Kek Batik Ganache merupakan antara manisan yang paling mudah dihasilkan dan enak dimakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, malah tak perlu guna ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang, dah menjadi. Paling enak jika dibuat menggunakan Anchor Salted Butter, mentega yang berkualiti tinggi. Anda pasti puas hati. Selamat mencuba!
KEK BATIK GANACHE
Bahan-bahan:
1 pek biskut marie
227gm Anchor Salted Butter
200gm serbuk coklat
3 sudu besar serbuk koko | diayak
¾ tin susu pekat
Bahan Topping Ganache:
200gm coklat bar
200gm Anchor Whipping Cream
100gm Anchor Salted Butter
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter, masukkan serbuk coklat dan kacau hingga sebati.
Kemudian, masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Tambahkan susu pekat dan gaul rata.
Untuk membuat topping ganache, cairkan coklat bar dan Anchor Salted Butter. Kemudian, masukkan Anchor Whipping Cream. Gaul rata dan siap.
Susunkan biskut di dalam loyang dan layerkan dengan adunan coklat tadi. Susun selang seli sehingga biskut habis.
Simpan di dalam peti sejuk supaya Kek Batik keras.
Selepas dua jam, Kek Batik sedia untuk dihidangkan.
Ada lebihan Rendang Daging yang tak habis? Jangan dibuang dulu, boleh buat Cheesy Rendang Beef Paratha ni. Menu yang sesuai dibuat ketika sahur. Tak rugi sebab memang sedap betul! Ada rasa pedas rendang dan lemak-lemak dari keju tu. Memang terangkat! Nak aroma dan rasa salai yang sebenar, gunakan je Chesdale Smoked. Anda pasti puas hati!
CHEESY RENDANG BEEF PARATHA
Bahan-bahan:
150gm rendang | leftover atau rendang tin
2 keping keju Chesdale Smoked
1 keping paratha | leftover paratha
2 sudu besar mayones
Cara Memasak:
Gaul rendang dengan mayones.
Letakkan inti rendang tadi di atas paratha bersama keju Chesdale Smoked.
Gulung kemas dan panggangkan di atas kuali sehingga perang dan keju mencair.
Tiada siapa yang boleh menolak apabila dihidangkan Lempeng Kelapa di depan mata. Selain mudah dimasak, ia juga sangat lembut dan sedap. Kali ini, kita cipta kelainan dengan menyediakan Lempeng Daging Berkeju. Lempeng diletakkan inti daging serta keju di dalamnya, digulung dan dipotong kecil. Makan panas-panas lagi sedap.
Lebih enak apabila apabila menggunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices dalam Lempeng Daging Berkeju ni. Mentega Anchor hadir dengan warna keemasan semula jadi yang pastinya memberi rasa berkrim dan kaya pada hidangan kita.Manakala Anchor Cheese Slices yang digunakan dapat menambah rasa dalam hidangan. Kepingan keju yang kaya dengan protein dan kalsium ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
LEMPENG DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
8-10 keping Anchor Cheese Slices
Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (LEMPENG):
360gram tepung gandum
200gram kelapa parut
500ml air
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, kelapa parut dan garam dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit lalu kacau hingga jadi bancuhan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Tuang sesenduk bancuhan lempeng lalu masak hingga agak perang dikedua-dua bahagian. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN C (INTI DAGING):
300gram daging kisar
50gram Anchor Unsalted Butter
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk kari
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bawang cincang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air lalu tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging kisar dan sos tiram. Gaul sebati dan tumis beberapa minit hingga daging masak. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan.
Ambil sekeping lempeng kelapa, letak 1-2 keping Anchor Cheese Slices. Sudukan inti daging lalu tutup atau gulung lempeng. Potong mengikut cita rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
440ml Fernleaf Susu UHT
280gram tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.