Bagi peminat Nasi Mandy, sajian dari Timur Tengah ini pastinya sentiasa dirindui. Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda. Keluarga anda pun suka? Ha…Inilah masanya nak belajar masak sendiri guna resipi mudah ni. Saudari Nik Imana ada kongsikan resipi Nasi Mandy Ayam yang mudah dan sedap. Jom cuba!
1.Rebus ayam bersama kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub pati ayam, sedikit garam, tomato & cili hijau. 2. Rebus beberapa ketika supaya ayam masak di bahagian dalam. 3. Kemudian toskan ayam. Rempah dalam rebusan into jika tidak suka tergigit, boleh kisar halus.
1.Ayam yang ditoskan tadi disapu dengan bahan perapan ayam dengan secukupnya. 2. Kemudian letak hirisan lemon dan panggang dalam air fryer/ketuhar sehingga perang keemasan.
3. Jika nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi empunya resipi suka ayam yang dipanggang.
1.Untuk masak nasi, cuci beras basmathi dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa, tidak perlu rendam. 2. Panaskan planta/minyak sapi, tumiskan sedikit (anggaran secubit)biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih (kalau takut tergigit boleh kisar halus) & daun bay. 3. Tumis semua sampai naik bau kemudian masukkan beras tadi. Goreng sekejap. 4. Kemudian masukkan air rebusan ayam ikut sukatan biasa yang anda letak untuk masak nasi dan juga sedikit garam. 5. Bila nasi sudah kering, taburkan daun ketumbar & buat sedikit lubang dekat nasi untuk letak pewarna kuning. Biarkan sampai nasi masak.
BAHAN SALATAH:
Bawang holland – beli online disini Timun Tomato Perah lemon / cuka Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Potong bawang holland, timun dan tomato kecik-kecil. Kemudian perah lemon serta masukkan garam dan gula dengan secukupnya. Kacau. Jika tiada lemon, boleh gantikan dengan cuka.
BAHAN SAMBAL NASI ARAB:
Cili merah Tomato Daun ketumbar Garam & perahan lemon
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili merah, tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam serta perahan lemon.
BAHAN SUP:
Lebihan air rebusan ayam Akar daun ketumbar Garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning
CARA MEMASAK:
1.Untuk sup, lebihan air rebusan ayam ditambah dengan akar daun ketumbar. Kemudian perasakan dengan garam & serbuk kunyit untuk nampak kuning. 2. Kemudian hidangkan bersana Nasi Mandy, ayam, Salatah dan sambal.
Resipi Nasi Arab ala melayu paling mudah. Menu macam ni sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga. Lengkap dengan sayur, sambal dan juga lauk.
Empunya resipi buat dengan memasukkan terus ayam dalam nasi, lebih sedap menurutnya. Namun dia turut berkongsi resipi untuk ayam yang ingin dibakar di dalam oven.
Nampak sedap dan menyelerakan, buat hujung minggu boleh jadi hidangan dari tengah hari sampai ke malam.
Resipi Nasi Arab Mudah & Sedap
Bahan-bahan rebusan ayam:
1 ekor ayam potong 4
1 biji tomato belah 4*
1 bji bawang besar belah 4@6*
1 sk jintan manis (biji)*
1 sk ketumbar (biji)*
2 sk lada hitam*
3 biji buah pelaga*
2 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma ( saya guna 2sb )
Akar ketumbar
Garam
Cara Penyediaan:
Perap ayam dengan semua bahan bertanda *. Tak perlu dikisar.
Jika nak kuah atau air rebusan yang banyak, tambahkan sedikit bahan-bahan.
Bahan-bahan nasi:
Tumis bawang besar setengah biji mayang*
halia seinci & rempah 3 sekawan*
2sb mentega *
Air rebusan ayam
1 cawan beras 1 @ 1 1/2 cawan air ( Basmathi )
Garam
Cara Penyediaan:
Tumis bahan bertanda * dan masukkan ke dalam beras yang siap dicuci.
Tambah air rebusan ayam dan daun ketumbar.
Masukkan ayam yang telah direbus ke dalam nasi. Masak seperti biasa.
Bahan-bahan sambal:
Cili api & cili merah
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam & Gula
Cara Penyediaan:
Kisar semua bahan dan campurkan dengan jus lemon
Bahan-bahan salatoh:
Timun dadu
Tomato dadu
Bawang besar dadu
Garam & Gula
Cara Penyediaan:
Satukan semua bahan dan perah lemon, kacau sebati.
Ayam yang nak versi bakar ( Saya lebih suka versi masuk dalam nasi..lembut sangat isi
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos tiram
Garam
Brown sugar / madu (saya guna madu)
Minyak masak (2 sdb)
Cara Memasak:
( Perap ayam seketika & bakar dlm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 mnit )
Bagi penggemar hidangan Nasi Beriyani, pasti terbayang-bayang keenakan nasi yang gebu serta penuh perisa. Makan panas-panas, memang sangat membuka selera. Nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Nurul Afidah Catalyst ni boleh anda cuba. Sangat mudah dan hasilnya memang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI BRIYANI KAMRI KAMBING ADABI
BAHAN-BAHAN: 2 tin Kari kambing Adabi – beli online disini 4 pot beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30 minit. Kemudian tapis) – beli online disini 1 biji tomato – potong dadu 1 biji bawang besar – hiris nipis 2 inci halia – hiris nipis Rempah 3 sekawan 3 helai daun pandan 3 biji cili besar hijau @ merah 1/2 cawan susu cair @ segar – beli online disini 1 senduk marjerin – beli online disini Telur rebus ikut cita rasa 1/2 kiub pati ayam – beli online disini Air (1 tin kari kambing) Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan planta dan tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia dan masak sehingga kekuningan. 2. Masukkan bawang besar dan daun pandan. Masak sehingga layu. 3. Masukkan kiub pati ayam, tomato dan susu segar. Biarkan sehingga mendidih. 4. Kemudian masukkan kari kambing dan garam secukup rasa. Masukkan juga air dan biarkan mendidih. 5. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tidak pernah biar terlalu lama.
6. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan telur rebus dan cili hijau besar. Masak nasi seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau nasi jika perlu.
7. Nasi Briyani Kari Kambing siap dan boleh dihidangkan.
Untuk rasa lebih enak, boleh tabur hirisan daun ketumbar di atas nasi. Nasi juga enak dihidang bersama Ayam Masak Merah, Dakca atau sup kosong.
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, boleh juga diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dihasilkan ialah nugget homemade menggunakan nasi. Ha…nampak macam ‘rare’ kan? Sesuai sangatlah jika anda ada anak-anak kecil yang suka makan nugget. Buat sendiri pastinya lebih jimat, mengenyangkan malah lebih sihat. Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Khadijah Haron ni.
NUGGET HOMEMADE BUAT GUNA LEBIHAN NASI
BAHAN-BAHAN:
Nasi panas (sebaiknya yang baru masak)
Isi ayam mentah | dicincang
Serbuk perasa
Garam secukup rasa
Telur | dipukul
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan nasi, isi ayam cincang, serbuk perasa dan garam. Lenyek-lenyekkan adunan hingga sebati.
2. Kemudian, ambil adunan tadi ikut jumlah yang dikehendaki. Kepal adunan nasi dan leperkan. Susun dalam pinggan.
3. Ambil nugget tadi dan celup kepingan nasi tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata. Tos supaya lebihan telur tidak melekat pada nugget.
4. Kemudian salutkan nugget tadi dengan serbuk roti hingga sekata. Ulang langkah hingga habis.
5. Sebelum dinikmati, sejuk bekukan nugget nasi supaya salutan melekat sempurna dan kemudian bolehlah digoreng hingga keperangan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...