Sedapnya kalau boleh menikmati Hokkaido Creamy Custard Honey ni. Jika sejuk, lagi nikmat rasanya. Bagi anda yang suka ‘baking’ dan nak cuba buat Hokkaido Creamy Custard Honey ni, saudari Dhia Aqilah ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven suhu 170C 2. Ayak bahan-bahan yang perlu diayak. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. 4. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak. Kacau sebati. 5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan. 6. Pukul bahan B hingga bertanduk @ menjadi meringue (tanda meringue menjadi bila bekas diterbalikkan, adunan tak jatuh ). 7. Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik hingga rata. 8. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit atau sehingga kek masak.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 2. Kacau sehingga tidak berketul dan pekat menggunakan api perlahan. Padamkan api. 3. Bila sudah sejuk, paipkan adunan ke dalam kek hokkaido menggunakan pipping beg. Siap dihidang.
Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah. Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resipi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resipi yang betul gerenti jadi.
Siapa yang tak suka bila dihidang kek coklat depan mata. Mewah dengan rasa coklat.
Rasa pun enak biarpun tanpa telur. Nak lagi sedap tambah coklat leleh dan
parutan coklat di atasnya. Sekali rasa pasti nak lagi.
KEK COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air panas
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan adunan.
2. Kukus 45-50 minit api besar
Bahan Coklat leleh:
Cairkan 1/2 cawan dark coklat dan 1/4 cawan susu cair
Kacang kalau dibuang kulit goreng pulak dengan bawang putih, ikan bilis, daun kari memang lajulah mengunyahnya. Dah buka balang tu, cepat simpan balik nanti sedar-sedar tak sempat nak dihidang pada tetamu.
Ni resipi kacang kacang bawang putih dengan ikan bilis , cili padi dan daun kari, memang gerenti sedap ni, hasil air tangan Jamayah Bujang. Jom semak resipi yang dikongsikan.
KACANG TERR
BAHAN-BAHAN :
1kg kacang tanah | yang tiada kulit
2 labu bawang putih
50gm buah keras
Garam secukup rasa | atau 4 sudu teh
Serbuk perasa jika suka
Cili padi | ikut kepedasan sendiri -beli online DI SINI
Ikan bilis secukupnya | cuci dan kering – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang.
2. Toskan kacang tadi biar habis airnya. 3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur. 4. Tumbuk pula buah keras. 5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang 6. Masuk garam dan serbuk perasa.. 7. Biar kejap supaya mesra. 8. Sediakan kuali untuk menggoreng, panaskan minyak. 9 .Pertama kita goreng dulu Ketepikan. 10. Goreng lagi daun kari dan cili padi yang siap di potong. 11. Seterusnya goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga apinnya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup di dalamnya 12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .
Selamat Mencuba..!
Kredit Jamayah Bujang Fb : Resepi Biskut Tradisional & Moden
ANDA MUNGKIN MENCARI KUALI TERBAIK UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!