
Sana sini ramai yang up di facebook mengenai pengalam masing-masing makan oden. Kebanyakan oden memang pedas dan menyengat rasanya. Orang kata, lagi pedas, lagi sedap. Jadi kalau korang buat sendiri, bolehlah masak ikut tahap kepedasan yang korang taham. Nah, min belanja resipinya.
ODEN
Bahan-bahan
• Air secukupnya
• 2 pes asam pedas
• 2 perencah tomyam
• Sedikit gula melaka
• Garam
• Sepeket steamboat mix
• 1 peket sosej
• Mi (mihun, mi kuning, mi segera, kuetiau)
Cara membuat
1. Masukkan air (agak jangan cair sangat, jangan pekat sangat).
2. Masukkan pes asam pedas dan pes tomyam.
3. Masukkan gula melaka dan garam.
4. Tunggu kuah menggelegak. Masukkan steamboat dan sosej.
5. Akhir sekali masukkan mi ikut cita rasa anda.
* Kalau hendak kurangkan pedas, boleh kurangkan jumlah pes asam pedas dan tomyam.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Koleksi Pandora dari Telegram KakiMakan
Cara Buat Mi Kari Simple & Super Sedap. Ikut Step By Step Ini Pasti Menjadi

Dah bosan rasanya dengan hidangan lauk pauk. Apa kata masak menu yang ringkas seperti mi. Pasti tidak menjemukan. Asyik masak mi goreng jom buat mi kari yang mudah buat.Boleh ikut cara Qays Imran.
Bahan-bahan:
¼ biji bawang besar -kisar
7 biji bawang kecik – kisar
7 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia -kisar
4 sekawan ( Bunga lawang, Bunga cengkih, kulit kayu Manis Dan buah pelaga)
Serbuk lada (dibancuh)
Daun kari
300ml santan
1½ paket kari ayam
Isi ayam
Fishcake
Fishball
Tauhu lampong
Udang
2 keping asam keping
Cara memasak:
1. Tumis 4 sekawan dan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar ( bawang-bawang dan halia). Masukkan sedikit air.
Kacau sampai masak atau bertukar warna kekuningan.
3. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari 11/2 paket.Masukkan sedikit air
4. Masukkan isi ayam.
5. Masukkan asam keping.
6. Masukkan 500ml air.
7. Masukkan 300ml santan.Masukkan 3 sudu serbuk cili untuk siapa yang suka pedas.
8.Masukkan fishball & fishcake.
9.Masukkan udang.
10.Masukkan tauhu lampung.Jangan lupa masukkan garam.
Kredit: Qays Imran
Ada yang nak shopping barangan rumah, boleh layari https://invol.co/cloqny
Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak ruang untuk bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat ‘perfect’ untuk melakar kenangan manis bersama.
Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan tentunya memasak sajian istimewa untuk keluarga. Macam-macam menu boleh cuba masa PKP ni. Masa ni juga lah nak tunjuk ‘skill’ masak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Puan Sri Nisa Bakri telah berkongsi telatah suaminya Tan Sri Bakri Zinin menyediakan sajian Ikan Liking.
Nampak bersahaja sahaja aksi Tan Sri bila di dapur. Tidak kekok langsung. Malah setiap pertanyaan dari sang isteri dan anak, dijawab dengan tenang. Wah…memang pandai masak juga ni. Ingatkan Puan Sri sahaja handal di dapur.
Menurut pasangan VVIP yang sangat ‘sporting’ ini, menu Ikan Liking ini sangat mudah, senang disediakan dan berasal dari Brunei. Hanya menggunakan Ikan Kembung segar dan beberapa ramuan ringkas yang lain, anda boleh hasilkan Ikan Liking di rumah. Namun resipi yang ditunjuk oleh Tan Sri ini adalah versi tidak jemur kerana tiada matahari.
Bagi anda yang tak tahu apa itu Ikan Liking, menerusi carian di laman sesawang, Ikan Liking merupakan ikan yang dimasinkan dengan bumbu asam pedas. Ia perlu diperap semalaman dan kemudian dijemur di bawah matahari seharian. Untuk menikmatinya pula, ikan ini perlu digoreng dan hidangkan panas-panas. Wah…sedapnya!
Nak terbang ke Brunei rasanya belum boleh kan? Jadi apa kata kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tan Sri dan Puan Sri ni. Sesekali ubah menu masak, pasti lebih berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN LIKING CARA BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
- Ikan kembung segar – dibersihkan dan dibelah dua
BAHAN TUMBUK @ KISAR:
- Cili padi
- Halia
- Bawang putih
- Asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan belah dua. Ketepikan.
2. Satukan bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Boleh juga dikisar. Jumlahnya bergantung pada jumlah ikan yang anda guna.
3. Ambil ikan dan lumurkan bahan tumbuk tadi di bahagian perutnya. Lakukan hingga habis. Lumurkan juga pes di bahagian badan ikan.
4. Perap ikan di dalam peti sejukbeku beberapa ketika supaya isi ikan meresap rasa bahan perapan. Untuk menikmatinya, hanya perlu goreng seperti biasa.
5. Angkat dan nikmatinya segera.
Tonton video Tan Sri Bakri Zinin buat Ikan Liking
NOTA: Ikan Liking ini akan tahan lebih alam jika disimpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & video: Instagram Puan Sri Nisa Bakri
2 Resipi Lauk Makan Tengahari Boleh Masak Guna Petai. Memang Sedap!

Musim petai dah kembali. Bagi para peminat ulam ni, macam-macam menu boleh masak. Antara paling sedap yang boleh anda cuba ialah dua menu RASA kongsi di bawah ni. Memang mudah & boleh pakat cuba.
1. SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | kopek
- 3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
- 20 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
- Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
- Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
- Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Petai dikikis untuk menghilangkan rasa pahit kulit petai.
2. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
- Sedikit daun kaduk | hiris kasar
- 3 helai daun kunyit | hiris halus
- 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
- 4 batang serai | hiris halus
- 5 sudu makan tempoyak
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
- Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
- Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
- Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
- Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cili padi.