Kek Span ni walaupun ringkas, tapi rasanya memang mengancam. Dapat makan kek yang panas-panas, gebu, perghhhh…sedapnya! Bagi anda yang suka ‘baking’, boleh cuba resipi ni. Pasti tak menyesal.
KEK SPAN MARBLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu makan ovalette (*)
1 sudu teh esen vanilla*
3/4 cawan tepung gandum (*)
1 sudu teh baking powder (*)
1/4 cawan susu cair (*)
Secubit garam (*)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk koko
CARA MEMASAK:
Ads
Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan bertanda (*) dan pukul hingga putih gebu. Matikan mixer dan masukkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicampur dengan serbuk koko manakala satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 5 atau 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper. Tuang adunan secara berselang-seli bagi mendapatkan corak kek yang berbelang-belang.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 atau 180C selama 35-40 minit. Guna api atas bawah atau bergantung pada kondisi ketuhar masing-masing.
Setelah kek masak, sejukkan di redai sebelum dipotong dan dinikmati.
Gandingan Aunty Aini dengan instafamous Adam Didam memang hebat. Gabungan ilmu memasak ibarat ibu dan anak ni menampilkan lagi 3 resipi,moden dan tradisi khas untuk penonton RASA : Ketuhar Kuali.
Siri ke 13 dan episod terakhir minggu ini Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi resipi Pizza Sosej Bersama Basil,, Sambal Tumis Kupang Bersama Petai dan Jejari Roti Bersama Sos Beri, cuba lah memang betul-betul sedap.
1.PIZZA SOSEJ BERSAMA BASIL
BAHAN-BAHAN :
Bahan topping :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung dengan yis segera, gula, dan gaul rata. 2. Masukkan bahan kering dalam mesin penguli, buat lubang di tengah-tengah dan masukkan air dan minyak zaitun. 3. Mesinkan hingga doh tidak melekat. 4. Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh. 5. Bentukkan bulat besar dan rehatkan doh selama 40minit. 6. Setelah selesai, buatkan bentuk buat dan leperkan diatas kertas pembakar. 7. Tekan 3cm dari hujung doh untuk menghasilkan kerak pizza. 8. Untuk sos, gunakan tomato cincang dan campurkan dengan bawang putih yang telah dicincang, garam, dan serbuk lada hitam. 9. Sapu sos pada permukaan pizza dan taburkan isi pizza seperti sosej, keju Mozarela dan Keju Parmesan. 10. Sapu minyak zaitun ditepi kerak pizza. 11. Panaskan dulang pizza sebelum meletakkan pizza. 12. Letak pizza, bakar selama 15minit pada suhu 200’C. 13. Keluarkan pizza setelah siap, dan taburkan daun basil. 14. Siap untuk dihidang.
2. SAMBAL TUMIS KUPANG BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. 2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan, dan bawang putih bersama sedikit air. 3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air. 4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa. 5. Tambahkan petai kedalam masakan dan perasakan dengan garam. 6. Masukkan bawang besar yang dihiris. 7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati. 8. Siap untuk dihidang.
3. JEJARI ROTI BERSAMA SOS BERI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan susu, air, garam dan mentega. Kacau hingga cair sebati. 2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik. 3. Masukkan susu yang sudah berada dalam suhu bilik kedalam tepung dan gaul rata. 4. Pukul telur hingga kembang dan curahkan kedalam barter perlahan-lahan sambil mengacau adunan. 5. Masukkan adunan kedalam beg paip, dan panaskan minyak untuk menggoreng. 6. Paipkan adunan dalam minyak panas dan gunting unuk putuskan adunan. 7. Toskan jejari apabila sudah kuning keemasan. 8. Untuk sos beri, potong buah beri segar menjadi saiz kecil. 9. Masukkan beri kedalam periuk dan masakkan beri bersama gula, esen vanila dan madu. 10. Masak beri sehingga lembik dan hancurkan. 11. Siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ni teringin nak masak kek yang tidak jemu makan. Nak mudah kita tak bakar tapi kita kukus. Bila kek dikukus rasa lebih sedap dan lebih gebu.Sebelum dikukus sebaiknya dihentak dulu loyang atau acuan untuk buang angin atau gelembung pada adunan kek.Adunan kek seterusnya juga dihentak-hentak sebelum tuang untuk lapisan seterusnya. Jom kita buat Kek Kukus 3 Layer ikut resipi yang dikongsi oleh Zura Zul.
Kek Kukus 3 Lapis Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI (ayak bersama) 1 cawan gula halus 4 biji telur 1 sudu besar ovellete-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar serbuk koko 1 sachet Nogula Caffe @sweetlab_dapor (boleh tukar 3 in 1 macam nescafe tu) Sedikit pewarna chocolate brown
Cara membuat: 1.Adun telur,ovellete, gula dan esen vanilla sampai kembang dan putih. 2.Masuk minyak masak dan adun sebati. 3.Kemudian susu cair dan adun hingga gebu. 4.Masukkan tepung sikit-sikit sambil adun perlahan/kaup balikkan dengan spatula hingga rata/sebati. 5.Bahagikan tiga bekas. 1 bekas dengan Nogula Caffe @sweetlab_dapor.. 1 bekas dengan serbuk koko,1 bekas yang plain. 6.Loyang atau acuan disapu minyak dan lapik baking paper. 7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Lapis 1(koko) 10 minit api sederhana. Penutup pengukus bungkus dengan kain yang sesuai. 8.Tuang layer kedua (caffe) kukus 10 minit, layer ketiga (plain) kukus 20 – 25 minit.
9.Sejukkan dulu, baru keluarkan kek tadi. Guna pisau plastic,cungkil dari tepi keliling loyang atau acuan. 10.Potong ikut cita rasa, sedia untuk dihidang. Kredit: Zura Zul
Sekali tengok rupa macam kek kukus, rupanya salah sangkaan tu. Tak perlu guna mixer, pengukus atau oven pembakar, hanya guna microwave sahaja. Teksturnya lembap dan lembut, tidak kering seperti sesetengah kek lain. Curah pulak dengan sos coklat, memang penambah rasa lemak. Sangat mudah dan cepat disediakan.
BAHAN-BAHAN:
Bahan yang bertanda (*) , sila rujuk gambar
CARA MEMASAK:
** Masa bergantung pada besar bekas yang dipakai. Pastikan bekas tinggi sedikit supaya adunan tak terkeluar masa pemanasan sedang berlaku.
Ketahui sejarah dan simbolik Sup Rumpai Laut 'Miyeok-Guk' tradisional Korea yang menjadi hidangan wajib ketika hari jadi, lengkap dengan kepercayaan, pantang larang dan resipi mudah.