
Kuih Dangai memang sedap. Andai ke pasar malam, pasti nampak peniaga yang jual. Bau harum kelapa yang dibakar memang menaikkan selera. Kalau nak tahu, kuih ni mudah je nak buat dan boleh dihasilkan sendiri di rumah. Jom lihat resipi perkongsian saudara Akhmal Mustafa ni. Memang terbaik.
CARA MASAK KUIH DANGAI 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji kelapa parut saiz sedang
- 2 senduk gula – sukat guna senduk nasi
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan tepung pulut
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul.
2. Sapukan sedikit minyak masak ke dalam loyang dan masukkan campuran kelapa tadi. Tekan-tekan manja supaya adunan agak padat. Fungsinya supaya bila keluarkan nanti kuih yang dah masak, ia tidak akan pecah.
3. Panaskan ketuhar / oven pada suhu 160C selama 10 minit, masukkan loyang kuih dan bakar selama 30 minit menggunakan api atas.
4. Bila Kuih Dangai dah masak dan keperangan, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & gambar: Akhmal Mustafa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop, Cuba Dua Cara Ni!

Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS

Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Suka Makan Sup Tulang Kedai Tomyam? Macam Ni Resipinya

Suka pesan Sup Tulang kalau makan di kedai tomyam @ kedai makan siam? Sup yang cukup rasa ni memang enak kan? Masam, masin, pedas semua cukup. Kalau makan di kedai, sekejap je dah siap masaknya. Rahsianya kena ada sup asas dan tulang, daging, ekor perlu direbus awal. Barulah cepat kerja memasak tu. Jom lah cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni! Makan bersama Sambal Cili Kicap atau Sambal Belacan pun enak ni.
RESIPI SUP TULANG SEDAP ALA KEDAI TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
500gm tulang – rebus hingga empuk
1/2 paket rempah sup – beli online disini
1 ulas bawang merah – tumbuk atau kisar – beli online disini
5 ulas bawang putih – tumbuk atau kisar – beli online disini
Sedikit halia – tumbuk atau kisar
Air rebusan tulang
500ml air
Batang saleri
Lobak merah
Cili padi
BAHAN PERASA SUP:
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan nampla @ sos ikan – beli online disini
Gula, aji & serbuk perasa ayam (boleh ganti garam) secukup rasa
1 sudu makan air limau (kalau tiada, ganti dengan hirisan tomato untuk rasa masam)
Dapatkan PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Pertama sekali, adalah proses membuat sup asas atau ‘soup base’. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk atau kisar hingga halus.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi. Resipi ini tidak menggunakan rempah 4 sekawan kerana menggunakan rempah sup tetapi boleh ditambah jika mahukan rasa lebih berempah.

3. Masukkan rempah sup.

4. Seterusnya masukkan air rebusan tulang. Sebatikan.

5. Masukkan juga air. Kacau lagi hingga larut.

6. Biarkan kuah hingga mendidih. Maka siaplah ‘soup base’. Rasanya tawar sahaja dan berempah. Jika ada lebihan, boleh simpan dan guna kemudian untuk memasak Sup Daging atau Sup Ayam.

7. Empunya resipi tidak kisar halus bahan rencah tadi. Jadi beliau tapi untuk dapatkan sup yang bersih.
8. Untuk memasak sup tulang, didihkan kuah sup tadi terlebih dahulu.
9. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus empuk (empunya resipi rebus selama 1jam 15 minit). Tip untuk tulang cepat empuk, masukkan 1 biji buah keras semasa merebus)

10. Seterusnya masukkan hirisan saderi, lobak merah dan cili padi.

11. Tambahkan bahan-bahan perasa sup. Ubah suai rasa mengikut selera masing-masing.

12. Sup Tulang ala kedai tomyam siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Wajib Cuba! Resipi Beef Ginger Sedap Ala Restoran Cina Muslim
Bahan Sikit, Sekejap Je Dah Siap. Resipi Bingka Susu Paling Mudah
Cara Bersihkan Perut Lembut Hitam Supaya Jadi Putih & Tidak Berbau
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Menu Makan Malam Yang Sedap & Mudah Masak

Tercari-cari menu makan malam yang mudah dan sedap? Seleksi masakan panas ala gerai ini pastinya menjadi kegemaran ramai. Sajian tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI MENU MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU

BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
- Secubit serbuk lada hitam – beli online disini
- Sedikit serbuk rempah sup – beli online disini
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam – beli online disini
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili – beli online disini
- 1/2 sudu makan sos tiram – beli online disini
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar – beli online disini
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 5 sudu makan kicap cair – beli online disini
- 1 sudu makan kicap sotong – beli online disini
- 4 sudu makan sos cili
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia dihidangkan untuk makan malam. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

