Rotisandwic yang hampir tamat tempoh biasanya sudah sedikit keras dan tidak enak dimakan. Nak dibiarkan begitu sahaja, sayang pula lebih-lebih lagi jika roti masih lagi banyak. Usah buntu kerana ada pelbagai sajian yang anda boleh hasilkan menggunakan roti ini. Salah satunya ialah Lasagna Roti perkongsian saudari Mis Julie Biz ni. Memang sedap. Bukan rasa yang biasa-biasa tau. Jom cuba!
CARA MASAK LASAGNA GUNA ROTI SANDWIC
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti – digelek
400gm daging kisar
2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
2 ulas bawang putih
1 botol Sos Spageti Leggo’s ( napoletana) 575gm
Sayur campur (ikut selera suka byk mana)
Sedikit lada hitam
Sedikit lada putih
Sedikit gula
Sedikit tepung gandum
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit tepung jagung
Air
2 keping Keju cheddar
Keju mozarella untuk topping
CARA MASAK KUAH LASAGNA:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali..
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
Masak skejap. Tutup api, ketepikan.
CARA MASAK SOS PUTIH:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
Masukkan air.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula.
Masukkan 2 keping keju cheddar. Optional. Cik letak sebab tak ada susu. Jadi cik gantikan dengan keju cheddar.
Masak sekejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.
CARA MEMASAK LASAGNA ( guna loyang 8×8):
Letak kuah lasagna dalam loyang.Kemudian sedikit sos putih.Susun roti yang digelek atas kuah dan sos tadi.
Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yang disusun dalam loyang.
Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis.Pastikan lapisan atas sekali ditutup dengan kuah lasagna dan sos putih.
Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
5. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing-masing).
Anda teringin nak minum petang dengan bakeri dan pastri yang enak, lima resipi bakeri dan pastri kali ini pasti memenuhi citarasa selera anda sekeluarga. Macaron yang cair di mulut dan roti bun yang panas dan segar dari oven mampu menceriakan ‘mood’ anda sekeluarga.
.
RASA menampilkan menu dari blogger dan pengajar masakan online, Zalina Zainal @ Zalynz Oven untuk dicuba.
ROTI KEJU GULA
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
100gm gula kastor
100gm marjerin atau mentega
2 biji telur Gred B | (100gm)
210ml air suam kuku | untuk uli tangan
1 sudu teh garam halus
10gm atau 2 sudu teh susu tepung
1 sudu teh Bread Improver
1 peket yis kering
Bahan tabur permukaan:
Parutan keju cheddar secukupnya
Gula pasir secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula. 2. Sebelum itu bancuh air suam dan gula, selepas itu masukkan yis. Kacau dan biarkan ia berbuih.. 3. Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata. 4. Keluarkan doh dan uli atas permukaan rata atau tikar silikon. Ulit guna tangan lebih kurang lima belas minit atau sampai doh betul-betul licin. 5. Tutup doh dengan plastik, biarkan selama 30 minit. 6. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang, tepuk-tepukkan untuk buang angin. 7.Timbang doh 25gram. Susun 6 biji doh di dalam bekas roti saiz 15sm (6 inci). 7.Biarkan doh kembang bercantum. 8. Sapu susu cair. Tabur keju cheddar yang telah diparut dan tabur sedikit gula pasir. 9. Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang. 10. Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : 21 ketul (25gm tiap satu) Waktu memasak : 3jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Taburan keju dan gula menambahkan keenakan roti Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan keju cheddar tidak hangus bila dibakar.
ROTI TUNA KARIPAP
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein tinggi @ tepung roti
100gm gula kastor
100gm marjerin atau mentega
2 biji telur gred B (100gram)
210ml air suam kuku | untuk uli tangan
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh @10gram susu tepung
1 sudu teh Bread Improver
1 peket yis kering
Bahan inti tuna :
1 tin tuna
1 biji bawang besar didadu
1 sudu makan parsli kering
1 biji cili besar | dicincang kecil jika suka pedas
1 sudu kecil jus lemon
* gaul semua bahan di atas dan masakkan sekejap dalam kuali hingga bawang layu.
CARA MEMASAK :
Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
Keluarkan doh dan ulis di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukkan doh untuk buang angin.
Timbang doh seberat 50gm satu, bulatkan doh dan rehatkan doh selama 15 minit.
Gelek doh memanjang dengan penggelek. Sudukan inti tuna secukupnya. Tutup doh rapat dan picitkan bahagian tepi doh yang dicantum atau ditutupkan itu.
Susun atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin atau dialas dengan kertas parchment.
Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Sapu susu cair. Gunting bahagian tepi doh membentuk seperti karipap. Paipkan mayonis di bahagian tengah dan tabur sedikit daun parsley kering.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 selama 12 hingga 15 minit atau sehingga cukup perang.
Selepas dibakar, boleh sapu roti dengan mentega atau marjerin untuk nampak berkilat.
Saiz hidangan : Satu adunan , 20 ketul Waktu memasak : 3jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Rasa tuna berperisa yang enak Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Jika nak pendekkan waktu memasak boleh juga menggunakan tuna dalam tin yang sudah siap dimasak.
ROTI MINI NUGGET FROGGY
.
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung protein @ tepung roti
100gm gula kastor
100gram Margerin Pelangi atau Butter
2 biji telur Gred B (100gram)
210gram Air suam kuku utk uli tangan
1 sudu kecik (5gram) Garam Halus
2 sudu kecik (10gram) Susu Tepung
1 sudu kecik Bread Improver
1 peket yis kering
1 sudu kecik pewarna hijau.
Kepingan nugget secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kecuali air, yis dan gula.
Sebelum itu bancuh dahulu air suam dan gula. Kemudian baru masukkan yis, kacau dan biar hingga berbuih.
Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi dan gaul rata.
Keluarkan doh dan uli di atas permukaan rata atau gunakan tikar silicon.
Uli guna tangan lebih kurang 15 minit atau sampai doh betul-betul licin.
Kemudian tutup dengan plastik dan biarkan selama 30 minit.
Selepas 30 minit doh kembang, tepuk-tepukan doh untuk buang angin.
Timbang doh seberat 25gram setiap satu.Bulatkan doh dan terus susun doh atas dulang pembakar yang telah disapu margerin atau dialas dengan parchement paper.
Timbang juga doh 2gm untuk mata. Bulatkan doh.Biarkan doh mengembang berasingan.
Biarkan doh mengembang 2 kali ganda. Tekan sedikit bahagian atas doh menggunakan tapak tangan. Sapu susu cair. Letakkan 2 biji doh 2gram untuk mata.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 12 hingga 15 minit sehingga cukup perang.
Selepas dibakar, sejukkan roti. Kemudian boleh dipotong bahagian tengah dan diletakkan nugget. Paipkan sos dan mayonis.
Lekat candy mata menggunakan coklat putih yang telah dicairkan.
Saiz hidangan : 29 ketul, anggaran 25gm setiap satu Waktu memasak : 3jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Sungguh mengenyangkan dengan inti nugget yang sedap Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Nugget juga boleh digantikan dengan daging burger saiz mini atau homemade patty.
Bahan inti di lapisan tengah
Mentega kacang atau krim coklat spread secukupnya
CARA MEMASAK :
Pukul putih telur hingga berbuih.
Masukkan gula kastor, pukul lagi pada kelajuan tinggi hingga meringue bertanduk. Diterbalikkan bekas, meringue tak jatuh.
Masukkan gula aising yang telah diayak.
Masukkan serbuk badam dan tepung jagung.
Kacau perlahan semua bahan menggunakan spatula kaedah kaup balik.
Masukkan pewarna kesukaan, kacau lagi sehingga adunan licin dan bertali.
Sediakan dulang pembakar, Alaskan dengan kertas parchment berwarna putih.
Masukkan adunan ke dalam beg piping yang telah dimasukkan nozzle bulat terlebih dahulu.
Paipkan adunan mengikut garisan bulat yang telah dilukis di atas kertas parchment(contoh duit 20 sen) kemudian diterbalikkan . Atau ikut saiz yang dikehendaki.
Hentak dulang sebanyak dua kali, cucuk dengan pencungkil gigi sekiranya terdapat lubang udara pada macaron.
Rehatkan macaron dan keringkan di bawah kipas lebih kurang sejam atau sehingga disentuh dengan jari permukaan macaron tidak melekit.
Panaskan oven selama 15 minit, bakar pada suhu 150 darjah Celsius atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga permukaan bawah macaron nampak sedikit perang.
Selepas siap dibakar, biarkan macaron sejuk selama 10 minit, kemudian baru ditanggalkan dari kertas parchment.
Boleh paipkan inti coklat atau mentega kacang di tengah macaron.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 3jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Rasa macaron yang manis , cair di mulut dengan rasa lemak badam Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Pastikan bahan-bahan dalam keadaan kering sebelum mula membuat macaron. Macaron perlu direhatkan dan dikeringkan di bawah kipas angin sebelum membakarnya.
RED VELVET CHEESE BROWNIE
.
BAHAN-BAHAN :
120m mentega | salted
200gm gula kastor
100gm tepung gandum
20gm serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
3/4 sudu kecil cuka masakan
1 sudu teh pewarna merah
Bahan adunan Cream Cheese :
250gm keju krim
30gm mentega (berkrim)
60gram gula kastor
1 biji telur B
1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK: Cara penyediaan krim keju :
Pukul krim keju hingga lembut, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul rata.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla
Pukul rata dan kemudian masukkan adunan ke dalam beg piping.
Cara penyediaan brownies :
Gaul tepung gandum, serbuk koko dan garam halus , gunakan whisk.
Cairkan mentega secara keadaan ‘double boil’ atau boleh panaskan dalam microwave.
Mentega yang dicairkan masih suam tadi dicampurkan dengan gula kastor, kacau guna whisk.
Kacau perlahan mentega dan gula, kemudian masukkan telur, kacau lagi dan masukkan esen vanilla.
Masukkan campuran tepung gandum, serbuk koko dan garam halus tadi dan kacau guna spatula sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan pewarna merah dan cuka. Gaul rata.
Asingkan sedikit adunan ke dalam beg piping dan baki adunan masukkan ke dalam loyang bersaiz 20sm x 20sm ( 8inci x 8inci).
Paipkan creamcheese dan ratakan.
Paipkan adunan red velvet yang kita asingkan tadi dan lorekkan guna pencungkil gigi. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selaa 40 minit atau mengikut kesesuaian oven.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 1jam Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Brownie dengan rasa berkeju dan lembab padat Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Untuk membakar selepas dimasukkan lapisan keju, gunakan api bawah sahaja apabila permukaan keju mula menampakkan warna keperangan.
Lapisan bawah roti manakala belah atasnya adalah kek. Wow…Istimewanya, tak perlu susah-susah bakar 2-3 kali. Masak je sekali harung. Memang unik! Anda yang suka baking, bolehlah cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
ROTI KEK COKLAT CHIP
BAHAN-BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN DOH MANIS:
BAHAN A:
100gm tepung protein tinggi
80gm tepung gandum
90gm gula
5gm susu tepung
5gm garam
BAHAN B:
30ml susu UHT
120ml air sejuk
6 biji telur
BAHAN C:
35gm mentega
BAHAN D:
9gm yis segera
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
130gm gula halus
150gm telur
130gm tepung gandum
5gm serbuk penaik
60gm minyak jagung
20gm chocolate emulco
50gm cip coklat
CARA MEMASAK:
Gulung doh seberat 100gm dan susun di dalam tin. Sapukan tin dengan mentega dan letakkan kertas minyak. Rehatkan doh selama 25minit.
Pukul gula dan telur hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga kembang dan likat. Masukkan pula minyak jagung.
Tunggu sehingga doh menjadi tiga kali ganda. Tuangkan adunan kek ke dalam bekas adunan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit pada suhu 180°C.
Info Chef: Penggunaan cip coklat memberikan rasa yang lebih menarik terhadap hidangan ini.
Bosan makan nasi tapi ingin hidangan sahur yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN: • 3 keping roti pita • 200gm isi ayam | dipotong dadu • 1 ulas bawang putih | dicincang halus • ½ biji bawang besar | dimayang halus • 1 sudu besar sos cili • 1 sudu besar sos lada hitam • 1 sudu besar mayones • 8 helai daun salad | dibersihkan • 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam. 4. Potong roti pita dan letakkan daun salad. 5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!