Pernah tak makan Labu Sira Manis? Cuba sekali pasti jatuh cinta berkali-kali. Kalau pergi makan kenduri di negeri Kelantan, Labu Sira Manis ini antara menu yang cukup popular dihidangkan. Sajian pencuci mulut ini rasanya manis tetapi kalau kita hendak kurangkan gula, elok kita buat sendiri sebab kita boleh kawal penggunaan gula. Ini resipi Labu Sira Manis yang dikongsikan oleh Hasifah Che Mat
RESIPI LABU SIRA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 biji kecil labu kuning Daun pandan – untuk alas labu dalam periuk 7-8 sudu besar gula –BELI ONLINE 3 ketul gula Melaka –BELI ONLINE Garam secubit –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit, barulah potong, buang biji dan basuh. Rendam dengan air kapur 10 minit, basuh dan toskan.
2. Susun daun pandan dalam periuk.
Ads
3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.
4. Api sederhana perlahan, masak labu dan tutup periuk (25-35 minit).
5. Jangan sampai kuah kering, biar berkuah sedikit dan tutup api.
6. Hidangkan panas atau sejuk. Selamat mencuba.
EKSTRA INFO:
1. Rendam air kapur nak bagi labu itu pejal.
2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.
3. Api kena perlahan, slow cook. Baru cantik elok labunya.
Ads
4. Jangan bagi kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya.
5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahlah ye. Pun sedap.
6. Letak dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ini lagi sedap.
7. Kulit labu tidak perlu buang supaya isi labu tidak penyek. Kulitnya nanti lembut rangup bila sudah masak. Sedap sangat.
Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.
RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi. 2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair. 3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair. 4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi. 7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati. 9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’. 11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Meh cuba buat sendiri. Resipi ni memang mudah. 30 minit je dah siap dan boleh makan. Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri. Masak pun guna kuali non-stick je. Boleh cuba.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanilla – jika suka
BAHAN INTI:
Jagung cream dalam tin
Kacang tumbuk
Gula
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.
4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).
5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.
6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. Nak letak coklat pun boleh.
7. Biar hingga rangup dan angkat. Semasa masak, pastikan guna api yang kecil.
Acara ini menampilkan 12 jenis sajian kari ikonik dari seluruh Malaysia yang dimasak oleh chef-chef hebat dari Royale Chulan Hotels and Resorts, Shah Alam Convention Centre (SACC), Tamu Hotel & Suites dan Zai Sri Gemilang Catering.