Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular. Pucuk paku yang mudah dan berkhasiat seperti zat besi dan vitamin A.
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN ASAS:
2 – 3 ikat pucuk paku (disiang tapi ambil bahagian yang muda sahaja kemudian basuh bersih dan celur seketika dalam air yang di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air.
Sebiji kecil kelapa (parut – sangai macam hendak buat kerisik tapi jangan sampai warna coklat gelap sangat)
Ads
BAHAN TUMBUK:
5 biji cili merah
1 biji bawang besar
1 sudu makan belacan yang digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan udang kering- di cuci bersih & rendam air panas 10minit…toskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kasar)
Ads
BAHAN PERASA:
Ads
garam
gula
6-7 biji perahan limau kasturi
serbuk perasa (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
Bahan yang sudah ditumbuk campurkan dengan bahan asas
Perasakan bahan yang sudah dicampur. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pucuk paku yang sudah dicelur. Gaul lagi hingga rata.
INFO:
Boleh tambahkan kerang yang sudah direbus.
Jika mahu rasa lagi pedas boleh tambahkan cili padi.
Kalau cerita tentang kerabu, pasti ramai yang suka makan. Dapat pula kerabu suun. Dahlah sedap, makanan menyihatkan pula sebab tak perlu guna minyak untuk menumis atau menggoreng. Cuma celur sahaja.
Resipi perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid kali ini memang nampak menyelerakan sungguh. Makan kerabu suun macam tu saja pun dah sedap. Tak perlu lauk lain.
Jom kita cuba. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh.
BAHAN-BAHAN:
200g suun 1 biji tomato (dihiris) – Boleh beli online di sini 3 helai daun bawang (dihiris kasar) ½ cawan ikan bilis goreng – Boleh beli online di sini ½ biji cili hidup merah (dihiris) ½ biji cili muda hijau (dihiris) 1 sudu besar daun ketumbar (dihiris jika mahu) 1 biji cili padi merah (dihiris) – Boleh beli online di sini 1 biji cili padi hijau (dihiris) ½ cawan lobak merah (diparut) – Boleh beli online di sini 1 sudu besar bawang putih (digoreng) ½ cawan daun sup (dihiris kasar) ½ cawan kacang (digoreng) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Rendam suun dengan air panas selama 3-4 minit.
Toskan air panas. Tidak perlu bilas dengan air sejuk.
Apabila sudah boleh dipegang, letak sedikit minyak dan relai-relaikan (seperti kita buat pada spageti).
Jika anda penggemar makanan berasaskan kerabu yang penuh rasa, resipi Kerabu Daging Kacang Panjang ini memang wajib dicuba. Gabungan daging yang lembut, kacang panjang yang rangup, bunga kantan yang harum serta kuah santan yang lemak menjadikan hidangan ini cukup istimewa.
Keunikan kerabu ini terletak pada keseimbangan rasa pedas, masam, masin dan lemak yang bergabung dalam setiap suapan. Ia bukan sahaja sesuai dijadikan lauk bersama nasi panas, malah sedap diratah begitu sahaja sebagai hidangan pembuka selera.
Walaupun menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, hasilnya memang padu dan mampu menaikkan selera makan sesiapa sahaja. Jika anda sedang mencari idea menu kampung yang ringkas tetapi istimewa, resipi ini boleh menjadi pilihan terbaik.
Masukkan daging yang telah direbus empuk dan dihiris nipis ke dalam bekas besar. Tambahkan bahan kisar serta kelapa goreng sangai. Gaul sehingga semua bahan bersalut rata pada permukaan daging.
Masukkan hirisan kacang panjang, bunga kantan, bawang merah dan serai ke dalam campuran daging. Gaul perlahan-lahan supaya tekstur sayuran kekal rangup dan tidak rosak.
Tuang santan ke dalam adunan dan gaulkan sehingga sebati. Santan memberikan rasa lemak yang menjadi pelengkap kepada gabungan rasa pedas dan masam dalam hidangan ini.
Masukkan sos ikan, garam dan jus limau nipis. Kacau sehingga semua bahan bercampur rata dan rasa sebati.
Setelah semua bahan digaul sempurna, Kerabu Daging Kacang Panjang sedia untuk dinikmati. Hidangkan segera untuk mendapatkan tekstur sayuran yang masih segar dan rangup.
Bunga kantan memainkan peranan penting dalam memberikan aroma yang menyelerakan kepada hidangan ini. Haruman semula jadi bunga kantan menjadikan kerabu lebih istimewa berbanding kerabu biasa.
Selain itu, penggunaan serai yang dihiris nipis membantu menambah lapisan rasa yang segar dan wangi. Gabungan serai dan bunga kantan sememangnya terkenal dalam masakan tradisional Melayu kerana mampu meningkatkan aroma makanan dengan ketara.
Daging pula perlu direbus sehingga benar-benar empuk sebelum dihiris nipis. Langkah ini memastikan setiap hirisan mudah menyerap perencah dan lebih sedap ketika dimakan.
Kerabu Daging Kacang Panjang mempunyai kombinasi rasa yang lengkap dalam satu hidangan. Terdapat rasa pedas daripada cili padi, rasa masam daripada limau nipis, rasa lemak daripada santan dan rasa wangi daripada bunga kantan serta serai.
Hidangan ini juga sesuai disediakan untuk makan tengah hari, makan malam atau majlis keluarga kerana proses penyediaannya yang cepat dan tidak rumit. Dengan bahan yang mudah didapati, anda boleh menyediakan hidangan yang nampak eksklusif tetapi sangat menjimatkan.
Bagi pencinta makanan kampung dan masakan tradisional, Kerabu Daging Kacang Panjang sememangnya antara menu yang sukar untuk ditolak. Sekali cuba, pasti akan membuatkan anda mahu menikmatinya lagi pada masa akan datang.
Dah beli epal hijau banyak, ingat nak makan macam begitu saja tapi rasa masamnya terlebih pula sampai terbantut selera. Daripada terbiar sampai kecut dalam peti sejuk, epal hijau begini elok buat kerabu.
Bukan saja sedap tapi hidangan ini sihat dan senang nak buat. Rasanya ada masam manis dan pedas. Cara membuat dikongsi oleh Zura Tahir.
1 Biji bawang besar(hiris halus)
3 biji epal hijau (hiris halus)
1 biji bawang besar(hiris halus)
1 sudu kecil garam (ikut kesesuaian)
Cili merah dan cili padi (dihiris halus)
2 sudu gula
Secubit belacan
1 sudu Maggi cukup rasa
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.