Sempena ketibaan Ramadan tahun ini, Cadbury Diary Milk ingin mengajak seluruh Rakyat Malaysia menggunakan kertas lapik pembakar eksklusif mereka yang direka khas untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya dari hatiuntuk bulan yang mulia ini.

Cadbury ingin mengajak rakyat Malaysia mengekspresikan keikhlasan dan kasih sayang kepada rakan taulan dan ahli keluarga dengan membuat Kuih Raya Dari Hati hasil air tangan kita sendiri menggunakan resipi Cadbury yang mudah dan lazat.

Mudahnya Buat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

Membuat kuih raya sememangnya rumit bagi mereka yang belum pernah mencubanya. Tambahan pula setiap bahan perlu disukat dengan tepat mengikut resipi, menggunakan gajet dan peralatan yang khusus bagi menghasilkan kuih raya yang sempurna. Sebab itulah, mereka yang jarang ke dapur akan teragak-agak untuk membuat kuih raya mereka sendiri, dan memilih jalan mudah membeli kuih raya yang sudah siap di pasar raya atau kedai dalam talian. Cadbury sememangnya memahami keadaan ini, dan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kertas lapik pembakar bersama-sama dengan resipi kuih raya mereka sempena Ramadan tahun ini.

Mulai 1 Mac hingga 31 Mei, kepingan bar 160g Cadbury Dairy Milk akan dibalut dengan kertas lapik pembakar yang terdiri daripada satu (1) resipi dan templat alat penyukat bahan membuat kuih raya. Kertas lapik pembakar yang dicetak dengan templat itu, turut dilengkapi dengan arahan cara membuat alat penyukat tersebut. Tambahan lagi, alat penyukat itu boleh menyukat dengan tepat bahan yang diperlukan bagi resipi yang disertakan! Dengan adanya resipi, arahan serta visual yang mudah difahami, proses membuat kuih raya akan jadi lebih mudah.

Mudahnya Buat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

Mudahnya Buat Kuih Raya Dari Hati Dengan Cadbury

IKLAN

Terdapat lapan resipi yang disediakan untuk kempen raya tahun ini, di mana enam daripadanya boleh didapati di laman sesawang mikro kempen ini dan pada kertas lapik pembakar yang didatangkan dengan kepingan bar  Cadbury Dairy Milk, manakala 2 resipi lagi hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian.

Resipi kuih raya yang disediakan ialah:

  • Biskut Keju Cadbury
  • Kek Batik Cadbury
  • Kek Keju Hangus Mini Basque Coklat Cadbury
  • Tat Coklat Cadbury
  • Kek Keju Coklat Cair Cadbury
  • Puding Coklat Cadbury*
  • Biskut Fudge Coklat Cadbury*

*Dalam talian sahaja

Walaupun menggunakan perkakas dan alatan yang betul, kebanyakan kita mungkin akan berasa gentar semasa membuat kuih untuk kali pertama. April ini, Cadbury Dairy Milk akan berkolaborasi dengan Chef Selebriti Anis Nabilah untuk membimbing para hadirin dalam sesi strim langsung eksklusif Kuih Raya Dari Hati Cadbury. Bersama-sama dengan hos Azura Zainal, Chef Anis akan memberikan tip-tip serta petua bagi memudahkan lagi proses membuat kuih raya yang enak ini! Sesi strim langsung ini adalah percuma, dan untuk mendaftar sebagai hadirin hanya memerlukan tiga langkah mudah:

IKLAN
  1. Imbas kod QR pada kertas lapik pembakar untuk memasuki laman sesawang mikro Raya 2022 Cadbury. Selain itu, ia juga boleh diakses melalui pautan: www.resipiraya.cadburyoreo.com.my
  2. Isikan butiran dengan tepat pada borang pendaftaran strim langsung.
  3. Hadir pada sesi strim langsung eksklusif bersama-sama Chef Anis Nabilah serta hos Azura Zainal, dan bersedia untuk membuat kuih raya enak dengan Cadbury!

Cadbury turut menawarkan peluang untuk merebut hadiah lumayan bernilai hingga RM20,000 dengan hanya mendaftar. Hadiah yang disediakan termasuklah sebuah peti sejuk berjenama premium, sebuah ketuhar elektrik, dan banyak lagi. Mereka yang mendaftar awal turut berpeluang untuk memenangi kit istimewa yang mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Raya Dari Hati ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk Cadbury Dairy Milk yang boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya hiper seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia, sila kunjungi laman Facebook di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Resipi Ikan Merah Masak Cuka Versi Simple. Kuah Masam, Rasa Sedap

IKLAN

Simpan Resipi Sos Spaghetti Homemade Ini Untuk Ramadan

Padan Ler Viral Sos Lada Hitam Homemade Ni, Cikgu Afy Kongsi Rahsia

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI