Menikmati hidangan tengahari atau malam bersama ahli keluarga dengan menu istimewa pasti menggalakkan ahli keluarga tidak sabar duduk di meja makan bagi menikmati hidangan yang enak. Sambil itu, kehadiran bersama mengeratkan kasih sayang sekeluarga, kalua taktahu apa menu istimewa nak dimasak, ini 10 resipi sedap, ringkas dan istimewa boleh korang cuba pikat selera suami dan anak-anak.

 

TULANG RUSUK PANGGANG SOS KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rusuk lembu | cuci bersih dan tos
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji limau nipis
  • 5 biji bawang merah | hiris dan jadikan bawang goreng
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KiSAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 15 biji cili padi
  • 4 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar dengan kicap pekat manis, sos tiram, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Ambil separuh dari bancuhan, lumurkan pada tulang dan perapkan seketika.
  3. Balutkannya dengan aluminium foil.
  4. Kemudian panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang ajab.
  5. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang hingga kekuningan.
  6. Masukkan lebihan sos tadi, tumis hingga pekat. Kemudian masukkan jus limau nipis tadi.
  7. Lengkapkan rasa dengan sedikit gula perang dan garam jika perlu.
  8. Kecilkan api dan masukkan tulang yang telah dipanggang, gaul rata dengan tumisan sos kicap.
  9. Setelah sos sebati dengan tulang . Tutup api.
  10. Semasa dihidangkan, taburkan bawang goreng dan taburkan serbuk lada hitam di atasnya.

AYAM TERIYAKI MADU BIJAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm dada ayam | hiris nipis
  • 1 buah bawang besar | cincang  halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | cincang halus
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan bijan | goreng sangai
  • Sedikit minyak masak
  • 1  sudu makan madu

BAHAN SOS:

  • 2 sudu makan sos teriyaki
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sos. Ambil sedikit, gaulkan dengan isi dada ayam yang telah dihiris tadi.
  2. Gaul rata, dan perapkan sekurang-kurangnya 15 minit.
  3. Panaskan pan dan isikan sedikit minyak, masukkan ayam dan panggang lebih kurang 10 minit.
  4. Jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar, putih dan halia.
  6. Setelah layu dan wangi, masukkan lebihan bahan sos, kacau hingga sos pekat atas api sederhana.
  7. Apabila sos pekat dan coklat kehitaman, masukkan ayam tadi.
  8. Tutup api, masukkan madu dan gaul rata supaya sebati dengan ayam.
  9. Masukkan dalam pinggan dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.

 

BAWAL GORENG  SERAI CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal | bersihkan dan toskan
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • 1 sudu makan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan sos ikan
  • Minyak masak scukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia
  • 1 batang serai
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji cili merah
  • 12 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit serta satu sudu tepung gandum. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing . Angkat dan ketepikan.
  3. Seterus sediakan tumisan cili. Keluarkan minyak goreng ikan, tinggal secukupnya untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar kasar tadi hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan , garam dan gula perang secukuprasa.
  6. Jika perlu boleh tambah sedikit air.
  7. Setelah cukup rasa dan tumisan betul-betul masak, tuangkan atas ikan.
  8. Ratakan cili dan ikan sedia dihidangkan.

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA  CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

BAHAN N BEBOLA DAGING:

  • 300gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh serbuk pati daging
  • Sedikit hirisan daun parsli
  • 2 sudu makan tepung  ubi kayu

BAHAN SOS:

  • 200ml susu segar
  • 3 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan keju parmesan
  • 1/2  biji bawang Holland | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 8 biji cili padi hiris halus
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1.  Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan  dengan semua bahan lain.
  2. Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
  6. Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
  7. Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
  8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  9. Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas.

DAGING GORENG HALIA ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm dagiing batang pinang | hiris nipis

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 hirisan halia | cincang
  • 1 sudu teh cuka makan

BAHAN TUMISAN:

  • 1 biji bawang besar | hirisan bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 5 hirisan halia muda
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 /2 sudu makan sos tiram
  • Sedikit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dengan semua bahan perapan, perap 15 minit dan masukkan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging perapan hingga bertukar warna .
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menyediakan tumisan, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  5. Tumis bahan hirisan, hingga layu kemudian perasakan dengan sos tiram, cuka, lada sulah , garam dan gula secukup rasa,
  6. Kecilkan api, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  7. Tutup api, daging sedia dihidangkan panas-panas.

AYAM GULAI LEMAK CILI PADI  BERSAMA  CEKUR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana | cuci bersih dan tos
  • 500 ml santan
  • 2 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1 biji cili merah | potong 3
  • 1 biji cili hijau | potong 3
  • 3 helai daun cekur  | hiris kasar
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm cekur
  • 3cm kunyit hidup
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar bersama ayam dalam periuk, kacau rata dan biarkan atas dapur dengan api sederhana.
  2. Setelah ayam layu masukkan santan, asam gelugor dan serai. Biarkan kuah mereneg.
  3. Setelah mereneh lebih kurang tiga minit, masukkan kacang panjang, cili potong dan hirisan daun cekur.
  4. Apabila ayam empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Renehkan 2-3 minit, tutup api.
  6. Gulai ayam sedia dihidangkan.

KARI HIJAU IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari | potong sederhana dan bersihkan
  • 1 biji terung hijau Thai | belah dua
  • 1 biji tomato, | belah 4
  • 2 batang serai, | titik
  • 4 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi merah thai, | ketuk
  • 500ml santan
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Sos ikan secukupnya
  • Garam dan gula perang secukupnya
  • Daun selasih secukupnya
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 batang serai, hiris halus
  • 1 -3 biji cili padi siam, hiris halus
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 4 – 5 biji bawang putih, cincang
  • 2cm lengkuas
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1/2 cawan daun selasih
  • ½ sudu  teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskanminyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan serai dan juga ikan .
  3. Gaul rata dan masak sekejap hingga ikan kecut..
  4. Tuang santan kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan terung dan juga cili padi .
  6. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  7. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
  8. Kari hijau sedia dihidangkan.

TOMYAM  SEAFOOD BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ketam  | potong dua
  • 5 ekor udang | bersihkan
  • 3 ekor sotong | buang kulit ari dan potong
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 1 cawan santan
  • 2 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1 biji bawang holland |potong bulat
  • 1 ulas bawang putih |titik
  • 8 biji cili padi |titik
  • 2 hirisan lengkuas
  • 3 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 batang seleri |hiris serong
  • 1  pokok daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub stok ayam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK;

  1. Masukkan air dalam periuk , bersama pes tomyam dan semua bahan hirisan dan ketuk.
  2. Renehkan atas api hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan semua bahan seafood, santan, biarkan mereneh lebih kurang 2-3minit.
  4. Perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan stok ayam,
  5. Kacau rata, apabila cukup rasa. Tutup api.
  6. Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun ketumbar.

TUMIS  SOS TIRAM CHOY THAM BERSAMA CENDAWAN SHITAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm sayur Choy Tham | belah empat dan cuci bersih
  • 250gm cendawan Shitake | belah dua dan cuci bersih
  • 5-6 biji tomato ceri
  • 4-5 biji bebola ikan | hiris bulat
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 4 biji  cili padi | hiris
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Secubit garam dan gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang Holland, bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan cili, fish ball, kacau seketika kemudian masukkan cendawan.
  3. Kacau rata lebih kurang dua minit baru masukkan sayur.
  4. Kacau balik dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
  6. Hidangkan sayur panas-panas.

 

 UDANG BAKAR MENTEGA  SOS MUSTARD

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PERAPAN UDANG:

  • 250gm udang  saiz XL  | bersihkan dan tos
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus
  • 2 sudu makan mentega

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan mustard
  • 1 sudu makan mayones
  • 2 biji cili merah | hiris
  • Sedikit hirisan daun parsli
  •  Secubit garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1.  Gaulkan udang  bersama bahan perapan, perap lebih kurang 15 minit.
  2. Kemudian bakarmenggunakan pemanggang ajaib  lebih kurang 10 minit.
  3. Sambil memanggang sediakan sos.
  4. Campurkan sos mustard bersama mayones, gaul rata.
  5. Campurkan pula hirisan cili, daun parsli, jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau rata dan sedia dihidangkan sebagai pencicah bersama udang bakar.