online disini)
- Belacan (beli online disini)
- Gula melaka / gula (beli online disini)
- Air asam jawa
- Minyak masak (beli online disini)
- Garam dan perisa secukupnya
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis hingga garing.
3. Masukkan gula melaka atau gula putih secukupnya.
4. Masukkan juga perahan air asam jawa.
5. Kacau semua bahan sambal tumis hingga pecah minyak.
6. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
7. Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup.
3. PES NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- Ikan bilis yang telah dibuang tulang (beli online disini)
- Bawang merah (beli online disini)
- Bawang putih (beli online disini)
- 1 genggam cili padi
- 1 kiub ikan bilis
- Minyak untuk menumis
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi menggunakan api sederhana sehingga naik minyak.
3. Seterusnya masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga pes kelihatan agak pekat @ kering.
4. Padamkan api dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas berpenutup.
5. Untuk memasak nasi goreng menggunakan pes ini, bolehlah dimasikkan bebola ikan, udang, sotong, isi ayam dan sayur-sayuran supaya rasa lebih enak.
4. PES MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
- Cili padi
- Cili merah
- Bawang putih
- Bawang besar
- Serai
- Halia
- Kunyit
(jumlah bahan agak-agak ikut jumlah yang anda nak buat)
CARA MEMASAK:
1. Racik halus semua bahan kemudian dikisar dengan minyak masak.
2. Masak bahan kisar tadi dalam kuali sehingga naik minyak.
3. Sejukkan pes dan simpan dalam peti sejuk.
4. Untuk menggunanya, masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan santan serta garam. Masaklah seperti biasa.
Kredit resipi & foto: Saloma Sal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official