Siapa kata buat roti susah, lagi-lagi kalau ada mesin pembuat roti. Menu rotilah yang paling senang nak buat.
Yang penting ada resipi dan bahan-bahan boleh buat sendiri dan kalau nak masukkan inti terpulang pada cita rasa anda.
Nak pedas atau manis, apa kata korang cuba resipi mudah yang RASA kongsikan ini. Roti Inti Kari Ayam Kentang, hasilnya tidak mengecewakan, rasa sedap dan roti gebu.
ROTI INTI KARI AYAM KENTANG
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur/untreated 90gm gula tebu tanpa peluntur/coarse brown sugar 30gm tepung susu lemak penuh 8gm garam halus 100gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi 11gm yis kering – beli online di sini 5gm GR Superbake | penambah baik roti berasaskan tumbuhan 100gm kentang rebus | lenyek – beli online di sini 250gm air sejuk 500gm kari ayam bersama kentang | disiapkan awal
Dapatkan La Gourmet Macaron Collection 1.5L Glass Blender Mint Greendengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga menjadi doh sekata.
2. Untuk memastikan doh cukup uli, ambil sedikit doh dan pastikan ia boleh direngangkan sehingga menghasilkan lapisan nipis. 3. Keluarkan doh dan bahagikan kepada 60gm setiap satu. 4. Bulat-bulatkan dalam gengaman longgar, kemudian rehatkan lima minit supaya permukaan doh menjadi licin.
7. Perlahan-lahan cantumkan bahagian tepi doh dan klimkannya supaya inti tidak terkeluar.
8. Letakkan doh yang telah siap berinti dalam ring daun pandan yang telah disediakan awal.
9. Tekan doh supaya mengikut bentuk ring pandan. Biarkan doh kembang tiga kali ganda. 10. Spray dengan air doh yang telah kembang, kemudian taburkan bijan di atas permukaan.
11. Bakar sehingga warna keemasan. Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bagi penggemar hidangan daging goreng, masakan perkongsian saudari Nadia Mohamad ini memang mudah dan senang disediakan. Kombinasi daging bersama kentang memberikan rasa yang sangat enak. Memang sedap walaupun hanya dinikmati bersama nasi putih. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji ubi kentang | dipotong kecil
Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
1 biji bawang holland | dikisar
5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kalau teringin nak makan steak, mesti korang makan kat luar dan makan pun sekali sekala, maklum jelah harga sepinggan steak pun boleh tahan. Kalau selalu sangat makan kat luar parah dibuatnya. Apa kata korang cuba buat steak sendiri di rumah dan sos boleh dipelbagaikan. Nak tahu macam mana cara buat sos steak, Ini RASA kongsikan cara buat sos steak, bukan satu ye, tapi lima jenis sos sekali. Senang dan jimat banyak kalau buat sendiri.
SOS CENDAWAN
Kalau suka sos yang creamy dengan tekstur pekat, korang boleh buat sos cendawan yang sedap seperti disediakan oleh kebanyakan restoran western. Caranya mudah je, dan ikut resipi ini:-
Bahan-Bahan:
200gm cendawan butang (dihiris)
50gm mentega
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu makan mustard
2 sudu makan whipping cream
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak, korang panaskan mentega, kemudian tumis bawang putih, hingga wangi kemudian masukkaan cendawan, kacau rata hingga layu. Kemudian tambah mustard dan whipping cream, terus kacau hingga pekat. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan memasukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Tak sampai lima dah siap, dan siram pada steak yang telah siap digrill.
SOS LADA HITAM
Sos ini adalah sos wajib ada di kebanyakan restoran western yang menyediakan menu steak dan paling disukai ramai. Rasanya yang sedap creamy dan sedikit pedas lada hitam memang boleh ketagih dibuatnya. Jangan risau ye, ini caranya kalau korang nak cuba.
Bahan-Bahan:
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih |cincang
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1/2cawan air stok ayam
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos lada hitam
1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan susu makan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak mudah je, korang panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih, apabila wangi, tambahkan kicap, sos lada hitam. Kacau rata dan masukkan air stok ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan tambahkan susu cair dan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa, Memang terbaik rasanya.
SOS TOMATO
Sos ini sangat mudah dan bahannya memang sedia ada di dapur kebanyakan rumah korang semua. Cuma rasanya sedikit pedas dan masam. Untuk menyediakan sos ini anda perlu ada:-
Bahan-Bahan:
50gm mentega
2 biji tomato segar | dadu halus
2 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan daun ketumar | cincang halus
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air stok ayam
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Keju parmesan secukupnya atau ikut cita rasa
Cara memasaknya, korang panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan pes cili, kacau rata, diikuti oleh sos tomato. Seterusnya masukkan air stok ayam, kacau rata dan tambahkan tomato cincang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga pekat. Tutup api dan tuangkan atas steak dan taburkan keju parmesan di atasnya. Memang mantap sedapnya.
SOS SALSA VERDE
Sos berasal dari Itali ini berwarna hijau, sangat sedap dan sedikit rasa masam, sangat sesuai di makan dengan steak medium rare. Aromanya yang kuat boleh menghilangkan rasa hanyir steak. Macam mana nak buat, ini caranya:-
Bahan-Bahan:
2 sudu makan daun peterseli | hiris halus
2 sudu makan daun bawang | hiris halus
2 sudu makan daun pudina | hiris halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh capers
Sedikit hirisan ikan masin
1 biji lemon | ambil jusnya
3 sudu makan minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya, semua bahan hirisan daun peterseli, bawang dan pudina dimasukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan cepers hirisan ikan masin dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata dan tambahkan jus lemon dan minyak zaiton. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Sos sedia dihidangkan bersama steak yang baru saja dipanggang.
SOS TERIYAKI
Jika ingin steak dengan sos cita rasa Jepun, korang boleh cuba dengan sos teriyaki. Sos ini kaya dengan rasa manis dan masin, sesuai untuk yang tidak suka pedas. Cara menyediakannya juga senang. Korang hanya perlu sediakan:-
Bahan-Bahan:
5 sudu makan kicap masin
5 sudu makan air sejuk
1 ulas bawang putih |cincang
2 cm halia | hiris halus
1 sudu makan madu
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Untuk menyediakannya, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, garam dan gula.Gaul rata, kemudian renehkan atas dapur menggunakan api sederhana setelah mendidih, kecilkan api dan tambahkan tepung jagung, kacau rata kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap, boleh tuangkan sos di atas steak bakar dan untuk penambah rasa boleh taburkan sedikit bijan yang telah digoreng sangai.
Wau korang pasti hebat menyediakan steak dalam pelbagai rasa dan paling penting sangat menjimatkan.
Sebut je tentang teh tarik, pasti anda terbayang kemanisan dan aromanya yang memikat pabila diminum. Teh tarik merupakan antara minuman yang popular di kedai mamak. Lagi best bila ada buih di bahagian atas gelas. Memang padu! Namun, tak ramai yang tidak tahu cara untuk membuat teh tarik yang sedap dan padu seperti di kedai mamak. Namun, cuba guna tip yang dikongsi oleh Nazia Suhaimi, pastinya teh tarik anda selepas ini lebih padu. Kalah kedai mamak!
TEH TARIK
BAHAN-BAHAN:
Teh serbuk
Susu cair
Susu pekat manis
Air panas
CARA PENYEDIAAN:
1. Gunakan teh serbuk. Saya guna jenama Boh. Letak dalam 5 sudu di dalam kole ini.
2. Masukkan air panas hingga penuh.
3. Tunggu sekejap bagi kembang.
4. Sekiranya teh sudah kembang, tapis sewaktu tuang ke dalam jug. Jug pink tu saiz sederhana.
5. Okay ini rupa air yang dah ditapis. Hitam semanis rupamu.
6. Okay ulang sekali lagi. Teh serbuk tadi, kita letak lagi air panas sampai penuh kole.
7. Tuang lagi ke dalam jug pink tadi. Jangan lupa tapis ya!
8. Ulang lagi step yang sama sehingga penuh jug anda.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!