Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Idayu ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SAMBAL GORENG JAWA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Bawang besar – hiris
Sedikit cili kering – kisar
Tempe – dipotong dadu kecil lalu digoreng
Tauhu – dipotong dadu kecil lalu digoreng
Cili merah & cili hijau – hiris halus
Petai – hiris halus
Serai – hiris halus
Tetel – rebus terlebih dahulu lalu dihiris nipis
Udang basah (saiz kecil)
Santan
Air asam jawa
Sedikit belacan – beli online disini
Sedikit gula merah, gula pasir dan garam
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
2. Masak sampai betul-betul kering dan naik bau, baru masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Belacan boleh je ramas-ramas dalam air asam jawa tadi.
3. Masukkan tetel, udang, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
4. Masukkan santan. Kalau guna santan segar lagi sedap, cuma kalau nak tahan lama, campurlah dengan santan kotak.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan juga serai. Masak kejap je, kita tak nak sayur tu terlebih masak. Enak jika ada rasa rangup sikit.
6. Seterusnya masukkan petai, tempe dan tauhu. Masak lagi sampai rata.
7. Rasakan rasa masin dan manisnya. Jika cukup rasa, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Terung goreng ranguo ala fries, rasanya yang sedap buatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Enak dijadikan kudap-kudapan atau nak buat lauk pun boleh.
Cara buat terung goreng rangup ala fries
Bahan-bahan
Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari
Cara membuat
1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air
2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.
Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya nak buat. Kalau dibeli, harga sepinggan boleh mencecah RM5-Rm7 tau. Tak puas makan. Jom cuba buat sendiri! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
Bijan panggang secukupnya – jika guna bijan biasa, goreng tanpa minyak terlebih dahulu
Bawang goreng secukupnya – lebih sedap jika guna bawang yang digoreng segar
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih | tumbuk halus
2 biji cili merah | tumbuk halus
4 sudu makan petis udang
2 sudu makan sos hoisin
2 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Gula secukup rasa
1 cawan air
Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan Rojak Sotong Kangkung, didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau. Barulah Rojak Sotong Kangkung anda rasa lebih sedap.
Sesekali layan sajian Cina ni memang menaikkan selera. Tak perlulah ke restoran mahal-mahal kerana anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Antara yang boleh dicuba adalah Daging Szechuan dan Cendawan Shimeiji Goreng Telur Masin ni. Makan dengan nasi panas, memang terangkat beb!
1. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK
BAHAN-BAHAN:
100gm cendawan Shimeiji – bersih dan leraikan satu-satu.
3 biji kuning telur masin rebus – dilenyek halus
1 sudu makan serbuk keju parmesan
1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh gula
2 sudu makan mentega
Minyak masak secukupnya
100gm tepung gandum
60gm air
CARA MEMASAK:
Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ( Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Panaskan mentegadi dalam kuali dan masukkan kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
Masukkan pula cendawan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
Angkat dan hidangkan ketika panas.
2. DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
600gm daging – potong dadu kira-kira 1.5cm lebar
50gm lada benggala hijau – potong 1.5cm lebar
50gm lada benggala merah – potong 1.5cm lebar
50gm lada benggala kuning – potong 1.5cm lebar
50gm lobak merah – hiris nipis
20gm cili kering – potong
2 sudu makan Spicy Hot Bean Sauce – boleh diperolehi di pasaraya
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
4 sudu makan air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.