Mi Kari ni antara kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resipinya pun ada bermacam jenis. Menerusi perkongsian saudari saudari Mariana Zainal, beliau kongsikan resipi Mi Kari yang sedap dan penuh dengan ramuan enak. Memang berbaloi untuk dicuba.
1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan kisar hingga agak garing.
Ads
2. Masukkan pes. Tumis hingga betul-betul naik minyak.
3. Kemudian masukkan kentang kisar, santan, air dan ayam. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
4. Bila kuah sudah mendidih, masukkan isi kerang dan semua bahan-bahan rencah dan rempah yang lain. Tauhu kering letak akhir sekali supaya kuah tidak kering diserap tauhu.
5. Sesuaikan rasa dengan menambah gula, garam dan perasa dengan secukupnya.
6. Hidangkan bersama mi dan bahan-bahan sampingan lain. Tambah pes sambal untuk rasa lebih enak. Sedia untuk dinikmati.
RESIPI PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu makan ikan bilis yang sudah dikopek dan dibasuh
2 sudu makan (membukit) gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh bahan perasa
1 keping asam gelugur
1 cawan air
3/4 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan ikan bilis dan kisar lagi.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.
4. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping. Masak hingga naik minyak dan sambal pekat sempurna.
5. Toskan minyak dan Pes Sambal sedia untuk dinikmati bersama Mi Kari.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP
& CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP:
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI:
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Pernah cuba hidangan Sup Tepung? Nampak macam sedap malah nak menyediakannya pun sangat senang. Menurut saudari Joriah Jue, resipi yang beliau kongsikan ini ada kisahnya yang tersendiri.
Dulu masa kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini ialah SUP TEPUNG. Alhamdulillah. Jadi fav family. Boleh buat sarapan, boleh juga buat sebagai makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan. Sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak. Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri.
CARA MASAK SUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
Seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung, sedikit garam dan air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih, bawang merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan mendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, tarik guna dua-dua tangan hingga jadi sekeping nipis.
5. Masukkan tepung ke dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar menggelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.
7. Masak hingga sawi empuk. Tutup api, sedia dimakan.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...