Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi rojak mi yang sedap. Menurutnya, resipi ini diajar oleh arwah ibunya. Nampak sedap betul rojak mi ini yang dimakan dengan kuah berasaskan kentang. Sedap betul. Jom try buat.
Saya share resipi rojak mi yang biasa saya buat. Hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri. Jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat. Arwah mak dulu niaga sekitar umur saya 8 atau 9 tahun macam tu.
ROJAK MI
BAHAN HIASAN
2 keping tauhu (potong dan goreng)
2 biji kentang ((rebus, tos, potong)
2 biji telur ayam (rebus, kupas, potong dua)
Sejemput taugeh
2 biji cili besar
1/2 biji timun
1 bungkus mi kuning
CARA MEMBUAT
1. Goreng tauhu dan potong kecil. Rebus kentang, kupas dan potong kecil. Telur ayam direbus, dikupas dan dibelah dua.
2. Bersihkan taugeh. Hiris cili besar dan timun.
3. Bersihkan dan celur mi sekejap supaya lembut.
Ads
BAHAN KUAH
1 peket biskut marie (patah-patahkan)
3 biji kentang (direbus dan dikisar halus)
5 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis
Air untuk kuah
2 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Patah-patahkan biskut marie. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan kemudian kisar. Asingkan.
3. Cili kering, udang kering dan bawang putih disatukan kemudian kisar halus.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar iaitu cili kering, udang kering dan bawang putih tadi.
5. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah. Biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang yang telah dikisar halus tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan pula biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kacau sehingga biskut hancur dan sebati dengan kuah.
8. Masukkan tepung jagung supaya kuah agak pekat.
9. Masukkan garam jika mahu. Biarkan mendidih dan matikan api.
Ads
BAHAN KUIH ROJAK
2 senduk tepung gandum
1 sudu besar yis
Secubit garam
Sedikit air
Daun kucai (jika mahu)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT KUIH ROJAK
1. Satukan tepung gandum, yis dan garam dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan daun kucai. Perap beberapa minit.
3. Cedok menggunakan hujung senduk bancuhan tadi dan goreng sehingga masak.
CARA MENGHIDANG
1. Dalam mangkuk, isikan kuih rojak, mi dan bahan hiasan.
2. Tuangkan kuah dan boleh mula makan.
Ads
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.
1.Kisarkan bahan yang bertanda * sehingga sebati dan hancur.
2.Kemudian, masukkan lobak merah, bawang hollanda dan daun sup ke dalam adunan yang sudah dikisar tadi. Kacau rata.
3. Masukkan garam, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam, kiub pati ayam. Kacau lagi sekali hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil ataupun boleh gunakan acuan kuih lompang. Kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. Hidangkan bersama sambal kicap.
1.Goreng dahulu sekejap sampai kulit cili nampak garing. 2. Kemudian, tumbuk halus bawang dan cili sehingga halus. Masukkan gula, kicap, sos ikan atau jus limau. Siap untuk dihidangkan.
Nak makan cempedak atau pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau dapat makan. Tepung salut rangup pulak tu. Memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik bila hasilnya betul-betul rangup dan tidak lemau. Cara ini memang sesuai untuk sesiapa yang suka gorengan panas terutamanya pisang goreng, cempedak goreng dan juga ikan celup tepung.
Ramai yang selalu gagal menghasilkan tepung goreng yang rangup dan tidak serap minyak. Ada yang terlalu cair, ada yang terlalu pekat, dan ada juga yang tidak tahu nisbah bahan yang tepat. Dengan menggunakan teknik bancuhan Tepung Goreng Rangup ini, anda dapat membuat gorengan yang menjadi kegemaran ramai dengan hasil yang lebih konsisten. Tepung Goreng Rangup bukan sahaja sesuai untuk pisang dan cempedak, tetapi juga enak digunakan untuk sayur celup tepung, udang, sotong, dan macam-macam lagi.
Cara Bancuh Tepung Untuk Masak Pisang, Cempedak Goreng & Ikan Celup Tepung
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
Cara Penyediaan Tepung Goreng Rangup
Satukan semua bahan di atas dalam satu bekas dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dibancuh. Bancuhan perlahan-lahan membantu mendapatkan tekstur yang lebih baik.
Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang dan cempedak mudah disalut tepung. Jika terlalu cair, gorengan akan menjadi nipis dan kurang rangup.
Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan. Gunakan api sederhana supaya tepung masak sekata dan tidak hangus di bahagian luar.
Angkat, toskan minyak. Sedia untuk dinikmati bersama teh panas atau kopi o. Memang padu!
Tip Supaya Gorengan Lebih Rangup & Tidak Serap Minyak
Gunakan tepung beras yang masih baru untuk hasil rangup lebih maksimum.
Tambahan sedikit tepung ubi membantu tekstur menjadi lebih ringan dan crunchy.
Masukkan air kapur dalam kuantiti sedikit sahaja kerana ia membantu tekstur gorengan lebih ‘keras’ dan tahan lama kerangupannya.
Pastikan minyak cukup panas sebelum mencelup bahan untuk mengelakkan gorengan berminyak.
Jangan goreng terlalu banyak sekaligus kerana ia akan menurunkan suhu minyak.
Kelebihan Menggunakan Bancuhan Tepung Goreng Rangup Ini
Ramai yang memilih cara ini kerana ia sangat serbaguna. Anda boleh gunakan Tepung Goreng Rangup bukan hanya untuk pisang atau cempedak goreng, tetapi juga untuk ikan celup tepung, sotong goreng tepung, bebola sayur, dan pelbagai bahan lain. Dengan bahan-bahan asas seperti tepung beras, tepung ubi, telur dan sedikit air kapur, hasilnya tetap rangup dan sedap dinikmati panas-panas.
Teknik yang betul dalam membancuh tepung juga membantu mendapatkan tekstur yang sekata dan menyeluruh pada gorengan. Bancuhan yang sedikit pekat memudahkan lapisan tepung melekat pada bahan. Selain itu, kombinasi tepung beras dan tepung ubi membantu menghasilkan kepingan tepung yang ringan, rangup dan tidak terlalu keras apabila digigit.
Memang sedap! Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk kudapan, sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi Tauhu Goreng Crispy perkongsian saudari Mastura Razali ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Ia sangat enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Padu…. Sekali cuba pasti tidak menyesal. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
RESIPI TAUHU GORENG CRISPY SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 4 keping tauhu basah – potong 4 5 sudu makan tepung gandum – beli online disini 1 sudu makan tepung beras – beli online disini Secubit garam 1/2 sudu teh baking powder – beli online disini 1 cawan air 1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.
2. Bila adunan sudah agak-agak sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.
3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.
4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang. 5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan nak bagi tepung melekat pada tauhu.
6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)
7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat Sambal Kicap.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!