Jom cuba resipi Kek Apam versi bakar perkongsian saudari Chinta Qaseh Zulaikha ni. Asalnya resipi mudah ini perlu dimasak dengan cara kukus. Namun diubah kepada bakar kerana tiada pengukus. Wahhh…siapa sangka, elok juga hasilny. Memang gebu dan sedap. Ada yang nak rasa? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
1.Pukul telur terlebih dahulu hingga sebati kemudian baru masukkan gula dan adun lagi hingga gula hancur dan adunan kembang mengental.
2. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla. Sebatikan.
3. Matikan mesin pengadun dan masukkan tepung. Gaul sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk perisa dan warna.
IKLAN
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang siap digris dengan sedikit minyak atau mentega.
6. Panaskan ketuhar dan bkar kek menggunakan api atas bawah dengan suhu 180°c selama 35 minit. Masa dan suhu mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
Teringin nak makan kek tapi nak yang macam zaman mak kita dulu. Ringkas dan tak banyak bahan digunakan. Rasanya lebih puas makan dan tak muak makan walaupun berkali. Boleh buat sendiri ikut resepi perkongsian Puan Noriza Awang Hamat. Hidangkan untuk minum petang nanti.
KEK MARJERIN PELANGI
Bahan-bahan:
2 cawan marjerin pelangi
2 cawan gula aising
8 biji telur gred A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 cawan susu cair
2 sudu besar esen vanilla
Cara membuat:
1.Pukul marjerin dan gula.Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul perlahan.
2.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
3.Masukkan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk.
4.Sapu loyang 8 x 8 inci dan letak baking paper.
5.Bakar selama 1 jam hingga masak.Api atas dan bawah,suhu 180 oven haruslah panaskan 10 minit terlebih dahulu sebelum bakar kek.
Pemilik bakeri Adriana Cakes House ini mempunyai bakat luar biasa. Dia belajar membuat kek,bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak.
Norhayati Ahmad, 37 tahun, memang minat bidang yang memerlukan sentuhan seni. Inilah sebabnya mengapa dia memilih pembuatan bakeri dan pastri sebagai pilihan kerjayanya kini.
Norhayati Ahmad pemilik Adriana Cake House , tiga dari kiri (bertudung hitam)
Diam tak diam Adriana Cake House sudah beroperasi selama empat tahun. Kedai bakeri ini terletak betul-betul di kediamannya di Meru, Klang, Selangor. Bagi Norhayati berniaga sendiri menyebabkan ia mempunyai lebih masa untuk bersama-sama anak-anak. Malah nama kedainya Adriana mengambil awalan nama ketiga-tiga putri kesayangannya.
Perniagaannya sebenarnya sudah bermula sejak 2017 dengan berniaga dari rumah sebelum membuka kedai bakeri pada 2017. Di samping dia turut kelas mengajar baking dan juga menyewakan tempat untuk kelas masakan kek dan biskut. Adriana Cakes House turut menjual di kedai dan menerima tempahan online di alamat FB: adriana cakes and cookies.
Di antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Norhayati bersama dua pekerjanya adalah kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. Manakalah produk top sales adalah cream puffnya yang gebu, lembut dan berkrim enak.Dalam sehari dia dapat menjual 20 kotak yang berharga RM10 sekotak dan RM16.50 untuk kotak yang besar.
Dia juga turut menerima tempahan kek ‘custom made’ mengikut citarasa yang dikehendaki pelanggan.Prinsipnya mudah dalam menyediakan sesuatu kek atau produk biskut dan pastri yang lain dia amat mementingkan keenakan rasa agar pelanggan berpuas hati dan seterusnya berulang membeli dan seterus menjadi pelanggan tetap.
Latar belakang akademik Norhayati dalam pengajian perniagaan dan pengurusan runcit banyak membantunya dalam selok belok memajukan lagi Adriana Cakes House. Impian Norhayati adalah mengembangkan ilmu perniagaan dengan membantu keluarga dan memberi latihan kepada saudara-mara agar mereka juga dapat membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke kampung.
Norhayati sudi berkongsi resipi kek lobak merah dengan badam yang cukup “legend’.
KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
Lokasi: Lot 2035, Bt 7 1/2, Jalan Jambu, Meru, Kapar, Selangor
Pemilik : Norhayati Ahmad
Waktu urusniaga : Isnin hingga Sabtu, 10 pagi – 6.30 petang
Keistimewaan : 1. Menerima tempahan kek di kedai dan juga secara online FB 2. Menawarkan aneka jenis kek dan produk bakeri dan pastri dengan harga berpatutuan.Juga membuat custom made mengikut corak dan bentuk mengikut citarasa pelanggan. 3. Dekorasi kek yang berseni dan cantik. 4. Menawarkan kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. 5. Produk cream puff adalah antara jualan terlaris
ANDA INGIN MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK LOBAK MERAK. JOM LAYARINYA DI SINI.
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.