
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi peria goreng yang rangup dan sedap. Peria goreng memang sedap dijadikan pelengkap kepada lauk sedia ada. Buat nipis-nipis dan digoreng rangup, memang sedap.
Jom kita lihat resipinya.
PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 biji peria (potong nipis)
2 cawan air
2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung Bestari pedas
4 sudu besar tepung Bestari asli
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Peria dipotong nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit.
2. Selepas direndam dalam air garam, tapiskan peria tadi dan cuci dengan air biasa. Toskan. Biarkan peria betul-betul kering.
3. Dalam mangkuk, masukkan tepung Bestari pedas, tepung Bestari asli, tepung beras dan serbuk kari. Gaul biar sebati seketika.
4. Masukkan peria. Gaul peria supaya bersalut tepung dengan rata.
5. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Minyak biar banyak.
6. Masukkan peria satu per satu supaya tidak melekat ketika digoreng. Goreng sampai kekuningan. Angkat. Ulangi langkah ini sehingga habis semua peria digoreng.
Siap, selamat mencuba!
Sumber: Iedaa Jahaya
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Jenis Masakan India Paling Famous Kalau Singgah Makan, Pedas, Panas Dan Sedap!

Isi Kandungan
ToggleRempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India. Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak. Kata beliau, hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, mahu pun tetamu yang bertamu di kediamannya. Ingin mencuba menu masakan India? Jangan lupa cuba resipi ni!
SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan udang | buang kulit dan bersihkan
- 5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit dan rebus
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1/4 sudu teh pes bawang putih
- 1/8 sudu teh pes halia
- 1 biji telur
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/4 cawan tepung serba guna
- 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS
- 1/4 serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa
- 1/4 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/4 sudu teh garam masala
- Secubit serbuk kulit kayu manis dan lada hitam | jika suka
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan.
- Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan.
- Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah.
- Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika.
- Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi.
- Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata.
- Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan.
- Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana.
- Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Cara penyediaan dan pembuatan hidangan ini sama dengan bergedel.
HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos
- 4 biji bawang besar | potong dadu
- 4 biji buah tomato | potong dadu
- 6 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan jus lemon
- 4 sudu makan yogurt
- 3 sudu teh serbuk lada sulah
- 3 sudu teh serbuk lada sulah
- 1sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 3cm kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
- Perap selama 30 minit.
- Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
- Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
- Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
- Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
- Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak ada periuk tekanan, anda boleh renehkan daging menggunakan periuk biasa hingga empuk.
PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg udang Saiz XL | buang kulit dan bersihkan
- 4 biji bawang besar | potong dadu
- 5 ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia | hiris halus
- 2 biji tomato | potong dadu
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 4 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu makan jus lemon
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak.
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang.
- Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato.
- Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala.
- Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit.
- Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng.
- Udang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah disediakan, sesuai untuk anda yang ingin cepat.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecildan cuci bersih
- 2 cawan bawang besar | cincang
- 1 cawan puri tomato segar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 8-10 ulas bawang putih
- 3cm halia | hiris halus
- 1 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan pes kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
- 10-12 tangkai cili kering
- 2 sudu makan ketumbar biji
- 3-4 kuntum bunga cengkih
- 3cm kulit kayu manis
- 2-3 biji buah pelaga
- 8-10 ulas lada hitam
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
- Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
- Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Vandaloo ini, selain enak dihidangkan dengan nasi, ia boleh juga dihidangkan dengan capati atau roti.
BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:
- 3/4 Yellow Moong Dhal
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam seckup rasa
- 1.25 cawan air
- 2 cawan daun baby spinach | cincang
- 1/2 biji bawang besar | cincang
- 1/2 cawam tomato | cincang
- 1/2 sudu teh pes halia
- 1/2 sudu teh pes bawang putih
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh chili flakes
- 1/8 sudu teh Hing (asofetadia)
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1.5 sudu makan minyak sapi
- 1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
- 2 sudu teh minyak sapi
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih kacang dhal.
- Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit.
- Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus.
- Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan.
- Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih,
- Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika.
- Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain.
- Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sangat enak dijadikan pencicah capati mahupun roti nan.
ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka
- 5 biji bawang Holland | cincang
- 5 biji cili hijau | cincang
- 3 biji cili padi | potong dua
- 1 biji timun | hiris
- 2 biji tomato| hiris
- 3cm halia | hiris nipis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai
- Daun pudina seccukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan.
- Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan
- Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya.
- Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
- Kemuduan tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan
- Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang.
- Onion Ratta sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Onion Rata enak dihidangkan sejuk. Oleh itu simpannya di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
PENYELARAS: SHIDA YASIN
RESIPI TERIMA KASIH: PUAN VASANTHA, PINGGIRAN USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR.
SUMBER: MAJALAH RASA ISU OGOS 2018
Resipi Terung Berlada Yang Sedap, Warna Terung Pun Tak Pucat

Lauk terung berlada ini ramai peminatnya. Makan lauk ini dengan ikan goreng pun dah rasa lengkap hidangan nasi.
Menu ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza. Beliau turut memberikan tip untuk memastikan warna terung yang dimasak kekal dan tak pucat.
Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)
Cara membuat:
1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.
2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.
3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.
Sumber: Olahan dari Vanilla Kismis
Ini 4 Menu Sayur Sedap Berkhasiat, 10 Minit Siap. Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba Ni.

Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
- 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
- 2 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji terung panjang
- 250 gm daging kisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Terung dipotong dua kemudian belah empat.
- Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
- Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang | potong 4cm
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
- Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
- Perasakan dengan sos tiram.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 6 batang kacang botol | hiris serong
- 150gm hirisan daging rebus
- Sedikit hirisan cili Benggala Merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
- Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
- Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.