Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Selain bulan untuk menggandakan ibadah, bulan ini juga merupakan pintu rezeki untuk para peniaga menambah pendapatan. Salah satu hidangan yang digemari ramai tentunya aneka manisan dan juga kuih muih. Kalau di bazar, memang banyak dijual. Naik rambang mata dibuatnya. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah Puding Lapis Surabaya perkongsian saudari Mokcik Nel ini. Nampak sangat sedap. Malah pembuatannya juga kemas. Jom lihat cara-caranya. Kalau buat untuk minum petang pun sesuai juga.
BAHAN LAPISAN C: 1 paket serbuk agar-agar swallow coklat /clear 750ml susu UHT coklat 100gm coklat coin Beryls – boleh juga guna coklat masakan biasa 1 sudu teh emulco coklat – beli online disini 100gm gula pasir 1 biji kuning telur
CARA MEMASAK: 1. Masak semua bahan lapisan A hingga mendidih, tuang 200ml adunan ke dalam loyang.Biar keras sebentar. 2. Masak semua bahan lapisan B KECUALI kuning telur sehingga mendidih, matikan api. 3. Ambil sedikit adunan agar-agar yang dimasak tadi, campur dengan kuning telur dan kacau rata. 4. Kemudian masukkan campuran kuning telur ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali. 5. Tuang 400ml lapisan B ke atas lapisan A. Biar keras sebentar. 6. Bila sudah keras, tuang 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan B. Biar keras sebentar. 7. Masak semua bahan lapisan C hingga mendidih, KECUALIkuning telur. 8. Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan kuning telur. Kacau rata. 9. Kemudian masukkan campuran kuning telur tadi ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali. 10. Tuang semua adunan lapisan C ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
11. Kemudian tuang lagi 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan C. Biarkan mengeras.
12. Kemudian tuang lagi 400ml lapisan B ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
13. Setelah mengeras, tuang lagi 200ml adunan lapisan A yang terakhir ke atas lapisan B. 14. Biar agar-agar sejuk & keras semuanya sebelum 5-6 jam sebelum dinikmati.
Nota: Rujuk rujuk gambar di bawah ini untuk tengok lapisan A,B & C yang dimaksudkan.
PETUA:
Jika adunan agar-agar mengeras sebelum habis dituang setiap lapisan, boleh panaskan semula. Agar-agar akan mencair semula.
Lapisan B (susu + whipping cream) semasa dimasak, mesti sentiasa kacau supaya susu dan krim bersatu elok tidak terpisah macam air.
Masak lapisan B, jangan kacau kuat-kuat. Nanti berbuih teruk. Tak cantik masa melapis.
Tuang agar-agar semasa panas supaya agar-agar melekat elok pada permukaan lapisan yang sebelumnya.
Sejukkan agar-agar sekurang-kurangnya 5-6 jam sebelum dipotong.
Siapa yang suka sangat dengan kek coklat boleh cuba versi yang ini pula. Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus ni sedap disimpan dalam chiller dulu kemudian baru dipotong. Buat untuk minum petang nanti. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya.
Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus 110gm tepung gandum 2 sudu makan serbuk coklat 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu teh garam 1 sudu kecil baking powder Ayak.kemudian gaul sebati dahulu. Ketepikan 2 biji telur 150gm gula kastor Whisk hingga gula larut kemudian masukkan 125ml susu cair ,gaul hingga sebati.
Cara membuat:
1.Masuk bahan ayak sikit-sikit, kaup balik hingga betul-betul sebati dan adunan tak berketul. Adunan nampak licin je. 2.Kemudian masuk 45ml minyak jagung. Gaul betul-betul sebati,baru masuk loyang. 3.Panaskan kukusan. Kukus 30minit.Dah sejuk keluarkan dari loyang. Potong bahagian tengah kek. 4.Putar 250g cream cheese 5.Masuk ½ cawan whipping cream,kalau tak ada guna susu full cream pun boleh. 6.Masuk 1/2,cawan susu pekat,putar lagi. 7.Bila dah nampak leleh sikit.lapis kat bahagian tengah kek. Letak pulak lapisan kek lagi satu. 8.Untuk bahagian atas pulak,lapis lagi cream cheese kat semua lapisan atas. 9.Untuk curah coklat,Double boil coklat masakan. Saya guna coklat beryls milk bukan dark.boleh je mana-mana pun lebih kurang 3/4cawan. Masuk 1/2cawan whipping cream.Bila air dah didih,kacau coklat hingga cair tutup terus api.Tunggu sejuk sekejap baru curah atas lapisan atas cheese tadi. 10.Masuk lebihan cheese dalam piping beg .Lakarkan sikit atas tu. Siap dah. Boleh simpan dalm peti sejuk dulu. Kemudian baru dipotong.
Bagi penggemar sajian bergoreng pasti pernah rasa Udang Goreng Tepung @ Udang Belon di kedai makan Thailand kan? Sduran teoungnya bukan rangup tapi lebih kepada tekstur cucur begitu. Lembut dan sedap dimakan bersama Sos Cili Thai. Bagi anda yang suka, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkogsian saudari Fatyma Idris ni. Sangat mudah rupanya. Jom cuba!
CARA BUAT UDANG CELUP TEPUNG @ UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Udang
Tepung naik sendiri – beli online disini
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan. Buang kotoran udang menggunakan lidi atau pencungkil gigi.
2. Dalam bekas, satukan tepung, telur dan garam. Sebatikan.
3. Masukkan air secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sedang-sedng sahaja supaya tepung boleh melekat elok pada udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Bila udang kekuningan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan Udang Belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang, jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Kuih muih kampung tetap menjadi pilihan walaupun banyak lagi kuih-kuih yang sedang viral di media sosial. Kami kongsikan beberapa resipi kuih yang tetap menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika minum petang.
1. KUIH CARA MANIS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (saya guna santan kotak)
2 biji telur
10 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya (untuk inti)
Garam secukup rasa (untuk rasa lemak masin)
Sedikit minyak masak (untuk diletak pada acuan)
CARA PENYEDIAAN:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung atau penutup periuk. Masak hingga kuih tidak melekat bila disentuh atau lekang daripada acuan.
Berhati-hati semasa nak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
2. TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
Sedikit garam
2/3 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2 kali dari onde-onde gula melaka).
BAHAN-BAHAN INTI KELAPA MANIS:
1 biji kelapa parut/kelapa segera/kelapa kering (guna sedikit air panas untuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
Daun pandan disimpul
CARA PENYEDIAAN:
Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air.
Masak sehingga gula melaka hancur, kemudian tapis.
Masukkan kelapa parut tadi. Kalau tiada kelapa parut, boleh guna kelapa kering. (Kelapa kering tambah sedikit air panas untuk lembapkannya)
Masak sekejap atas dapur. Agak-agak dah kering, masukkan bancuhan tepung gandum tadi. Masak sehingga ia lembap-lembap, kemudian sejukkan.
Bulatkan inti-inti tersebut.
BAHAN-BAHAN SERBUK TEPUNG GOMAK:
1 cawan kacang hijau
CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan kacang hijau dan goreng sebentar. Goreng sekejap sahaja, jangan sampai hangit.
Kemudian, kisar kacang sehingga hancur.
Tapis atau ayak dan boleh dijadikan serbuk tepung untuk tepung gomak. Lebihan tepung boleh disimpan.
CARA PENYEDIAAN KUIH TEPUNG GOMAK:
Masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan ke dalam adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu, panaskan air dan rebus adunan ini.
Bila dah terangkat, angkat dan toskan ia.
Salutkan adunan ini dengan tepung kacang hijau yang telah diayak tadi.
Siap!
Kredit resipi & foto: Pn. Tahrunnisah Jali
3. KUIH BOM BIJAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut *
1/2 cawa tepung gandum *
1 sudu besar gula *
Secubit garam *
Air secukupnya *
Bijan
Inti ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan bekas dan masukkan semua bahan-bahan bertanda *.
Uli sehingga rata. Pastikan adunan tidak terlalu lembik.
Kemudian, isi inti ke dalam adunan dan golekkan ke dalam bijan. Bulat-bulatkan bagi rata semua bijan tadi.
Perap di dalam peti ais selama 1 jam.
Goreng di atas api sederhana.
Siap!
Kredit resipi & foto: Sis Eita Emie
4. BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu siap diparut
2 cawan santan pekat daripada sebiji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan oven pada suhu 200 ℃ api atas bawah, masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inch. Gaul semua bahan sehingga santan sekata dan gula hancur. Ratakan.
Masukkan loyang dalam oven dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bingka hingga 1 jam atau 1 jam setengah atau hingga bahagian atas bingka keperangan (20 minit terakhir bakar, sy tukar api atas sahaja untuk dapatkan kerak pada bahagian atas bingka)
Setelah siap bakar, keluarkan bingka. Tunggu bingka sejuk, baru potong. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: Ruhana Parmen
5. KUIH ABUK-ABUK
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan sagu biji
1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa
Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
Daun pisang
Lidi (kerat kecil) untuk sematan
CARA PENYEDIAAN:
Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
Masukkan campuran biji sagu tadi untuk penuhi kelongsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong).
Lipatkan kelongsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
Kukus selama 10-15 minit.
Kredit resipi & foto: Illyani Mokhtar
6. KUIH KOCI LABU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
Labu (guna separuh sahaja)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
Satukan labu yang telah disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan sahaja.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik ya. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.
CARA MEMASAK:
Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan doh yang telah dibulat-bulatkan tadi. Bila doh dah terapung, maknanya doh dah cukup masak.
BAHAN-BAHAN INTI:
1 1/2 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
Gula melaka/gula merah (saya guna 1 1/2 gula kabong)
2 sudu besar gula pasir
Air setengah cawan untuk larutkan gula
1 sudu besar tepung gandum dicampur dengan sedikit air (untuk pekatkan inti)
CARA MASAK:
Masukkan air dan gula merah atau gula kabong. Masukkan juga gula pasir, biar gula mendidih bersama air sehingga larut.
Kemudian, masukkan kelapa parut.
Akhir sekali, masukkan tepung yang telah dilarutkan dengans sedikit air tadi. Biarkan kering seketika, kemudian sejukkan.
BAHAN UNTUK SANTAN CAIR:
2 cawan (saya tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat)
3 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
CARA MASAK:
Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau ya. Masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
Kemudian, dah boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan.
Seterusnya, boleh mula membungkus koci.
TIP UNTUK MEMBUNGKUS KUIH KOCI:
Semasa nak bungkus koci, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
Kemudian, ambil doh yang sudah dimasukkan ke dalam santan tadi menggunakan sudu, letak di tengah-tengah daun pisang.
Lipatkan daun pisang (cara melipat daun boleh rujuk di Google atau YouTube)
Dah siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air betul-betul dah mendidih dengan api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik.
Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.