Juadah minum petang yang best salah satunya adalah paf pastri berinti tuna. Boleh dibuat pedas atau tak pedas. Kalau pedas, letaklah cili api banyak sikit. Kalau buat untuk kanak-kanak, tak payah letak cili api. Jangan lupa sediakan kopi o panas. Wow sangat minum petang ni.
PAFF TUNA
Ads
BAHAN-BAHAN
1 tin tuna flakes dibuang airnya
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili api (dihiris)
2 sb mayones
1/2 tin jagung
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
Paf pastri segera jenama kawan
1 biji telur kuning dibancuh dengan sedikit susu cair
Ads
CARA MEMBUAT
1. Hancurkan tuna di dalam satu mangkuk.
2. Masukkan bawang besar, cili api, mayones, jagung dan serbuk lada sulah.
Gaul rata.
3. Ambil sekeping paf pastri segera.
4. Masukkan inti dan lipat pastri.
5. Tutup dengan garpu.
6. Sapu atasnya dengan kuning telur.
7. Tabur bijan.
8. Susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 200°c selama 20 minit.
Kuih tradisionalseperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri.
500gm santan
4 cawan air (cawan metrik)
200gm air
350gm gula merah
2-3 helai daun pandan
BAHAN TAHI MINYAK:
500gm santan
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan. 2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan. 3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul. 4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.
5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk. 6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.
7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.
Ikan kering selain digoreng dengan bawang dan cili enak juga dibuat gulai. Ikan talang dengan isi yang padat serta tulang enak dimakan dengan nasi panas-panas. Digabung pula dengan sambal belacan dan ulam. Memang tak pandang kiri dan kanan.
Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan:
Ikan kering talang@tulang ikan talang
1/2 kg santan
1 pek serbuk kari ikan masin
1 keping asam keping
Sayuran – terung @ nenas
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
1 sudu besar halba campur
5-6 biji bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai cili kering (potong kecil)
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
Cara masak:
1.Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
(ikan kering direndam seketika)
2.Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi.
3.Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
4.Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, daun kari dan halba campur hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
5.Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas-panas semua sekali dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api.
Rempah kari adalah salah satu bahan masak yang memang wajib ada di setiap rumah orang Malaysia. Tidak kira la apa jenama sekalipun, semuanya bergantung kepada cita rasa dan juga olahan resipi. Bagi anda yang pernah mengunjungi kedai Eco, pasti pernah ternampak pelbagai rempah kari yang dijual. Salah satunya ialah rempah kari Cap Orang Terbang ni. Pasti ada yang was-was nak guna sebab tak pernah cuba. Saudari Rosni Musa tunjukkan hasil Kari Ayam yang dimasak menggunakan rempah ini. Mantap dan sedap. Nanti bolehlah cuba.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah 4 sekawan. Kacau.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis lagi buat seketika.
5. Masukkan rempah kari diikuti cili kisar. Kacau rata.
6. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Ulang langkah ini sehingga 3 kali. Masuk air dan tumis campai pecah minyak. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agar bahan tumis betul-betul masak. Hasilnya, lauk kari akan jadi lebih sedap.
7. Masukkan kerisik. Kacau sebati.
8. Kemudian masukkan ayam. Kacau lagi biar sebati.
9. Masukkan kentang.
10. Tuang santan pekat.
11. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula.
12. Jika kari kelihatan sangat pekat, boleh masukkan sedikit air.
13. Masukkan juga asam gelugur.
14. Kemudian renihkan sehingga ayam masak dan kentang empuk.
15. Buka penutup kuali dan kacau sebati sekali lagi.