Sedapnya Kuih Tepung Gomak ni lebih-lebih lagi kalau makan waktu minum petang.Lembut, sedikit kenyal dan manis intinya buat rasa tidak jemu menikmati kuih tradisional ni. Bagi anda yang nak cuba. Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA BUAT KUIH TEPUNG GOMAK PALING SEDAP
BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh
CARA ULI :
Ads
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul rata.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras
BAHAN INTI:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – disimpul
Tepung kacang hijau secukupnya – untuk salut kuih. Boleh beli di kedai bakeri.
CARA MASAK INTI:
1. Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
2. Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
3. Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.
4. Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak. Ketepikan.
CARA MEMASAK KUIH TEPUNG GOMAK:
1. Didihkan air dalam periuk.
Ads
2. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
3. Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul. Angkat doh dan toskan.
4. Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan-lahan supaya doh jadi leper.
5. Lakukan hingga habis adunan. Sedia untuk dinikmati.
Inti sardinni tak susah pun untuk membuatnya. Jika tahu cara dan teknik yang betul, karipap sardin yang anda buat pasti kelihatan elok dan tidak bocor ketika digoreng. Terasa nak cuba? Ha…Jom kita lihat cara-cara membuat inti sardin untuk karipap perkongsian FB Che Kelly Muhamad. Malah jika ada lebihan, anda juga boleh gunakan inti yang sama untuk menghasilkan Sardin Roll, Roti Goreng, Popia dan sebagainya. Just be creative. Selamat mencuba!
CARA BUAT INTI KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN:
4 tin sardin | asingkan kuah dan isi ikan
6 ulas bawang putih | ditumbuk
5 biji bawang merah besar | dihiris
Minyak untuk menumis
Serbuk cili secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
2. Kemudian masukkan masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
3. Seterusnya masukkan serbuk cili, garam, gula dan serbuk perasa. Jika mahu letak cili boh atau cili api pun boleh. Masak hingga sebati.
4. Masukkan ikan sardin yang telah ditapis kuahnya. Lenyek hingga sedikit hancur.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa serta semua bahan telah masak sepenuhnya, tuang inti sardin ke dalam bekas berlubang. Tujuannya untuk menapis lebihan cecair yang ada pada inti. Jika tidak, bila inti diisi pada doh, kulit karipap akan berlubang dan bocor kerana intinya basah.
6. Setelah inti sardin sejuk, bolehlah disudukan pada kulit karipap dan kelim dengan kemas.
7. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
Info chef: 1 tin sardin boleh menghasilkan inti untuk 30-35 biji karipap bergantung pada jumlah yang anda isi.
Roti Puri homemade ni memang sesuai jika dijadikan hidangan sarapan atau minum petang keluarga. Cicah dengan lebihan gulai atau kari, memang layan. Nampak susah tapi rupanya sangatlah mudah resipi perkongsian saudari Aien Ismail ni. Bahan-bahannya pun ringkas je. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan serta cara-cara pembuatannya.
ROTI PURI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum
6 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula
2 sudu makan yis
2 sudu teh garam
1 cawan air panas
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, minyak masak, gula, yis dan garam dalam bekas. Gaul hingga sebati dan berderai.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga tidak melekat. Jika doh keras, tambah sedikit air masak.
3. Bila siap diuli, bulat-bulatkan doh sebesar bola pingpong. Perap dalam 15 minit.
4. Ambil doh dan gelek nipis. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan minyak masak dan masukkan sekeping doh. Simbah minyak diatas doh supaya menjadi kembung.
Pisang atau keledek goreng antara hidangan petang yang boleh hari-hari kita layan. Tapi biasanya kita beli saja di gerai tepi jalan sebab rasanya lebih sedap. Paling penting pisang goreng ini ranggup, dan inilah yang buat kita ketagih nak beli hari-hari.
Namun begitu kita juga sebenar boleh hasilkan pisang goreng macam jual di gerai asalkan tahu bancuhan atau sukatan tepung yang digunakan.
Nak cuba? Boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Normala Kori. Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.
Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap
Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.
Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung jagung
-1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
-1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).
2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.
3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.
5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.
6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.
Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...