Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Emini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Tak lengkap sambutan Syawal tanpa adanya nasi impit. Sedapnya kalau makan dengan rendang, kuah kacang, serunding atau lontong. Nasi impit pun ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran. Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu. Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.
NASI IMPIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa
10 cawan air
2 sudu teh garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
Setelah siap, padamkan api.
Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.
Info chef: Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.
Nasi goreng chili flakes ini paling sesuai dibuat waktu pagi. Sebabnya ia paling pantas untuk dimasak. Waktu sibuk bersiap untuk pergi bekerja pun memang sempat sangat untuk masak nasi goreng ini.
Nasi goreng chili flakes ini tak perlu kisar atau tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja, yang pasti hasilnya sedap. Cara buat nasi goreng cepat dan sedap ini dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bahan-bahan (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar chili flakes (empingan chili)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila warna bawang keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya seperti gambar di bawah. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
4. Kemudian boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5. Boleh perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Masukkan juga sedikit gula. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
6. Akhir sekali pecahkan telur. Kemudian gaul rata.
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian keluarga esok? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Guna periuk nasi elektrik je. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.