Ibadah korban akan dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan setiap kali Aidiladha tiba. Jadi, tak hairanlah jika terdapat banyak bekalan daging korban yang disedekahkan oleh saudara mara dan sahabat handai di rumah. Apakah hidangan yang hendak dimasak agaknya ye? Mungkin ada resipi yang kami kongsi ini boleh anda cuba..

 

1. SINGGANG DAGING

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging | rebus hingga empuk
  • 2 inci kunyit hidup | hiris nipis
  • 2 inci lengkuas | hiris nipis
  • 1 batang serai | titik
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar | belah enam
  • 400ml air
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 2 sudu makan budu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang besar.
  2. Kemudian masukkan daging yang telah direbus. Biar ia mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api.
  4. Masukkan budu untuk memberikan aroma yang lebih enak.
  5. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

 

Info chef: Jika masukkan budu, berhati-hati sebelum masukkan garam kerana budu sudah masin.

 

 

2. DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT BERSAMA AIR ASAM DAN KUAH KICAP

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
  • Sedikit garam dan kunyit

 

AIR ASAM:

  • 150gm air asam jawa
  • 5 biji cili padi
  • 10gm bawang merah
  • 1 biji cili merah besar
  • 5gm air perahan limau nipis
  • 1 biji bawang besar | mayang
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

SAMBAL KICAP:

  • 20 tangkai cili padi
  • 50gm gula pasir
  • 50ml kicap manis
  • 5gm belacan
  • 10gm bawang merah

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
  3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
  4. Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Sedia dihidangkan.

 

Info chef:  Jangan panggang kambing terlalu masak, kerana tekstur dan rasa daging kambing akan berubah dan mudah keras bila sejuk.

 

 

3. SOTO DAGING

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 500ml air
  • 400gm daging | rebus empuk, carik-carik

BAHAN UNTUK SUP:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 30ml minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN SAYUR:

  • 30gm tauge
  • 40gm kacang goreng
  • Limau kasturi
  • Sedikit daun bawang

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

  • 50gm cili padi
  • 40ml kicap manis
  • 30gm gula pasir
  • 20ml air

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  3. Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Biarkan ia mendidih, tutup api.
  5. Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
  6. Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
  7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

Info chef:  Perahan limau kasturi tambah kesedapan soto.

IKLAN

 

 

4. PERUT SAMBAL BERCILI

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm perut | rebus ¾ empuk, hiris kasar

BAHAN KISAR:

  • 50gm cili besar merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan kisar kecuali asam gelugur.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan pecah minyak. Masukkan asam gelugur.
  3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul sekata.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef:  Enak dimakan bersama nasi putih panas.

 

 

5. DAGING MASAK HITAM

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm daging | rebus dan potong nipis
  • 6 tangkai cili kering | goreng garing
  • 2 biji bawang merah
  • 15gm jintan manis
  • 15gm jintan putih
  • 30ml kicap manis
  • 20gm gula pasir
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, jintan manis, jintan putih bersama gula pasir dan kicap manis.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi dan memekat.
  3. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu, dan perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef:  Boleh letak cili padi sebiji-sebiji di dalam hidangan jika mahu lebih pedas.

 

 

6. GULAI KAWAH TETEL DAN TULANG

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging tetel | rebus ¾ empuk
  • 300gm tulang | rebus empuk
  • Garam secukupnya

 

BAHAN UNTUK KARI:

  • 50gm rempah kari
  • 15gm kerisik
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10gm halba
  • 300ml santan pekat

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sekata dan masukkan daging dan tulang tadi.
  2. Masak sehingga ia mendidih, perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan seketika.
  3. Tutup api, angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef:  Boleh tambah ubi kentang jika suka.

 

 

7. GULAI CAMPUR

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging |rebus ¾ empuk
  • 300gm tulang | rebus empuk
  • 100gm perut | rebus empuk
  • 200gm hati | rebus empuk

 

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 50gm rempah kari
  • 15gm kerisik
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10gm halba
  • 300ml santan pekat
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan untuk kuah kecuali minyak masak, santan dan garam.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan santan. Gaul sebati.
  3. Masukkan daging, tulang, perut dan hati. Gaul sekata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Gaul dan masak hingga mendidih. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef:  Gulai harus sentiasa dikacau untuk menggelakkan santan berketul.

 

 

 

IKLAN

8. PEPES DAGING

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging | rebus ¾ masak
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili besar merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Gula dan garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
  2. Kemudian balut dengan daun pisang.
  3. Bakar selama 8-10 minit.
  4. Sedia dinikmati.

 

Info chef:  Daun pisang tambah aroma wangi pada masakan.

 

 

9. SUP TULANG RUSUK

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
  • 400ml air rebusan tulang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 50gm rempah sup
  • 2 inci halia | hiris tebal
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
  2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

 

Info chef:  Boleh hias dan perah sedikit limau nipis yang menambahkan kesedapan sup.

 

 

10. BIHUN SUP BEBOLA DAGING

10 Jenis Hidangan Sembelihan Korban Yang Sedap Dan Menyelerakan Untuk Dicuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm bihun | celur ke dalam air panas hingga lembut, sejukkan
  • Bebola daging secukupnya
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Minyak masak secukupnya

 

BAHAN SAYUR:

  • 30gm tauge
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit limau nipis

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat sup; Kisar kesemua bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan air rebusan daging, bebola daging bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
  3. Biarkan mendidih, tutup api.
  4. Untuk menghidang; masukkan sedikit bihun ke dalam ke dalam mangkuk. Tuangkan sup, atur bebola daging di atasnya.
  5. Letakkan sedikit tauge, hirisan daun sup dan limau nipis di atas.
  6. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

Info chef:  Bebola daging boleh dibuat sendiri atau dibeli siap.

 

 

Kongsi Resipi: NOR AZIZAH RAZALI, SHAH ALAM

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI