
Isi Kandungan
ToggleBagi yang menggemari hidangan berasaskan kelapa parut, kuih beko kelapa pandan ini antara yang boleh dicuba. Kuih tradisi dari Kelantan ini bukan saja enak, cara membuatnya juga mudah. Boleh guna acuan kuih cara saja.
Cara buat kuih beko kelapa pandan
Bahan-bahan
4 cawan kelapa pandan parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
1 sdt garam
2 biji telur
1/4 cawan air
Sedikit pewarna hijau dan kuning
Perisa pandan kelapa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Gaulkan hingga sebati.
2. Panaskan acuan atas api dapur. Guna api kecil, sapukan minyak pada acuan.
3. Sendukkan adunan dan letak pada acuan.
4. Tutup acuba guna penutup periuk dan biarkan 7-8 minit. Balikkan kuih ke bawah supaya bahagian atas kuih masak rata.
INFO: Adunan ini boleh menghasilkan 36-40 biji kuih beko pandan.
Kredit resipi dan foto: Stcaldina Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inti Penuh & Garing, Resipi Kuih Bom Bijan Keledek Ni Memang Terbaik

Sedapnya Kuih Bom Bijan Keledek ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap. Kata Opah, kuih ini beliau goreng lama sedikit. Hasilnya ia jadi garing diluar dan lembut di dalam. Inti pun penuh. Memang puas makan. Jom cuba!
RESIPI KUIH BOM BIJAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan keledek siap dilenyek
2 cawan tepung pulut – beli online disini
1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh garam
Santan secukupnya
Inti kelapa secukupnya
Bijan secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, satukan keledek, tepung pulut, tepung gandum dan garam. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.Bulat doh dan masukkan inti. Jika nak timbang, berat doh adalah 30gm dan berat inti adalah 20gm.
4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Kemudian golekkan Kuih Bom atas tapak tangan hingga menjadi bulat cantik.
5. Golekkan pula dalam bekas berisi bijan. (cara Opah ialah, spray kuih dengan sedikit air kemudian golekkan dalam bijan)
6. Rehatkan Kuih Bom selama 1-2 jam dalam peti sejuk.
7. Panaskan minyak yang banyak guna api sederhana untuk goreng kuih secara terendam.
8. Goreng kuih sambil golek-golekkan sehingga masak atau bertukar warna.
9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.

Nak buat karipap yang sempurna dari kulit sampai ke inti ni mudah sahaja kalau guna teknik dan resipi yang tepat. Resipi yang dikongsikan oleh Reen Khan di Facebook ni memang confirm menjadi uoolsss dari kulit karipap sehingga inti yang sempurna rasanya Reen Khan kongsikan. Ini memang siapa yang baru pertama kali nak cuba buat karipap sendiri di rumah boleh cuba resipi ni.
RESIPI KARIPAP GERENTI JADI
BAHAN-BAHAN:
Kulit Karipap
1 kilo tepung gandum – BELI DI SINI
3 sudu besar tepung beras – BELI DI SINI
3 sudu besar butter – BELI DI SINI
2 senduk kecil minyak masak (panaskan) – BELI DI SINI
1 sudu kecil air kapur – BELI DI SINI
Sedikit garam halus
Sedikit air sejuk (ais)
(sukatan air mengikut keperluan doh sehingga lembut)
CARA PENYEDIAAN:
Satukan tepung gandum ,tepung beras, garam, butter dan air kapur dalam satu bekas.
Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi kacau dengan senduk ye, hati² sebab panas.. bila tepung sudah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
BAHAN-BAHAN:
Inti Karipap
1kg ubi keledek dikupas dipotong dadu
Bahan ditumbuk halus
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih – BELI DI SINI
1 ketul kecil halia – BELI DI SINI
1/2 cawan udang kering dibasuh – BELI DI SINI
Bahan dibancuh dengan air menjadi pes
4 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu kecil jintan manis – BELI DI SINI
1 sudu kecil jintan putih – BELI DI SINI
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecik serbuk cili
1 sudu serbuk kayu manis
8 sudu makan gula (boleh kurang boleh lebih, ikut citarasa)
Sedikit daun kari
Sedikit daun sup
3 sudu teh garam
1 kiub pati ayam
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus tadi bersama daun kari
2. Masukkan bahan yang dibancuh menjadi pes tadi, masak sehingga naik bau kemudian masukkan gula, garam,kiub ayam masuk sedikit air .. gaul mesra
3. Masukkan ubi keledek. Kemudian masukkan air sama paras atau agak-agak supaya ubi keledek masak empuk.. masak hingga kering.
taburkan daun sup yang dihiris halus
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Dah boleh guna nak buat inti karipap
SELAMAT MENCUBA
Kredit: Reen Khan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Balado Resipi Asli Dari Indonesia Boleh Tahan Dua Minggu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Apam Telur Lembut Gebu, Sedap Cicah Kelapa Parut Muda. Ini Resipinya

Isi Kandungan
ToggleSebut apam telur atau apam lambung ini terus terbayang kuih bulat gebu yang ringan dan ada rasa lemak manis, dimakan pula dengan kelapa muda parut memang nikmat.
Kuih tradisional yang semakin jarang dijual ini rupanya senang saja jika ingin dibuat sendiri. Boleh juga acuan kuih cara atau kuali leper saja.
Sedapnya, makan panas-panas dengan kelapa muda parut, lembut dalam dan rangup luar. Sambil makan kenangan zaman kecil terus datang balik.
Resipi apam telur lembut gebu
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi
2 sudu kecil yis kering
¾ cawan gula (boleh tambah kalau suka manis)
Garam secukup rasa
2 cawan air (jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas)
6 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu kecil perasa vanilla (untuk hilangkan bau hanyir telur)
Kelapa parut putih – dikukus dan gaul dengan sedikit garam
Cara membuat
1. Satukan epung beras, tepung ubi, yis, gula dan garam dalam satu bekas besar.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata hingga adunan sebati.
3. Tutup bekas dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4. Selepas perap, ambil adunan dan masukkan pewarna kuning serta esen vanilla. Kacau rata.
5.Untuk setiap 1½ cawan adunan, campurkan 2 biji telur. Kacau sebati. (Anggaran 1 biji telur untuk 1 biji kuih – lebih telur, lebih sedap!)
6. Sapu minyak pada acuan kuih cara atau kuali leper, tuang adunan ke dalamnya (tutup dengan penutup periuk)
7. Bakar atas api kecil hingga bahagian bawah keperangan, kemudian balikkan untuk masak bahagian atas.
8. Bila masak, angkat dan hidangkan bersama kelapa parut. Siap untuk dinikmati – rangup di luar, lembut di dalam!
TIP
Kalau dapat kelapa muda untuk dijadikan kelapa parut, rasanya lagi sedap. Nak buat lebih banyak cuma gandakan sukatan resipi dan simpan dalam bekas kedap udara – sesuai sangat untuk jualan juga!
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA