Dikongsikan resepi orang bujang, tapi bujang yang berketerampilan dan bergaya.
Memang nampak sedap walaupun resepinya ringkas tapi kalau tengok hasilnya orang ingat makan dekat kedai.Nasi pun sedap, ada aroma sebab ada letak stok ayam. Hidangan ni boleh kata hidangan lengkap sebab ada sayur dan cendawan. Dalam semangkuk, lengkap segalanya.
Nasi Ayam Tiram Madu
Bahan-bahan: (1-2 orang makan)
½-1 pot beras
1 potongan ayam (chicken chop cut)
2 sudu besar stok ayam( atau ½ kiub)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan (optional)
1 pokok pak choy
1 keping cendawan shiitake
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Cuci beras dan letak dalam mangkuk. Beras jangan lebih separuh paras mangkuk.
Kalau lebih, cari mangkuk lagi besar. Letak stok atau kiub ayam. Setiap ½ pot, letak 1 sudu.Kalau nak nasi lebih sedap,letak bawang putih dan halia yang disagat. Saya tak letak sebab malas nak sagat.’
2.Setiap pot nasi, letak 1 pot air. Kemudian masukkan sayur pak choy dan cendawan shiitake yang telah dibasuh.Nak letak sayur lain pun boleh. Kalau tak nak sayur terlalu layu, letak bila nasi hampir masak.
3.Letak air dalam periuk nasi, 2-3 pot. Kalau kalian jenis makan nasi kena ada sup, sup letak sini.Boleh masak sekali jalan dengan nasi tanpa bercampur. Mudah,kan? Tapi saya malas buat sup.
4.Sekarang, masukkan mangkuk berisi beras dan sayur tadi.
Mangkuk saya ni, dah sama besar dengan periuk nasi. Haha! Periuk nasi ni yang kecil.
Saya tetap masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi.
5.Periuk nasi saya ni kecil, tapi datang dengan set pengukus di atasnya. Jadi saya letak ayam atas pengukus.Ayam ni saya perasan dengan garam di kedua-dua belahnya.Kalau kalian tak ada set periuk siap pengukus.Letak ayam atas beras, kemudian baru letak sayur.
IKLAN
6.Tutup periuk dan biarkan nasi masak macam biasa. Cuma sekali sekali, periksalah sedikit nasi tu.Kadang-kadang dia dah masak, tapi periuk tu tak “tendang” pergi ke “warm”.
7.OK periuk nasi dah berbunyi tanda dah selesai masak. Kita periksa ayam, ternyata dah masak.Nampak pucat ayam tu, tapi tak apa. Tenang sahaja.
8.Kita periksa nasi dan sayur. Nampak dah empuk nasinya. Sayur pun nampak elok! OK dah, siap.Boleh makan! Senang,kan? Selamat mencuba!Sebenarnya belum siap.
9.Keluarkan ayam, kemudian sapukan gabungan sos tiram, kicap pekat, madu dan minyak bijan.Sapu rata di kedua-dua belah ayam. Pastikan ayam disaluti ramuan ni. Baru sedap nanti.
IKLAN
10.Masukkan ayam ke dalam air fryer atau oven. Kalau pakai air fryer, letak 200-250°C selama 10 minit.
11.Ayam dah siap! Ayam jadi gelap dan luaran dia berkilat. Tunggu dia sejuk sedikit kemudian boleh hiris.Sekarang boleh susun hirisan ayam, cendawan dan sayur kita tadi atas mangkuk nasi.
12.Hidang dengan potongan cili api dan kicap cair. Ayam kita tadi tu “juicy” dan luar dia sos likat berkilat.Rasa dia manis, masin, dan berumami! Makan dengan cili potong tu, memang sesuai.
Ayam penyet antara menu yang mudah disediakan dan sangat digemari ramai. Berikut disediakan empat variasi ayam penyet yang boleh dimasak. Penggemar ayam penyet boleh pipih mana satu resipi yang sesuai dengan selera. Dari segi rasa cara penyediaan hampir sama, cuma rasa dan kepedasan sedikit yang berbeza.
Ayam Penyek Rangup
BAHAN-BAHAN:
10 potong ayam bahagian paha atas dan bawah } bersih dan toskan.
4cm halia | kisar kasar
4cm lengkuas | kisar kasar
4cm kunyit hidup
2 batang serai | kisar kasar
2 biji limau nipis | ambil jus.
4 helai daun salam
6 ulas bawang putih
8 biji buat keras | sangai dan kisar halus
Air secukupnya BAHAN SAMBAL:
1/2 sudu makan makan belacan bakar
3 helai daun limau purut
7 biji cili padi
7 buah cili besar
Daun kemangi secukupnya | jika suka
Garam secukupnya
1/2 biji tomato
1sudu teh hirisan gula Melaka
Sedikit garam | jika kurang masin
CARA MEMBUAT:
Gaulkan ayam dengan air limau nipis dan sedikit garam. Biarkan 15 minit.
Cuci bersih sehingga hilang bau henyirnya.
Sambil itu, masukkan semua bahan kisar bersama daun salam ke dalam periuk.
Tambah air dan renehkan di atas dapur.
Kemudian masukkan ayam, dan masa katas api sederhana. Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan.
Goreng ayam menggunakan minyak banyak dan panas.
Setelah ayam bertukar warna kuning keperangan angkat dan toskan.
Untuk sambal: Campurkan semua bahan kecuali garam. Kisar hingga halus.
Jika kurang masin boleh tambah garam dan perahan sedikit jus limau nipis.
Hidangkan ayam goreng berserta seredanya sekali bersama nasi, hirisan tomato, ulam timun, tempe dan tahu goreng.
Ayam Penyek Super Pedas BAHAN-BAHAN:
2 potong paha ayam | bagian atas dan bawah
400ml air
Minyak untuk menggoreng BAHAN KISAR HALUS:
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar | sangrai
3cm kunyit
1,5 sudu teh garam BAHAN UNTUK SAMBAL:
10 biji cili kering
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 biji tomato | belah empat
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula melaka yang telah diparut atau hiris
1 biji limau nipis | ambil jus BAHAN SAMPINGAN:
3 potong tahu goreng
3 potong tempe goreng
Hirisan tomato dan timun
CARA MEMBUAT:
Cuci bersih ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar, garam dan rebus hingga empuk. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan.
Untuk sambal: Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
Sambal sedia dihidangkan dengan nasi, ulam timun, tomato, tahu dan tempe goreng.
AYAM PENYEK SAMBAL BELACAN BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci bersih dan tos
Minyak masak untuk menggoreng
Ulam-ulaman | ikut selera BAHAN AYAM GORENG:
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh ketumbar
Garam secukupnya
Perasa ayam secukupnya
2cm kunyit
2 helai daun limau nipis BAHAN SAMBAL:
1 bIJI tomato
1/2 sudu teh belacan bakar
15 biji cabai padi
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Garam secukupnya
Gula Melaka secukupmnya
CARA MEMBUAT:
Gaulkan ayam bersama bahan kisar dan tambah air sekukupnya di atas dapur hingga masak.
Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Sementara itu sendiakan sambal: Goreng tomata, cili, bawang putih dan merah. Angkat dan toskan.
Masukkan bahan sambal dalam pengisar, tambahkan belacan goreng, garam dan gula melaka secukupnya.
Kisar lumat, keluarkakan sambal dalam pinggan hiding dan letakkan ayam di atasnya.
Hias dengan ulan-ulaman .
Hidangkan bersama nasi putih.
Ayam Penyek Sambal Bawang BAHAN-BAHAN:
1 kg daging ayam | potong 10 atau 12 bagian)
Minyak goreng secukupnya
2 sudu teh garam
1 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang putih
5cm halia, memarkan
5cm lengkuas, memarkan
5cm kunyit
Serbuka perasa ayam secukupnya BAHAN SAMBAL BAWANG:
4 ulas bawang putih | goreng
15 biji cili padi | goreng hingga layu
Serbuk perasa ayam secukupnya
Garam secukupnya
Gula putih secukupnya BAHAN SAMPINGAN:
Daun kemangi secukupnya
Ulaman seperti timun dan tomato
CARA MEMBUAT:
Kisar garam, ketumbar, bawang putih dan kunyit.
Masukkan air dalam periuk, tambah ke dalamnya bahan kisar dan air, garam, gula dan serbuk perasa ayam.
Renehkan hingga ayam masak atau empuk.
Angkat dan toskan,
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing.
Sediakan sambal pula, cili padi bawang dan bawang putih yang digoreng tadi dikisar.
Kemudian perasakan denan garam, gula dan serbuk perasa ayam secukupnya.
Setelah siap sambal, hidangkan dengan goreng dan ulam-ulaman.
Selain dibuat sup, kaki ayam juga boleh dimasak 3 rasa. Jemu juga kan jika selalu masak sup, kari atau tomyam. Jadi, tukar selera kepada kaki ayam masak 3 rasa. Memang sedap. Boleh diratah begitu sahaja. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini.
KAKI AYAM MASAK 3 RASA
BAHAN-BAHAN:
Sebekas kaki ayam
Segenggam lada kering | direbus
1 biji bawang merah besar | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci halia | dikisar
3 batang serai | diketuk
2 sudu besr sos tiram
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebus dahulu kaki ayam sehingga empuk. Kemudian, buang air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dahulu.
3. Masukkan lada kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan sedikit air, sos tiram dan sos cili.
5. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Biarkan sambal sedikit pekat, kilat dan likat.
7. Barulah masukkan kaki ayam yang sudah direbus tadi.
Sajian tradisi negeri Kelantan. Nasi yang dilengkapi dengan hirisan ulam-ulaman, sambal kelapa dan tumis budu. Enak dinikmati bersama ikan goreng dan juga daging bakar.
BAHAN-BAHAN
300gm beras Basmathi | dibasuh dan tos
300ml air
1 sudu teh pewarna biru
BAHAN SAMBAL KELAPA:
5 biji bawang merah
1/2 biji kelapa parut disangai
1/2 sudu teh lada hitam
2 ekor ikan kembung | direbus dan disiat
2 batang serai | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS BUDU:
5 biji bawang merah
1cm halia
2 batang serai
5 biji cili padi
2 sudu makan budu
100ml santan
1 keping asam gelugur
BAHAN ULAM:
1 batang timun | dibuang biji
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1 tangkai bunga kantan
Segenggam tauge
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk yang sesuai dan tanak nasi. Apabila nasi mula kering, masukkan pewarna biru dan gembur-gemburkan
sehingga sekata. Angkat dan ketepikan.
Kemudian sediakan lesung batu, tumbuk semua bahan serunding kelapa sehingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Seterusnya panaskan kuali dan masukkan semua bahan sambal budu dan reneh dengan api kecil hingga mendidih. Padamkan api.
Untuk menyediakan ulam, hiris semua bahan dan satukan.
Hidangkan nasi bersama serunding kelapa,sambal budu,ulam,telur masin dan ikan goreng tepung.