Bagi penggemar puding dan coklat, resipi Puding Biskut Marie perkongsian saudari Nurul Haziqah ni antara yang boleh dicuba. Rasa sedap malah bahan-bahan sangat ringkas serta cara pembuatannya juga mudah. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI PUDING BISKUT MARIE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Biskut marie perisa original
10gm serbuk agar-agar ( empunya resipi guna cap bunga raya)
CARA MEMASAK: 1. Satukan susu segar, susu pekat manis, telur dan tepung kastard. Pukul atau kisar hingga sebati. 2. Dalam bekas berlainan, bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati. 3. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air hingga larut. Tapis. 4. Masukkan semula adunan agar-agar tadi ke dalam periuk bersama mentega. Kacau hingga mentega cair. 5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi diikuti bancuhan milo. Masak menggunakan api kecil hingga pekat dan adunan kelihatan meletup-letup. Padamkan api. 6. Untuk melapis puding, oles loyang dengan sedikit minyak dan lapik menggunakan plastik. 7. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang. Ratakan dan nipiskan. 8. Susun biskut marie diatas adunan tadi. Kemudian tuang adunan puding sekali lagi.
Ads
9. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan puding. 10. Sejukkan puding serta biarkan mengeras sebelum dipotong dan dinikmati.
Roti nan cheese leleh ini konfim ramai peminatnya, Tak kira kanak-kanak atau pun orang dewasa. Tapi kadangkala nak dapat yang menepati selera pun susah juga. Sedih bila cheese tak banyak pun.
Ini ada alternatifnya. Buat sendiri roti nan cheese di rumah. Boleh bubuh berapa banyak cheese kita nak sampai meleleh!
Tak susah sangat sebenarnya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Rohani Ahmad ini ye. Boleh buat untuk moreh atau sahur nanti. Selamat mencuba!
Masukkan tepung dan garam di dalam bekas. Tuangkan bahan A yang telah kembang tadi bersama susu suam (bahan B). Kacau sekejap.
Kemudian masukkan minyak zaitun/minyak jagung/minyak masak. Uli semua bahan hingga jadi doh yang tak melekat pada tangan. Tapi tak perlu elastik.
Kemudian peram doh tersebut selama 1/2 jam. Pastikan bekasnya tertutup.
Setelah kembang, buang angin di dalam doh. Kemudian canai doh menjadi bulat, bahagikan kepada enam bahagian. Jika nak lebih kecil lagi, bahagikan kepada 8 bahagian.
Uli dan bulat-bulatkan keenam-enam biji doh dan rehatkan sekejap dalam 10 minit.
Setelah rehatkan doh, canai dan leperkan. Bubuh cheese mozzarella sebanyak yang kita nak. Kemudian tutup dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
Kemudian leperkan dan canaikan. Jangan terlalu nipis.
Bakar di atas dapur di atas kuali leper sahaja. Gunakan api perlahan. Tutup pan agar roti mendapat haba yang secukupnya untuk mengemvang. Kemudian balikkan ia hingga roti masak sepenuhnya.
Selepas masak, sapukan pure butter atas permukaan roti (jika mahu). Nak tabur bijan pun boleh. Terpulang pada kita. Siap.
Boleh makan dengan kuah dhal, parpu, kari dan sebagainya. Makan macam tu je pun dah sedap sangat.
Ni dia biskut susu jagung, guna tiga bahan aje. Rangup dan kaya dengan rasa susu berperasa jagung. Boleh buat kudapan masa menonton tv nanti, resipi ni mudah sangat tak banyak pun ramuannya’
Dah bakar nanti , tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kita kenalah berjimat belanja dapur, jadi biskut ni memang sesuai sangat.
BISKUT SUSU JAGUNG
BAHAN-BAHAN : 1 tin susu (saji) perasa jagung – beli online DI SINI 1 bungkus tepung jagung – beli online DI SINI Ceri potong sebagai hiasan
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan-bahan ini, uli sampai doh tak melekat di tangan. 2. Kalau melekat lagi doh, boleh tambah tepung lagi. 3. Masukkan dalam papercup. 4. Sedia untuk dibakar. 5. Bakar pada suhu 150° selama 25minit.
Kopi adalah minuman kegemaran ramai orang. Mereka yang mengamalkan diet juga sudah semestinya tidak boleh meninggalkan kegemaran untuk minum kopi. Senang cakap, ngopi sudah jadi gaya hidup masyarakat kita sejak dulu lagi. Mana boleh tinggal!
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi membancuh kopi bagi individu yang mengamalkan intermittent fasting (IF). Maksud IF adalah berpuasa bagi tempoh tertentu. Tempoh biasa bagi IF adalah 16 jam waktu puasa dan lapan jam tempoh untuk makan.
Resipi ini, RASA dapatkan daripada seorang pengamal IF yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaila. Individu ini memulakan IF selama tempoh 12 jam terlebih dahulu bagi membiasakan diri.
“Selepas buat IF selama 12 jam, kemudian bolehlah tingkatkan kepada 14 jam dan seterusnya 16 jam. IF bantu perut berehat daripada sebarang aktiviti cerna makanan. Badan belajar untuk terima makanan pada waktu tertentu saja. Lagi satu, IF juga bantu kita kurang ambil gula,” kata Suhaila.
Bagi pengamal IF, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu waktu puasa (fasting window) dan waktu makan (eating window). Ketika fasting window, pengamal IF tidak boleh ambil sebarang makanan namun masih boleh minum. Pun begitu, minuman yang dibenarkan hanyalah minuman kosong tanpa gula.
“Pengamal IF masih boleh minum sewaktu fasting window tetapi terhad kepada minuman tanpa sebarang campuran gula yang akan menggagalkan misi. Pengamal boleh makan pada eating window dan perlu berhenti sebelum masuk fasting window berikutnya. Jadi, badan masih punya tenaga. Yang menariknya sewaktu IF, kita masih boleh minum sebarang air tanpa gula seperti kopi o kosong, teh hijau dan teh o kosong. Makanan sahaja yang akan membatalkan IF,” tambah Suhaila.
Lazimnya, kita membancuh kopi menggunakan susu pekat manis. Namun, bagi pengamal IF, susu digantikan dengan santan. Menurut Suhaila, susu segar atau susu pekat manis ada kandungan gula yang tinggi. Dalam diet IF, pengamal memang cuba elakkan gula kerana tanpa pengambilan gula sekalipun, tenaga dijana menggunakan lemak dalam badan.
Santan mengandungi vitamin C, B dan E. Gabungan kopi dan santan juga merupakan antioksidan yang baik selain kaya dengan zat besi dan magnesium. Sesuai sebagai booster harian dan meningkatkan metabolisme tubuh.
“Saya menggunakan Nescafe Gold dalam rutin pengambilan kopi. Sekiranya ingin menggunakan kopi lain, kena lihat kepada kandungannya juga sama ada mengandungi gula atau marjerin. Sekiranya ada kandungan dua bahan tersebut, ia kurang sesuai. Bagi pengamal IF dan Lazy Keto, kebanyakannya akan memastikan makanan dan minuman yang diambil adalah lulus Keto,” ujarnya.
Sekadar berkongsi pengalaman, Suhaila pernah turun sebagai 12 kilogram iaitu dari 84 kilogram kepada 72 kilogram selepas mengamalkan IF. Mula amalkan IF pada Disember 2019. Namun Suhaila akui dia sendiri agak sukar untuk berpantang makan ikut saranan IF seperti menjauhi gula, makanan manis dan minuman manis. Alasannya, suka makan sedap. Pun begitu, ketika betul-betul patuh pada peraturan IF, Suhaila dapat merasai manfaatnya.
“Perubahan ketara adalah seperti pergerakan solat lebih mudah dan tak cepat penat. Saya dah mula boleh beraktiviti seperti hiking yang menjadi aktiviti kegemaran. Saya mula join group IF apabila susah nak duduk antara dua sujud. Kaki tak boleh nak lipat sebab berat badan berlebihan. Kemudian, nak kurangkan pengambilan ubat sebab tekanan darah tinggi. Doktor sarankan untuk turunkan berat badan atas faktor kesihatan. Sihat itu target pertama. Kurus dan cantik itu bonus. Sebab lain adalah berjaga-jaga dengan kadar gula dalam darah sebab ada keturunan yang mempunyai penyakit kencing manis,” ujar Suhaila lagi menutup bicara.
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil Nescafe Gold
4 sudu besar santan (santan kotak)
250 ml air panas
Secubit garam
CARA MEMBUAT
1. Dalam cawan, masukkan Nescafe Gold
2. Masukkan santan. Kacau seketika.
3. Tuangkan air panas. Kacau lagi.
4. Masukkan garam. Kacau.
5. Sedia dinikmati.
Tip: Jika mahu lebih lemak, tambah 1 sudu besar santan lagi. Kalau suka manis, tambah stevia.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!