Sedapnya Popia Sira ni. Ramai yang sukakannya. Tekstur popia yang rangup, ditambah pula dengan sos yang pedas-pedas manis, memang enak dikunyah. Pendek kata makan satu tak cukup. Bagi anda yang tercari-cari resipi Popia Sira Sambal yang sedap dan mudah disediakan, resipi perkongsian saudara Zaky Mat Alini antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT POPIA SIRA SAMBAL YANG SEDAP & MUDAH SECARA HOMEMADE
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat inti popia, satukan semua sayur-sayuran dan gaul rata.
2. Ambil sekeping kulit popia, letak inti dengan secukupnya dan gulung. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng popia hingga garing dan keperangan. 4. Angkat, toskan minyak dan ketepikan seketika.
5. Untuk membuat sos sira, panaskan minyak masak dan masukkan cili giling. 6. Kemudian masukkan gula, sos cili dan garam. 7. Bila sos sudah masak dan rasa sudah cukup, taburkan bijan dengan secukupnya. 8. Salutkan popia tadi bersama sos hingga rata.
9. Sedia untuk dihidangkan.
TIP MASAK POPIA YANG RANGUP & SEDAP
Semasa menggulung popia, pastikan popia anda digulung padat-padat.
Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng popia dengan menggunakan api perlahan.
Resipi sotong masak hitam pedas ini nampak gelap tapi sebenarnya tak menggunakan kicap.
Warna ini adalah hasil dakwat sotong yang turut memberikan rasa masakan yang lebih enak terutama bila disatukan dengan bahan sambal.
Kalau teringin nak tahu rasanya kena cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Resipi Sotong Masak Hitam Pedas
Bahan-bahan
500g sotong (ambil sedikit dakwat sotong)
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar air asam jawa
1 batang serai (dititik)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan
10 batang cili padi hijau
3–4 ulas bawang putih (dititik)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Garam, serbuk perasa & serbuk kunyit secukupnya
Cara Penyediaan Sotong Masak Hitam Pedas
1. Rebus sotong sebentar (2–3 minit) dalam air mendidih. Toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas, serbuk belacan dan air asam jawa. Kacau sebati.
5. Masukkan sotong bersama dakwatnya dan bawang besar. Gaul rata.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak sekejap hingga sotong empuk dan kuah pekat berkilat.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Tip Ekstra
Jangan masak sotong terlalu lama, cukup sekadar 3–5 minit selepas masuk dalam kuah, kalau lebih sotong akan jadi liat.
Kalau nak kuah lebih wangi, boleh tambah hirisan daun kunyit atau sedikit kerisik.
Gunakan sotong segar supaya dakwatnya pekat dan memberi rasa lebih asli.
Sesuai dihidang bersama nasi putih panas atau pulut kuning.
Nasi impit sering disajikan bersama kuah kacang , rendang dan kuah lodeh. Namun begitu, nasi impit juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya. Sedap & memang mengenyangkan!
foto: ms.wikipedia.org
Khas buat anda, RASA berikan cetusan idea untuk mempelbagaikan hidangan berasaskan nasi impit yang anda boleh hasilkan di rumah. Lepas ni jika ada nasi impit lebih, tak perlulah membazir. Macam-macam boleh buat.
1. NASI IMPIT OLIO
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
2 keping daging salai|dihiris nipis
2 biji bawang putih
2 biji cili padi|hiris halus
1 biji cili merah |dipotong dadu
10 biji ceri tomato|dipotong dua
Garam secukup rasa
Minyak jagung|untuk menumis
Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan daging salai dan tumis sehingga garing.
Masukkan separuh tomato dan kacau sehingga sedikit layu.
Campurkan nasi impit, cili merah dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut citarasa anda.
Tambahkan separuh ceri tomato yang sudah dihiris sebelum dihidang.
INFO CHEF: Pastikan daging salai dtumis sehingga garing untuk mendapatkan tekstur rasa yang lebih enak.
2. NASI IMPIT GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
2 paket besar nasi impit
3 biji bawang merah|dikisar
2 biji bawang putih|dikisar
2 biji cili merah|dikisar
3 biji cili padi|dikisar
½ cawan udang kering|dibersihkan
Sedikit minyak|untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub stok ayam
CARA MEMASAK:
Rebus nasi impit sehingga masak dan sejukkan. Potong mengikut citarasa anda.
Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga halus.
Tumis bahan kisar dengan minyak sehingga kekuningan.
Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga naik baunya.
Tambahkan stok ayam dan garam mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan nasi impit dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Penggunaan udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis mengikut citarasa.
3. SALAD NASI IMPIT
BAHAN-BAHAN:
4 paket kecil nasi impit|direbus
1 biji timun jepun
15 biji anggur
10 biji ceri tomato
125gm jagung dalam tin
1 paket daun salad campuran
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS SALAD:
1 biji lemon
15ml madu
Sedikit minyak jagung
Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sos salad, masukkan semua bahan-bahan seperti lemon yang telah diambil jus, madu, minyak jagung, garam dan lada sulah ke dalam botol dan goncang sehingga menjadi sebatian.
Potong nasi impit mengikut citarasa anda.
Lalu gaulkan sos salad bersama semua bahan dan ubah suai rasa mengikut citarasa anda.
Info Chef: Untuk lebih rasa, tambahkan kekacang untuk rasa yang lebih ranggup.
4. NASI IMPIT SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
1 paket besar nasi impit|direbus
500g paru yang sudah direbus
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji tomato|dicincang halus
Sedikit air asam jawa
5gm sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi.
Paru dihiris nipis dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar dan tomato sehingga naik bau.
Masukkan sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa mengikut citarasa anda.
Masukkan paru dan gaul sehingga mesra bersama nasi impit. Sedia untuk dihidang.
Info Chef: Paru hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga ia benar-benar masak.
Ayam goreng ada macam-macam cara menyediakannya tapi ayam goreng yang dibuat oleh mak tentulah yang paling sedap.
Biasanya adik beradik akan berebut makan. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin, resipi ayam goreng berikut adalah daripada seorang ibu anak yang ramai dengan bajet sederhana.
Ayam dipotong kecil bukan saja agar lebih sedap tapi juga supaya semua dapat merasa.
Resipi ayam goreng berebut makan
Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong kecil
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa ulas bawang merah India – dihiris
Cara membuat
1. Gaulkan ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap sekejap pun dah cukup.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
3. Masukkan ayam, goreng hingga garing dan keemasan.
4. Angkat bersama daun kari dan bawang. Siap untuk dihidang!
Tip Ekstra: Kalau suka lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau hirisan cili padi ketika menggaul ayam.