Sedapnya Kuih Kaswi Pandan ni. Cukup rasa lemak manisnya. Lembutnya tak usah cakap, memang bergedik-gedik. Kalau buat untuk minum petang, memang sedap. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Kaswi Pandan yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang terbaik. Cubalah.
CARA MASAK KASWI PANDAN LEMAK MANIS BERGEDIK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan)
4 cawan air
1 1/4 cawan gula
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Sediakan loyang bersaiz 10×10. Sapu sedikit minyak dan ketepikan.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Untuk membuat Kuih Kaswi, satukan semua bahan, sebatikan. Tapis jika perlu. (Opah kisar sahaja)
4. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.
5. Buka penutup periuk kukusan. Biarkan selama 10 minit lagi. Ia bertujuan nak bagi air pada permukaan Kuih Kaswi jadi kering. Jika masih basah, boleh lap guna tisu dapur.
Ads
6. Padamkan api dan keluarkan kuih dari periuk kukusan.
7. Biarkan kuih hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
8. Golekkan kepingan Kuih Kaswi Pandan ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Di musim cuaca yang tak menentu ni, memang sedap kalau dapat makan Bebola Keledek Manis panas-panas. Biasanya kalau di Cameron Highland atau Thailand ada jual benda ni. Manis-manis lemak rasanya. Memang sedap. Nak cuba buat untuk minum petang? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Ain Mat Daud.
CARA BUAT BEBOLA KELEDEK MANIS ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan keledek – rebus, lenyek dan baru disukat
1/4 cawan gula – lebihkan jika suka manis
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek hingga empuk. Lenyekkan. Kemudian satukan semua bahan dalam bekas dan uli hingga jadi doh.
2. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Pastikan saiznya sama besar supaya bila digoreng bebola akan masak sekata.
3. Panaskan minyak dan goreng bebola keledek hingga kuning keemasan.
INFO: Jika suka rasa bebola yang kenyal, lebihkan tepung pulut.
Macam-macam resipi kuih seri muka ada di internet. Tapi resipi yang satu ni agak berbeza sebab kelainan pada tekstur bahagian atasnya. Menurut individu yang berkongsi resipi ini, dia mahukan bahagian atasnya jadi seperti cream caramel iaitu lembut dan kurang tepung.
Meor Abd Marliza melalui facebook berkongsi resipi ini di group Rasa Share Resepi. Jom cuba buat!
SERI MUKA ALA CREAM CARAMEL
BAHAN LAPISAN BAWAH
600 gram beras pulut (rendam 3 jam sehingga beras pulut kembang dan toskan)
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Didihkan air kukusan.
2.Satukan semua bahan. Tanak pulut sehingga hampir kering.
3. Masukkan dalam loyang 10 x 10. Boleh juga guna acuan dan tekan sehingga padat.
4. Kukus semula selama 15 minit.
BAHAN LAPISAN ATAS
4 biji telur ayam gred A
3 cawan santan pekat
350 gram gula kastor
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu teh garam
7 helai daun pandan mesin bersama sebahagian santan dan tapis
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pukul telur ayam kemudian satukan dengan santan, gula kastor, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
2. Bubuh pewarna dan garam. Gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!