Kerabu Mangga Telur ni boleh buat anda tidak duduk diam. Lihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk buat orang yang melihatnya terliur. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Norraihan Ismail ini.
Lauk pauk dan pelbagai hidangan pencuci mulut sudah tersedia di meja. Meja makan dihias indah. Kemahiran dan pengalaman memasaknya banyak mendapat insipirasi daripada suami tersayang Datuk Mohd Sharif Yusof dan ibu saudaranya yang mesra dipanggil Mak Usu.
Baginya tiada had usia dalam belajar memasak.Datin Norlizah Attan ,45 tahun, mengakui beliau lebih serius mendalami ilmu masakan setelah mendirikan rumahtangga. “Sebenarnya saya taklah pandai memasak sangat, suami lagi handal. Saya banyak melihat dan belajar apa yang Datuk ajarkan . Segala bahan ramuan dan rencah saya sediakan dengan tunjuk ajar Datuk. Tetapi bila menumis Datuk yang siapkan.
Tetapi secara beransur dengan memerhatikan dan bersama Datuk bila memasak, skil memasak saya menjadi bertambah baik.” Ceritanya mengenai pengalaman memasak beliau.
Wanita yang berasal dari Paya Jaras, Selangor ini adalah anak bongsu daripada empat abang dan tiga orang kakak. Jadi ketika zaman meningkat dewasa tanggungjawab memasak banyak tergalas di bahu kakak-kakak beliau.
Di samping suami ibu saudara beliau Hajah Jemaah Zakiaria yang dipanggil Mak Usu juga handal memasak. Selain lauk pauk Mak Usu juga mahir memasak sajian pencuci mulut dan kuih muih. Puding Cermin hasil air tangan Mak Usu turut mewarnai meja hidangan tengahari itu.
Sh :Konsep Memasak
Biarpun memiliki segala perkakas memasak elektrik tetapi bila membuat sambal, Datin Norlizah tetap setia menggunakan lesung batu. “ Fryer, grill dan pressure cooker memang memudahkan dan menyingkatkan waktu memasak terutamanya masakan daging. Peralatan ini juga menjadikan makanan lebih sihat tanpa minyak atau sedikit minyak sedikit sahaja.
Tetapi apabila nak buat sambal belacan atau apa jenis sambal pun saya tetap menumbuk dengan lesung batu. Di rumah ni cili api memang tak pernah putus, sebab keluarga saya memang suka masakan pedas. Walau suami pandai masak tetapi citarasanya simple aje, dapat ikan goreng yang kecil dan sambal belacan dengan binjai dan timun dan telur dadar sudah cukup membuatkan Datuk makan dengan berselera,”ujarnya tertawa kecil.
Selain itu masakan Melayu seperti kari dan asam pedas juga menjadi ‘favourit’ keluarganya. Selagi yang mungkin Datin Norlizah juga gemar memasak sajian sihat kurang dan bebas minyak dan juga khasiat makanan seimbang seperti sajian hari ini Capati atau Tortilla dengan dada ayam bakar dan sayur-sayuran serta kerabu.
Ibu kepada tiga cahayamata, dua puteri remaja dan yang bongsu putera sempat berpesan sibuk macam mana biarlah anak-anak makan air tangan ibu bapa kerana di situ ada keberkatannya. Juga banyakkan selawat bila memasak, InsyaAllah anak-anak mendengar kata dan taat kepada kedua ibu bapa.
KERABU KERANG
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg kerang |direbus dan diambil isinya
1 mangkuk taugeh
1 ikat pucuk paku | dicelur
2 ikat kecil daun selom | dihiris halus
½ biji kelapa parut | disangai tanpa minyak, tumbuk kasar
4 biji limau nipis | diambil airnya
2 biji bawang merah| dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan perencah yang ditumbuk sederhana halus:
4 biji cili padi
2 biji cili merah
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan.Perasakan dengan garam dan gula. 2. Siap dihidangkan bersama nasi, pastikan kesemua daun-daun sudah dicelur terlebih dahul
CAPATI GULUNG AYAM
BAHAN-BAHANNYA :
3 keping capati segera | masak di atas kuali leper
Daun salad secukupnya
Tomato dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
Sos Kewpie secukupnya
Bahan ayam bakar :
Sekeping dada ayam
Sedikit mentega
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1/2 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil dada ayam (perapkan dengan garam, serbuk kunyit, paprika, bawang putih dan lada hitam) 2 Biarkan perap sekurang-kurangnya 30 minit dan panaskan oven ke suhu 200 darjah Celcius. 3. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit. 4. Potong kecil dan ketepikan 5. Kemudian panaskan capati di atas kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega. Masak hingga ia menggelembung dan angkat. 6. Sapukan mentega di atas capati susunkan salad, bawang dan hirisan tomato. Picitkan sos kewpie (mayonis) di atasnya. 7. Gulung dan potongkan, hidangan sedia untuk dimakan.
AYAM BEREMPAH (AYAM POP)
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong ikut saiz yang disukai
Bahan yang ditumbuk sederhana:
3 sudu makan marjerin
3 sudu makan jintan manis | disangai
3 sudu makan jintan putih | disangai
2.4sm @ 1 inci halia
2.4sm @ 1 inci lengkuas
1 biji kunyit hidup | besar ibu jari
3 sudu makan rempah kari
1 biji kelapa parut
Sedikit garam |* marjerin juga mempunyai garam
CARA MEMASAK :
Cara perapan ayam : 1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong dengan marjerin. 2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan gaul mesra 3. Perasakan dengan garam.
Cara memasak : 4. Biarkan dan perapkan selama 3 jam atau lebih. 5. Pijarkan minyak dan goreng dengan minyak penuh. 6. Biarkan dan balikkan sehingga garing dan perang keemasan 7. Angkat dan toskan minyak. Sajian siap dihidang.
Bagi penggemar sajian kerabu, resipi Kerabu Pucuk Selom Campur Sardin perkongsian saudari Ninie Zainiini antara yang perlu anda cuba. Sangat mudah resipinya malah rasanya juga sangat sedap. Andai diratah tanpa nasi, pun cukup membuka selera ramai. Jom sediakan untuk hidangan keluarga hari ini. Sekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali.
RESIPI KERABU PUCUK SELOM CAMPUR SARDIN PALING SEDAP
Walau ada yang tak suka tauge tapi tak dinafikan ramai juga yang sangat menyukai hidangan ini. Selain digoreng tumis, masak lemak atau digoreng bersama mi, tauge juga sedap dijadikan kerabu.
Kerabu tauge ini juga cukup mudah membuatnya. Kalau nak lagi sedap boleh gunakan resipi kerabu tauge cara orang lama seperti yang dikongsi oleh Siti Hazneza binti Abdul Hamid.
Menurut beliau resipi ini diturunkan oleh ibu dan nenek beliau. Ia kering dan sedap sangat dimakan.
Cara buat kerabu tauge cara orang lama
Bahan-bahan
200 gram tauge – dibuang ekor
2 biji bawang besar – mayang nipis
2 inci halia – potong jurai
1 bunga kantan – cincang
2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
½ cawan beras – disangai dan tumbuk kasar
2 cawan kerisik – tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
1 cawan sambal belacan/ secukup rasa
Nota: Kerabu ini versi sayuran sahaja kecuali belacan dari udang. Boleh tambah perut, kerang atau udang jika suka.
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu. Siap dan sedia dihidangkan sebagai lauk.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.