Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
Ads
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
Ads
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Kita masih dalam bulan Syawal kan haa jadi mesti ramai lagi saudara-mara atau rakan-rakan yang akan beraya di rumah. Kastad Tiramisu ni sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk dihidangkan kepada para tetamu. Ia sangat mudah untuk disediakan dan pastinya sedap! Cuba taw!
Ayam bakar makanan yang paling ringkas untuk disediakan. Ayam biasanya diperisakan dengan campuran kicap , sos tiram dan sebagainya. Boleh cuba resipi Ayam Bakar Cili Padi. Kaw kaw terasa pedas menyengat pasti membuka selera.
Ayam Bakar Cili Padi
Bahan-bahan:
1 ekor ayam Garam dan gula /madu secukupnya Sedikit sos tiram Sedikit sos cili Sedikit kicap
Bahan kisar:
1 batang serai 4 ulas bawang putih 5 ulas bawang kecil 10 tangkai cili padi 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 biji kiub ayam Sedikit minyak (saya guna olive oil) – semua bahan ni kisar atau tumbuk
Cara memasak:
1.Campur bahan kisar dengan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula / madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
2.Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing. Jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib.
Kredit : Rarra Sakura
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Bila teringin menu berkuah, mesti korang terbayangkan macam-macam menu sup. Apa kata kali ini korang cuba Soto Banjar, rasa dan bahan lebih kurang soto biasa tetapi kuahnya kuning sebab ada tambah kunyit dan ia dimakan dengan sambal cili. Tapi kalau tekak anda ingin sambal kicap juga takda masalah boleh je buat sambal kicap. Untuk resipi penuh, ada dikongsikan di bawah.
SOTO BANJAR BAHAN-BAHAN:
2 keping isi ayam |, rebus dan carik-carik isinya
1 liter air rebusan ayam
1 liter air
Garam dan perasa secukup
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis REMPAH PENUMIS:
5 biji buah pelaga
5 biji butir cengkih
2kuntum bunga lawang BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
5 biji buah keras
1/2 sudu makan lada hitam BAHAN ISIAN:
1/2 pakat ketupat mini | 100 biji ketupat mini
50gm suhun | goreng
6 biji telur rebus | belah dua atau empat
15 biji bergedel kentang
Bawang goreng
Hirisan daun bawang & sup
Hirisan limau nipis
Sambal cili tumbuk
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan bahan rempah penumis, kacau seketika.
Masukkan pula air rebusan ayam dan air biasa, biarkan mereneh.
Setelah mereneh perasakan dengan garam gula dan perasa secukupnya.
Tutup api.
Untuk menyediakan hidangan masukkan nasi impit di dalam mangkuk, tuangkan kuah sup di dalamnya.
Hiaskan di atasnya dengan suhun goreng, isi ayam yang dicarik, bergedil, telur rebus dan hirisan limau nipis.
Kemudian taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
Hidang bersama sambal cili.
INFO CHEF: Soto ini sangat mudah disediakan , jika tidak mahu nasi impit boleh ditukar dengan bihun atau mi. Atau boleh campur.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.