Resipi Puding Karamel tanpa telur. Ya…Memang boleh buat. Maklumlah, kuih muih dan manisan Melayu yang sedap-sedap banyak menggunakan santan dan telur. Kadang-kadang, bagi yang ada masalah alergi terhadap sesetengah makanan, memang tengok saja. Terliur! Tapi apakan daya. Kalau dicuba juga, memang cari penyakit namanya. Bagi anda yang ada alahan terhadap telur tetapi teringin nak makan Puding Karamel, resipi perkongsian saudari Yus Sue ini boleh anda cuba. Bebas telur, nampak mewah dan menyelerakan. Malah menurut empunya resipi, tekstur puding ni sangat lembut, wangi dan sedap. Jadi selamat mencuba!

 

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resipi Puding Karamel Mudah& Sedap Tanpa Guna Telur.

IKLAN

BAHAN GULA HANGUS:

  • 2 sudu makan gula pasir | boleh tambah jika suka lebih karamel

BAHAN PUDING:

IKLAN
  • 1 paket agar-agar serbuk tanpa warna (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu teh tepung kastard
  • 1 sudu teh pes vanilla @ esen vanilla

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk menyediakan gula hangus, tabur gula ke dalam loyang bersaiz 8 inci. Leta kata sdapur dan masak guna api kecil hingga gula menjadi perang. Ratakan di keseluruhan loyang. Ketepikan.
  2. Untuk puding pula, satukan semua bahan diatas. Masak guna api sederhana. Aduanan mesti sentiasa dikacau agar tepung tidak berketul-ketul.
  3. Masak hingga mendidih dan adunan kelihatan sedikit pekat. Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau hingga puding mengeras.
  5. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang. Boleh hias mengikut kreativiti masing-masing.

Resipi Puding Karamel Mudah& Sedap Tanpa Guna Telur.

Kredit resipi & foto: FB Yus Sue

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI