Bagi anda yang gemarkan sajian makanan yang sihat serta kurang minyak , makanan kukus semestinya antarasajian yang menjadi pilihan. Malah, masakan yang dikukus juga mempunyai rasa serta khasiat yang tinggi. Biasanya periuk kukusan ni banyak digunakan untuk memasak ikan stim sahaja tetapi ada banyak lagi sebenarnya hidangan yang boleh disajikan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

1.CILANTRO LIME CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan empingan cili
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 biji tomato | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata.
2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
3. Panaskan kukusan sehingga keluar wap.
4. Ambil aluminium foil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Bungkus dengan kemas.
5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
6. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Angkat dan hidangkan.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

2.IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW

BAHAN-BAHAN

  • 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
  • Air secukupnya

BAHAN SOS TEOH CHEW:

  • 100gm sayuran masin | hiris
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 30gm cendawan hitam | cincang
  • 2 biji cili padi | hiris
  • 5gm halia | hiris
  • 1 biji jeruk plum
  • 500gm sup ayam
  • 60gm serbuk ayam
  • 20gm garam
  • 10gm gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2.Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3.Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4.Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
5.Sedia dinikmati.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

3. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan
  • 600gm lotus root
  • 20 biji kurma merah
  • 10 keping tiram kering
  • 1.5 liter air masak

CARA MEMASAK:
1.Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm.
2.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam air masak dan stim selama 4 jam./
3.Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit.
4.Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.
Kredit foto : http://dailycookingquest.com

4. STEAMED TOFU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul tofu lembut
  • 1 batang daun bawang | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu selama 5 minit. Keluarkan dan buang air yang bertakung dalam pinggan tofu tadi.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Padamkan api dan tambahkan kicap masin dan kicap manis. Gaul rata hingga sebati.
3.Tuangkan sos ke atas tofu yang dikukus tadi. Hiaskan dengan daun bawang.
4.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi: http://dailycookingquest.com

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

5. CHAI KUE

BAHAN KULIT:

  • 300gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu teh minyak masak
  • 600ml air panas

BAHAN INTI:

  • 150gm isi ayam | dihiris halus
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • 2 biji cili merah | dihiris halus
  • Sedikit lada sulah
  • 10 helai daun sawi

BAHAN SOS KICAP CAIR:

  • 50ml kicap cair
  • 10gm gula
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 20gm kicap pekat
  • 30ml air panas

CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan kulitnya, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati.
2.Sementara itu, panaskan periuk dan tuang sedikit aduan. Ratakan dan kukus selama dua minit. Ulang sehingga adunan habis. Ketepikan.
3.Untuk menyediakan inti pula, campurkan isi ayam yang telah diracik halus dan dikukus bersama lobak merah yang telah dihiris, cili merah dan lada sulah. Masukkan ke dalam kulit dan gulung. Kukus lagi selama lima minit.
4.Untuk menyediakan sos kicap cair pula, campurkan kicap cair bersama gula, sos tiram, kicap pekat dan bolehlah dihidangkan.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

6. SIAKAP STIM NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | dibersihkan
  • 2 biji terung | dipotong
  • 5 biji bendi | dipotong
  • 3 tangkai kacang panjang | dipotong
  • 1 biji tomato | dipotong
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Kukus ikan sehingga masak. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika.
3.Dalam kuali lain goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato, cili dan bawang dengan sedikit minyak. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan cili merah tadi. Gaul rata.
4.Akhir sekali tuang sos nyonya tadi ke atas ikan yang telah dikukus.
5.Sedia untuk dinikmati.

Info Chef : Selain siakap, boleh juga menggunakan ikan kerapu.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

7. TENGGIRI KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 1/2 inci halia | potong tipis
  • 1 biji tomato | potong baji
  • 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam serbuk
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan serbuk lada hitam dan garam. Perap seketika.
2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas dan tabur halia, tomato, bawang putih, lobak merah dan bawang merah.
3. Masukkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 10-12 minit atau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

8. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal emas | dipotong dua
  • 1 cm halia | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 biji tomato | dipotong baji
  • Sedikit lobak merah | dihiris
  • 3 biji buah kurma | dibuang biji dan dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

9. SIAKAP STIM HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2.5cm halia
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3 batang serai | ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah | ditumbuk
  • ½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis diperah air
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit.
2 Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
3 Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

10. SOLOK LADA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kembung | dikukus dan ambil isinya
  • 400gm kelapa parut
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 cm halia | dikisar
  • 1/2 sudu makan ladan hitam | dikisar
  • 100ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • 10 biji cili | dihiris tengahnya dan dibuang bijinya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Gaul isi ikan bersama dengan kelapa parut, santan, lada hitam, halia, bawang merah dan telur.
2.Kemudian perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3.Sumbatkan bahan ini ke dalam cili yang telah dihiris tengahnya dan dibuang bijinya.
4.Susun di dalam periuk dan kukus hingga masak. Hidangkan.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

11. SZECHUAN MAPO TOFU POT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket tauhu Jepun
  • 100gm isi ayam cincang
  • 10gm Hong Kong Starch
  • 10gm cili benggala hijau
  • 10gm cili benggala kuning
  • 10gm cili benggala merah
  • 50gm pes cili
  • 30gm cuka
  • 50gm gula
  • 10gm serbuk ikan
  • 20gm kanji kentang Hong Kong
  • 10gm pes cili
  • 10gm sos tiram
  • 5gm kicap

CARA MEMASAK:
1.Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
2.Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4.Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
5.Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
7.Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan cendawan hitam dan cendawan Bai Ling.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.
Foto: chinasichuanfood.com

12. CHINESE STEAMED CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu makan halia hiris
  • 1 sudu makan daun bawang | dihiris

BAHAN PERAP:

  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu teh sos cuka
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN SOS:

  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu makan air
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan daun bawang | dihiris
  • 1 sudu makan minyak bijan

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan lumur dengan bahan perapan hingga rata.
2.Kemudian masukkan hirisan halia dan daun bawang. Perap selama 30 minit.
3.Panaskan periuk kukusan dan masukkan ayam. Kukus selama 20-30 minit sehingga ayam empuk.
4.Angkat ayam dan potong menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan seketika.
5.Untuk sos, panaskan periuk dan masukkan minyak bijan. Tumis bawang putih dan daun bawang hingga wangi.
6.Tambahkan sos tiram, kicap cair dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
7.Padamkan api dan biarkan sos sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan dengan ayam kukus tadi.

Kredit resipi: chinasichuanfood.com

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.
Foto: noobcook.com

13. UDANG KUKUS BAWANG PUTIH

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 8 ekor udang bersaiz besar
  • Sedikit garam
  • 5cm halia |hiris bulat
  • Daun ketumbar | hiasan

BAHAN INTI:

  • 3 sudu makan bawang putih cincang
  • 1 sudu makan jus limau kasturi
  • 1 /s sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan udang dan potong bahagian tengah badannya.
2.Susun hirisan halia di dalam bekas tahan panas dan susun pula udang. Tabur sedikit garam.
3.Dalam bekas berlainan, satukan kesemua bahan inti dan sumbatkan ke dalam badan udang tadi.
4.Kukus udang hingga masak dan hiaskan denagn daun ketumbar.
5.Sedia untuk dinikmati.

Foto: noobcook.com

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

14. CHOCOLATE MOIST CAKE

BAHAN A:

  • 1 1/2 cawan tepung superfine
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

BAHAN B:

  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung

BAHAN C:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan rata semua bahan A dalam satu bekas.
2. Masakkan semua bahan B dengan api sederhana hingga sebati.
3. Pukul bahan C sehingga kembang dan bebuih.
4. Masukkan bahan B ke dalam bahan C dan kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan bahan A ke dalam sebatian B dan C.
6. Letakkan dalam loyang dan kukus selama 45 ke 50 minit.

 

CHOCOLATE GANACHE

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm coklat masakan
  • 200ml susu cair
  • 100ml susu pekat manis
  • 1 sudu makan butter

CARA MEMASAK:
1.Panaskan periuk secara double boil dan masukkan semua bahan dan kacau sebati.
2.Sejukkan sebelum di tuangkan atas kek.

Info Chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, pastikan anda meletakkan chocolate ganache dalam kuantiti yang banyak.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

15. RED VELVET CUPCAKE

BAHAN A:

  • 200ml minyak jagung
  • 100ml susu segar
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh cuka epal
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh red velvet emulco

BAHAN B:

  • 125gm gula kastor
  • 165gm tepung superfine
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk koko

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A dalam satu bekas dan gaul sebati menggunakan wrisk dan ketepikan
2. Campurkan pula semua bahan B di dalam bekas yang lain, kemudian masukkan ke dalam sebatian A tadi.
3. Isikan sebatian ke dalam paper cup sebanyak 2/3 bekas
4. Kukuskan kek tadi selama 15 minit.

BAHAN CREAM CHEESE:

  • 250gm cream cheese
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 5 sudu besar gula aising

CARA MEMASAK
1.Putar semua bahan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana, setelah sebati paipkan atas cupcake tadi.

Info Chef: Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.

IKLAN

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

16. APAM POLKADOT

BAHAN-BAHAN:

  • 150ml susu penuh krim
  • 250gm tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur gred A (sejuk)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh ovelatte

CARA MEMASAK:

1.Masukkan telur, gula dan ovelatte ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksima sampai sebatian menjadi kembang dan berwarna putih.
2.Masukkan susu dan baking powder mix lagi sampai sebati kemudian masukkan tepung mix dengan kelajuan sederhana.
3.Bahagikan kepada 4 bahagian dan letakkan warna yang berlainan.
4.Paipkan ke dalam acuan dan buatkan dot-dot.
5.Kukuskan selama 15 minit.

Info Chef: Jika adunan terlembik, boleh tambah sedikit tepung. Hati-hati jangan sampai apam menjadi keras.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

17. HORMHOK

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu makan pes kari merah
  • 150gm santan
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut | dihiris nipis
  • 50gm kubis bulat | hiris halus
  • 15 helai daun selasih Thai
  • 1 biji cili merah
  • Daun pisang untuk membuat mangkuk

CARA MEMASAK:
1.Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan ke dalam bekas. Kacau rata.
2.Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di dasar mangkuk daun pisang.
3.Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga memnuhi 3/4 mangkuk.
4.Kukus selama 10-15 minit.
5.Sebelum dihidangkan, letak sedikit baki santan dipermukaan Hormhok dan hiaskan dengan daun limau purut dan cili merah diatasnya.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

18. PUTU MAYAM BIHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping bihun yang halus
  • 100gm kelapa parut
  • Gula perang secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
2.Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
3.Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan
4.Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.

Kata Chef: Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

19.KEK GULUNG PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung gandum
  • 170gm gula halus
  • 60ml santan kotak
  • 6 biji telur
  • 1 sudu makan ovallete
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit garam
  • 150 ml minyak jagung

Inti:

  • Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
2.Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
3.Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
4.Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
5.Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
6.Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
7.Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
8.Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
9.Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.

Kata  chef:  Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.

20 Resipi Lauk Pauk & Manisan Mudah Yang Boleh Dihasilkan Guna Periuk Kukusan.

20.PAK CHOI SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 4 pokok sayur pak choi
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1cm halia | dicincang
  • Serbuk perasa dan gula secukupnya
  • Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • Air secukupnya | untuk mencelur
  • Minyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
    1.Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan.
    2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan.
    3.Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
    4.Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika.
    5.Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
     
    Info Chef:  Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.

 

Dekat rumah belum ada PERIUK KUKUSAN @ FOOD STEAMER? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi best guna PERIUK KUKUSAN? Boleh cuba resipi di bawah ni:

5 Kek Guna Pengukus, Gerenti Lembab dan Padat.

Cara Buat Puding Karamel Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus.

Cara Asas Masak Pulut Kuning Lembut, Sedap & Berkilat Untuk Sukatan 1Kg Beras Pulut.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI