Sekarang ni musim hujan kan. Petang-petang je mesti hujan. Apa kata kita buat ubi kayu sira gula pedas. Sedap sesangat. Jangan lupa bancuh kopi o. Terangkat la makan macam ni. RASA kongsikan resipi daripada status facebook atas nama Fatin Ramli.
Petang-petang ni dok saja-saja nampak ubi kayu so tercetus la menu zaman kanak-kanak dulu, sedap wea lama tak makan, ubi sira gula pedas Dulu kecik-kecik cukup suka makan ni, ni dah kira 20 tahun kemudian Baru nak merasa balik. Simple je rupanya buat ubi ni. – Fatin Ramli
UBI KAYU SIRA GULA PEDAS
BAHAN-BAHAN
3 tongkol ubi kayu
Minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
Gula
Garam
CARA MEMBUAT
1. Potong ubi kayu ikut cita rasa masing-masing.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
.
CARA MEMASAK :
.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.
Sumber : FB SheilaKitchen Home Cooks
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini apa kata kita masak Kuih Lompang Berlauk. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit. Jom kita cuba resipi Kuih Lompang Berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali
RESIPI KUIH LOMPANG BERLAUK
BAHAN UNTUK RENDANG:
10 keping daging burger (dipotong enam bahagian) 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih – BELI ONLINE 1 inci halia –BELI ONLINE 1 inci lengkuas –BELI ONLINE 1 inci kunyit hidup – BELI ONLINE 2 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE 20 tangkai cili padi – BELI ONLINE 1 senduk rata cili kering kisar 2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus) 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE 1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE 4 batang serai (dititik) 1 cawan santan kara 3 cawan air 3 sudu besar kerisik – BELI ONLINE 2 helai daun kunyit (dimayang) Garam
CARA MEMBUAT:
1. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.
4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.
5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.
6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.
BAHAN LOMPANG:
1 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 4 cawan air 1 sudu besar air kapur Garam Pewarna kuning
CARA MEMBUAT:
1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
2. Sapu minyak pada acuan.
3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.
4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.
5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Bolehlah sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.
INFO: *untuk bancuhan ini boleh dapat 47 hingga 50 biji kuih lompang. *untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?