Kuih peneram bukan sahaja digemari ‘orang lama’, malah semua peringkat umur. Kanak-kanak pun menyukainya kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Ada yang panggil kuih denderam, kuih benderang dan sebagainya. Walau apapun panggilannya, ia tetap menjadi salah satu kuih tradisi yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
Nak tahu cara mudah untuk menghasilkannya? Ikuti perkongsian Puan Rusfaniza Abu Yazid dengan resepi kuih peneram yang cukup mudah.
Masak gula, santan dan air sehingga jadi bubble macam ni. Kalau rajin kacau, boleh guna api besar. Kalau tak rajin kacau, lebih baik guna api perlahan je. Takut meruap.
Apabila air gula dah masak, masa air gula tengah panas tu terus masukkan ke dalam tepung beras. Masuk sikit-sikit, takut tercair. Kacau sampai jadi macam ni.
Tips: Kalau adunan lembik, jangan masuk tepung. Takut rasa mentah. Masuk air gula sikit-sikit. Kalau adunan keras, boleh tambah air yang betul-betul panas.
Setelah siap, boleh perap semalaman. Boleh juga bancuh adunan sebelah pagi, dan sebelah petang baru digoreng.
Ads
Gunakan minyak sikit je. Bila nak canai, tekap guna tepung jagung. Baru tak melekat.
Masa nak menggoreng, minyak kena betul-betul panas. Dah siap kuih peneram yang sedap!
Mudahnya resipi Apam Balik homemade perkongsian saudari Aien Ismail ni. Nampak sedap dan bahan-bahannya pun senang nak sediakan. Jika anda penggemar Apam Balik, bolehlah cuba buat sendiri. Nanti boleh letak inti kacang dan jagung tu banyak-banyak. Sedap…Lebih best lagi sebab masak hanya guna kuali non stick biasa. Mudah sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Diperbuat daripada beras pulut, kuih lopes memang enak bila dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan. Boleh cuba buat sendiri di rumah, makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Lebih puas hati bila buat sendiri. Jom kita cuba resipi kuih lopes yang dikongsi oleh Puan Sally Aqua.
RESIPI KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2.5 cawan air
Pewarna hijau daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Kelapa parut untuk menggaul pulut
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk. Jika anda mahu gunakan beras pulut susu pun boleh. Tambahkan air dan letakkan pewarna hijau.
2. Kacau sebati dan masukkan daun pandan untuk bagi wangi.
3. Kemudian, masukkan minyak dan tanak bagi lembik sedikit.
4. Tanak sampai masak elok.
5. Kemudian, sediakan air gula. Masukkan gula merah dan gula putih ke dalam periuk.
6. Panaskan api dan masak sampai pekat.
7. Seterusnya, sediakan kelapa parut.
8. Bila pulut dah suam, letak dalam bekas atau Tupperware dan tekan pulut sehingga mampat.
9. Kemudian, ambil cawan plastik dan tekapkan ke atas pulut tersebut.
10. Angkat dan gaulkan bersama kelapa.
11. Siap! Bolehlah nikmati bersama air gula.
Anda sedang mencari ELECTRIC PRESSURE COOKER? Boleh klik DISINI.
Nak buat donut lembut dan gebu macam beli di kedai bakeri? Boleh saja dan resipinya sangat senang!
Resipi yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, bahan-bahannya mudah didapati. Yang penting, ikut tip dan cara yang diberikan, donut pasti menjadi.
DONAT LEMBUT ALA BAKERY
BAHAN-BAHAN:
250g tepung roti – beli online di sini ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil k fine cream super (sudu KFC kecil tu, jangan terlebih sangat ye) 1 biji telur 125ml susu segar (dari peti sejuk) 1 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini 1 sudu besar yis segera (rata, jangan membukit) – beli online di sini 1 sudu besar marjerin – beli online di sini
4. Masukkan marjerin dan uli sampai doh elastik. Doh mesti elastik. 5. Bila doh dah elastik, tak perlu perap. Terus bahagikan sama besar. Saya timbang 25g-30g sebiji. Dapat 17-18 biji.
6. Bulatkan, penyekkan dan cucuk di tengah dengan jari. 7. Perap dalam 30 minit. Cara nak tahu dah cukup perap atau tidak, tekan donat dengan jari. Kalau tak cukup perap, rasa keras. Kalau berbekas tapi melantun semula ke bentuk asal, cukup perap. Kalau penyek terus, terlebih perap. Nak dapat ring, kena cukup perap.
8. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Balikkan sekali je. 9. Dah siap goreng, boleh salut dengan apa-apa yang kita suka. Paling sedap bagi saya, salut gula yang dicampur sedikit susu tepung. Sangat sedap.