Nasi goreng kampung adalah salah satu jenis nasi goreng yang sangat popular di Malaysia. “Kampung” di sini merujuk kepada gaya masakan yang lebih sederhana dan tradisional, seperti yang biasa dimasak di kampung-kampung. Nasi goreng kampung biasanya menggunakan bahan-bahan asas seperti nasi putih sejuk, bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis, telur, dan sayuran seperti kangkung atau kacang panjang.

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam

Baru-baru ini Nasi Goreng Kampung menjadi ‘trending’ apabila Chef terkenal dari New Zealand, Andy Hearnden, memuji hidangan ini sebagai antara hidangan yang terbaik dan enak.

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam

Ads

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Andy Cooks beliau telah memasak tiga hidangan nasi goreng ikonik dari seluruh dunia iaitu Arroz Chaufa dari Peru, Nasi Goreng Kampung dan Cơm Chiên dari Vietnam dan keputusannya, Nasi Goreng Kampung dipilih sebagai pemenang!

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam Bau menyengat tapi gabungan rasa yang seimbang, kepedasan yang tepat dan tekstur rangup dari ikan bilis goreng dan sangat enak dinikmati bersama telur goreng. Dalam siri videonya yang terdahulu, Andy pernah memuji nasi goreng dari Korea dan Thailand antara yang terenak dan terbaharu, Nasi Goreng Kampung Malaysia berjaya berada dalam senarai kegemaran chef tersohor ini dan tentunya membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga.

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam

Terasa nak makan Nasi Goreng Kampung? RASA kongsikan resipi mudah untuk anda cuba.

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG PALING SEDAP

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam

BAHAN-BAHAN:

4 cawan nasi sejuk
Ikan bilis secukupnyabeli online disini
1 biji bawang merah – cincang beli online disini
3 ulas bawang putih – cincang beli online disini
5 biji cili api – cincang
Belacan – saiz ½ biji bola pingpong beli online disini
½ cawan isi ayam
2 biji telur
Garam secukup rasa
Kangkung secukupnya
Minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula gorengkan ikan bilis. Kalau boleh pilih yang kecil-kecil. Baru la tak menyucuk gusi masa makan nanti.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam 2. Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumiskan bahan-bahan yang dicincang hingga wangi kemudian letak belacan.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam 3. Masukkan isi ayam. Kalau nak letak udang ke, sotong ke boleh je.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam 4. Bila semua bahan dan sebati elok, masukkan telur. Kacau sebati.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam5. Perasakan dengan garam dengan sedapnya.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam6. Masukkan nasi sejuk. Pastikan nasi telah diperoikan terlebih dahulu.
Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam 7. Akhir sekali masukkan hirisan kangkong. Gaul sebati hingga sekata. Angkat, tabur bilis goreng dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam Resipi Nasi Goreng Kampung Dipuji Chef Antarabangsa, Atasi Menu Dari Peru & Vietnam

Kredit resipi & foto: Umi Watie

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Simple, Garing & Sedap

Begini Cara Masak Terung Goreng Rangup Yang Sedap & Crispy

Ads

Resipi Telur Sambal Cili Kering Lauk Ringkas Paling Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI