
Roti sandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti sandwic ini. Bukan yang biasa-biasa tau. Semuanya enak belaka. Jom cuba!
1. Lasagna Roti
Bahan-bahan:
- 1 buku roti Gardenia – digelek
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
- 2 ulas bawang putih
- 1 botol Sos Spageti Leggo’s (napoletana) 575gm
- Sayur campur (ikut selera suka banyak mana)
- Sedikit lada hitam, lada putih, gula, garam dan minyak untuk menumis
- Sedikit tepung gandum dan tepung jagung
- 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
- 2 keping keju cheddar & keju mozarella untuk topping
Cara Masak Kuah Lasagna:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan daging kisar dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan sos spageti bersama sedikit air dari botol. Tambahkan serbuk lada hitam, lada putih dan oregano. Setelah mendidih, masukkan sayur campur dan tepung jagung yang dibancuh air untuk memekatkan kuah. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup api.
Cara Masak Sos Putih:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan sedikit tepung gandum dan kacau hingga perang. Masukkan air, lada hitam, lada putih, garam, gula dan keju cheddar. Masak hingga pekat dan tutup api.
Cara Memasak Lasagna:
Dalam loyang 8×8, lapiskan kuah lasagna, sos putih dan roti sandwic yang digelek. Ulang hingga habis. Lapisan terakhir mestilah kuah dan sos putih. Taburkan keju mozarella dan bakar pada suhu 180°C selama 20–30 minit. Siap untuk dinikmati!
Kredit resipi & foto: Mis Julie Biz
2. Apple Pie Roti
Bahan Inti:
- 4 biji epal merah (dadu)
- 1 sudu besar gula (gula perang lebih sedap)
- 1 sudu besar mentega
- 1 batang kayu manis / serbuk kayu manis
- 1 cawan air
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
Bahan Lain:
- Roti sandwic
- Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
Masukkan semua bahan kecuali air dan tepung jagung. Bila sudah wangi, masukkan air dan biar mereneh. Bila epal lembut, masukkan tepung jagung untuk memekatkan. Letak inti di tengah roti yang dileperkan, tekap guna cawan dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hasliza Abu Hassan
3. Aiskrim Goreng Viral
Bahan-bahan:
- Roti sandwic
- Aiskrim apa-apa perisa
Cara Memasak:
Bentukkan roti menggunakan gelas. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah dan tekap semula. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan nikmati segera. Resipi mudah tapi sedap!
Kredit resipi & foto: Rebecca Melessa
4. Pizza Roti Simple
Bahan-bahan:
- Roti Gardenia
- Cheese mozarella
- Sosej / isi ayam / isi ketam (direbus)
- Lada benggala
- Mayonis & sos cili
Cara Memasak:
Sapukan sos cili atas roti dan susun dalam loyang. Letak bahan topping seperti isi ayam, lada benggala dan mayonis. Taburkan cheese mozarella. Bakar pada suhu 200ºC selama 5 minit. Siaplah pizza roti sandwic yang ringkas dan lazat.
Kredit resipi & foto: Nurin Sorfina
5. Puding Roti Krim Keju Coklat Cip
Bahan-bahan:
- 10 keping roti
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan gula perang
- 250 gram krim keju
- 1 biji telur
- Coklat cip & vanila essence
Cara Menyediakan:
Potong roti dan susun dalam loyang. Tuangkan susu segar dan rendam 15 minit. Pukul krim keju dengan telur hingga gebu, kemudian campur dengan gula dan vanila. Tuang adunan ke atas roti, tabur coklat cip dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Turunkan ke 150°C dan bakar lagi 40 minit. Hasilnya lembut dan wangi!
Kredit resipi & foto: Maslina Meor Radhi
6. Puding Roti Pelangi
Bahan-bahan:
- 10gm agar-agar tali
- 3 cawan air
Bahan Kisar:
- 4 keping roti sandwic (dicarik)
- 1 cawan susu cair
- 1 ½ cawan susu pekat
- ½ cawan gula halus
- 2 biji telur
- 2 sudu makan marjerin
- Pewarna pilihan
Cara Memasak:
Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Masukkan bahan kisar ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga pekat. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa. Tuang berselang-seli ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati!
Kredit resipi & gambar: Norlida Salleh
Kesimpulan
Jangan buang roti sandwic yang hampir tamat tempoh! Cuba pelbagai resipi sedap ini untuk elak pembaziran. Setiap menu seperti lasagna, apple pie dan pizza roti pasti membuatkan anda teruja. Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI