Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian pagi raya nanti? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!

 

PULUT KUNING RICE COOKER

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm beras pulut – basuh & tos air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 helai daun pandan
  • Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

IKLAN

2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.

IKLAN

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.

IKLAN

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

10. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Cara-Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker Untuk Sajian Pagi Raya.

 

Kredit resipi & foto: Nazra Queen

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI