Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat

Share

Memang sedap dapat nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula makan bila musim panas. Contohnya buat Puding Tiramisu, dimakan sejuk memang sedap,yummy. Dikongsikan cara membuatnya.

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat


12 sudu makan tepung kastard
Air – 5 tin – sukat ikut tin susu
Secubit garam
Biskut marie perisa coffee
Serbuk milo
Coklat rice

Cara memasak:
1.Satukan semua bahan-bahan, susu cair, susu pekat, garam, air dan tepung kastard dalam periuk. Kacau hingga rata. Kemudian letak atas dapur. Guna api yang perlahan. Masak hingga bancuhan jadi likat.

2.Hancurkan biskut, letak dalam bekas / loyang.

3.Siram bancuhan tadi. Bagi meresap dalam biskut.

4.Tabur serbuk milo. Ulang balik jadi dua lapisan.


Lapisan atas sekali boleh lah hiaskan buah ikut selera masing-masing. Dah siap. Letak dalam peti ais..
Selamat mencuba.

Kredit: fauziah yahya

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini 

IKLAN