Sedapnya ayam BBQ. Ni ada cara mudah untuk buat perapan ayam BBQ yang sedap dan sesuai untuk sajian keluarga, berkelah atau majlis hari jadi. Bahan yang digunakan sangat mudah dan mudah didapati. Lagi lama perap, lagi sedap rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Amira Hasan ni. Pasti puas hati.

RESIPI PERAPAN AYAM BBQ HOMEMADE, SEDAP & MUDAH 

Resipi Perapan Ayam BBQ Homemade. Pedas, Manis & Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kepak ayam – bersihkan 
  • Kicap manis secukupnya
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 2-3 sudu makan madu
  • 2-3 sudu makan sos cili pedas
  • Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 10 ulas bawang putih – tumbuk lumat 
  • 2 inci halia – tumbuk lumat 
  • Sedikit kunyit hidup – tumbuk lumat 
  • Perencah cukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. 

Resipi Perapan Ayam BBQ Homemade. Pedas, Manis & Sedap2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi ayam. 

Resipi Perapan Ayam BBQ Homemade. Pedas, Manis & Sedap3. Gaul rata dan perap ayam selama 1 jam atau lebih. lebih lama perap lagi sedap rasanya.

Resipi Perapan Ayam BBQ Homemade. Pedas, Manis & Sedap

Ads

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak ayam menggunakan api perlahan hingga masak sepenuhnya. Disarankan menggunakan kuali non-stick. Boleh juga dibakar menggunakan arang atau ketuhar.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Perapan Ayam BBQ Homemade. Pedas, Manis & Sedap

Kredit resipi & foto: Amira Hasan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Ads

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Ads

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI