Nasi Ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes Nasi Ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
Ads
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Ads
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Orang Malaysia memang sinonim dengan Nasi Goreng, sebab itulah pelbagai menu nasi goreng yang sedap dan sesuai dengan selera tempatan tercipta. Sangat mudah disediakan dan sedap, campak-campak dan goreng, lima minat pun boleh siap. Tak percaya cuba lima menu nasi goreng yang boleh anda semua cuba.
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
2. NASI GORENG TAHU DENGAN KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
3,NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
5 biji telur
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan udang kering
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.
4. NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
4 biji telur
2 biji cili merah
4 biji cili padi
4 batang kacang buncis | potong kecil
300gm isi dada ayam
1 tangkai daun bawang | potong kecil
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu makan kicap lemak manis
1 inci belacan
1 sudu teh stok ayam
½ sudu makan udang kering
1 sudu makan bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.
5. NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu yang paling sempoi untuk disediakan ialah nasi goreng. Semua bahan ada di dalamnya. Puas makan. Nasi goreng daging umpamanya sesuai dimakan untuk sarapan mahupun makan malam. Apa kata hidangkan sekeluarga menu ni untuk makan malam nanti.
NASI GORENG DAGING
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar-hiris
Tumbuk kasar Cili kering Cili padi merah dan hijau. Bawang besar Bawang putih Bilis Belacan Garam dan ajinomoto
Rebus daging empuk dan hiris kecil
Kacang panjang kalau ada lobak merah boleh tambah juga
Nasi yang dah sejuk dan digemburkan
Cara memasak:
1.Gunakan minyak lebihan goreng ikan.Goreng hirisan bawang tadi sampai agak garing.
2.Masukkan bahan tumbuk.
3.Masak sampai garing dan masukkan sikit kicap manis
4.Masukkan daging.
5.Gaul sekata dan mesra.
6.Masukkan kacang panjang dan bilis goreng.Kacang panjang tu saya suka goreng dulu dengan minyak yang betul betul panas.Sekejap saja kemudian toskan minyak.
Anda gemar makan bubur? Jom cuba resipi Bubur Nasi Cendawan Shitake yang sangat sedap perkongsian saudari Shaa Zainol ini.
Kata empunya resipi, ini adalah ‘my healing rice porridge’. Tak perlu cari bubur nasi dari restoran makanan segera popular tu dah. Ada resipi ni, hanya perlu masak sendiri. Cukup mudah.
Bagi anda yang ada anak-anak kecil, bubur ini juga sesuai untuk si manja anda bahkan ia juga ‘ngam’ untuk para vegan. Tiada sebarang haiwan digunakan. Hanya tambah cendawan.
Bagi yang sedang menjaga pemakanan, hidangan ini boleh dijadikan menu diet yang sedap dan sihat. Best kan? Jadi jomlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
2. Dadukan atau cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air kemudian masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan letakkan atas api.
4.Masak beras hingga masak dan masukkan bahan-bahan yang lain.
5. Gaulkannya hingga semua bahan bercampur rata dan jika terlalu pekat boleh ulang tambah air hingga dapat tekstur yang elok. Tunggu sehingga bubur masak sempurna.
6.Dah siap. Hidangkan bubur dan hiaskan dengan daun sup serta daun bawang.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!