Teringin nak makan sajian berkuah dan sedikit manis? Boleh cuba resipi Pengat Bebola Durianperkongsian saudari Wirawati Negarani. Nampak sedap dan cara membuatnya pun sangat mudah. Bagi anda yang sukakan sajian pengat, sesuai sangatlah cuba menu ni. Sekali gigit, terasa enak durian. Wow! Memang berbaloi.
CARA MASAK PENGAT BEBOLA DURIAN
BAHAN DOH DURIAN: 7-8 ulas isi durian Tepung pulut secukupnya – beli online disini Air untuk merebus secukupnya
BAHAN KUAH: 1/2 kotak santan – beli online disini Sedikit air 2 helai daun pandan 2 ulas durian Gula merah / gula melaka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan doh, ambil durian dan buang bijinya. Lenyekkan.
2. Masukkan tepung pulut dengan secukupnya. Sukatan agak-agak doh tidak melekat di tangan. Uli hingga jadi doh yang sempurna. Tidak perlu tambah air.
3. Rupa doh durian dan tepung yang telah siap diuli.
4. Cubit doh dan bulat-bulatkan.
Ads
5. Doh bebola durian yang telah siap dibulatkan.
6. Didihkan air dalam periuk bersesuaian. Bila air telah mendidih, masukkan bebola durian tadi.
7. Bila doh mula timbul, angkat dan toskan airnya. Ketepikan.
8. Untuk membuat kuah pengat, masukkan santan ke dalam periuk bersama sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. 9. Masukkan juga daun pandan. Masak guna api perlahan namun jangan sampai santan menggelegak.
10. Tambahkan ulas durian. Jika suka, boleh masukkan lebih tetapi nanti kuah akan menjadi terlalu pekat. Jadi terpulang atas cita rasa.
Ads
11. Masukkan gula merah. Boleh juga menggunakan gula melaka. Kemanisan boleh ikut cita rasa masing-masing.
12. Akhir sekali masukkan bebola durian yang telah siap dimasak tadi. Gaul rata dan bila kuah mula mendidih manja, padamkan api.
13. Pengat Bebola Durian sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika dimakan sejuk.
Masak asam ikan senangin ini cukup simple. Tapi jangan pandang sebelah mata ye. Rasa masam, masin dan pedas dan seimbang boleh membuk selera.
Untuk sahur pun sesuai. Makan panas-panas dengan nasi putih. Memang ngam. Lagi pula. Hidangan ini hidangan sihat kerana tak menggunakan minyak. Rebus-rebus je siap.
Ini resipinya ye.
1 ekor ikan senangin (bersihkan)
3 biji bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 inci lengkuas (hiris)
Sedikit kunyit hidup (hiris)
1-2 keping asam gelugur
Sedikit mushroom seasoning
1 batang serai (ketuk)
Air
1 biji tomato (potong enam)
Kacang Bendi
½ sudu makan pes asam jawa
Garam
2 tangkai cili besar merah
6 biji cili padi
Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan bahan hiris.
Kemudian masukkan pula serai yang diketuk dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambah sedikit asam jawa. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
Masukkan pula tomato hiris dan kacang bendi.
Tambah mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Biar mereneh.
Resipi nasi goreng ikan. Antara makanan untuk sarapan yang popular di sebelah pantai timur. Hingga ini, hidangan orang dulu-dulu ini masih disukai ramai. Namun, susah juga nak jumpa sekarang. Kakau teringin sangat nak makan, buat sendiri je lah.
Selain itu, ikan goreng yang digunakan biasanya adalah lebihan malam tadi dan dimasak esok paginya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik Rizal Emini. Nak membuatnya pun tak susah. Bahkan, tak perlu banyak perencah lain pun. Memang simple tapi sedapnya tak kalah dengan nasi goreng lain. Sekali cuba, mesti nak lagi!
Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui khasiat air rebusan halia serai kunyit untuk kesihatan, termasuk menyokong sistem imun, melancarkan penghadaman, mengurangkan keradangan serta cara penyediaannya yang mudah di rumah.