Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!
MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
100gram Anchor Butter Unsalted
250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk cili
2 biji telur – kacau dengan garfu
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA
BAHAN-BAHAN A:
4-6 ketul ayam
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan madu
1 sudu gula perang
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan bijan – sangai
½ sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
Ads
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
100gram Anchor Butter Unsalted
CARA MEMASAK:
Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.
Ayam tandoori biasanya kita akan makan di restoren mamak bila teringin. Cuma ada masa ayam tandoori yang kita nikmati ini tak kena dengan citarasa.
Supaya puas hati menikmati menu ini, boleh juga cuba buat sendiri. Nak yang sedap dan juicy boleh ikut resipi Nurul Joe kerana hasilnya sedap dan ‘juicy’ seperti makan di restoren mamak.
Buat sendiri ayam tandoori
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Teringin nak makan ayam goreng berempah untuk lauk makan tengahari, anda boleh je buat sendiri dengan cara yang mudah. Selain bahan-bahan yang digunakan, untuk mendapatkan ayam goreng berempah yang sedap, rangup, masak sekata dan serdaknya tak hangus ini tip dan resipinya. Anda boleh cuba dan gerenti puas hati.
AYAM GORENG BEREMPAH: BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam| potong sederhana, cuci bersih dan toskan
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan jintan manis biji
3 sudu makan tepung jagung
3 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3cm halia
4cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
Masukkan ayam dalam besen, kemudian masukkan bahan kisar di dalamnya bersama bahan-bahan yang lain.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
Perapkan ayam sekurang-kurangnya 1 jam, semalaman lagi sedap.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng ayam.
Untuk tip ayam yang digoreng masak sekata dan serdaknya tidak hangus, kena pandai mainkan api. Begini caranya.
Semasa minyak sudah panas, kecilkan api dan masukkan ayam, selepas lebih kurang 10 minit api kecil baru besarkan api.
Bila dah masak dan sebelum angkat ayam, taburkan daun kari dalam kuali. Kalau masuk dalam perapan ayam atau masuk awal dalam minyak goreng, ia akan hangus dan tak cantik.
Lakukan cara yang sama sehingga ayam habis digoreng.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!