Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.
JAGUNG REBUS MANIS
BAHAN-BAHAN:
4-6 tongkol jagung manis – potong dua
6 keping keju Chesdale
250ml Fernleaf Susu UHT
100gram Anchor Butter Unsalted
180gram susu pekat manis
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
Tidak lama lagi kita bakal meninggalkan 2022. Pastinya banyak kenangan suka dan duka sepanjang tahun ini. Begitu juga dengan koleksi resipi menarik yang telah anda rasa atau cuba di tahun ini.
Sempena meraikan tahun 2023 yang bakal menjelang tiba, jom cuba resipi istimewa yang boleh anda hidangkan buat keluarga dan tetamu yang bakal bertandang ke rumah nanti.
Chef Brian berkongsi dua resipi istimewa sempena Tahun Baru untuk tetamunya Ah Fad iaitu Strawberry Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella dan yang kedua adalah Cheesy Canneloni Cake Masak Merah. Kedua resipi ini menggunakan keju Perfect Italiano Mozzarella dan keju Perfect Italiano Perfect Bakes. Sangat menyelerakan.
Keju Perfect Italiano Mozzarella memiliki tekstur keju yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Keju ini memberi regangan sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan.
Untuk resipi Cheesy Canneloni Cake Masak Merah,Chef Brian menggunakan keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Pencinta keju sangat dialu-alukan untuk mencuba.
Untuk hidangan menggunakan topping atau ditabur pada hidangan yang dibakar contohnya nasi atau pasta, keju Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Gabungan daripada 3 keju iaitu, Cheddar yang berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) dan Parmesan untuk memberikan hidangan dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, keju Perfect Italiano Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Selamat mencuba semua!!
Strawberry Cheese Choux Buns with Perfect Italiano Mozzarella
Pate a choux:
Bahan-bahan:
125 ml (1/2 cawan) air
60 g (1/4cawan) Mentega Anchor (Unsalted)
1 sudu besar gula kastor
75 g (1/2 cawan) tepung gandum
2 telur
Filling Mozarella:
Bahan-bahan:
250 ml (1 cawan) Susu UHT Full Cream Fernleaf
1/2 sudu kecil esen vanilla
4 kuning telur
30 g ( 2 sudu besar) gula perang
30 g (1/4 cawan) tepung jagung
1 cawan KejuPerfect Italiano Mozzarella
Coulis strawberi, Icing Sugar
Cara memasak:
1.Untuk choux, panaskan air, Mentega Anchor (Unsalted) dan gula. Tutup api dan masukkan tepung sekali gus. Masak sambil mengacau sehingga mendapat doh lembut dan doh mula mengering. Biarkan doh menyejuk. Pukulkan masuk telur. Masukkan dalam piping bag dan pipe saiz yang diinginkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C untuk 20 min. Buka pintu oven dan tutupkan kembali dan bakar untuk 10 min lagi.
2.Untuk filling, panaskan Susu UHT Full Cream Fernleaf bersama esen vanilla. Dalam mangkuk pukulkan bersama tepung jagung, kuning telur, gula kaster. Masak kembali sehingga memekat. Gaulkan masuk Keju Perfect Italiano Mozzarella.
3.Belahkan choux yang disejukkan, isikan dengan coulis strawberi dan filling. Hiaskan dengan gula aising.
Optional : Craquelin
30 g Mentega Anchor (Unsalted), suhu bilik
30 g gula perang
30 g tepung
Lenyekkan Mentega Anchor (Unsalted) bersama gula perang. Gaulkan masuk tepung. Buatkan satu lapisan 2mm dan bekukan 1 jam. Potong ikut bentuk bulat chou dan letak atas adunan chou sebelum dibakar.
Cheesy Canneloni Cake Masak Merah
Bahan-bahan:
1/2 cawan pasta canneloni -dicelur
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 paket KejuPerfect Italiano Mozzarella
1 cawan sos masak merah
1 paket KejuPerfect Italiano Perfect Bakes
Daun selasih segar
Cara memasak:
1.Susunkan canneloni yang dicelur secara menegak dalam loyang bakar bulat yang telah dioles minyak zaitun.
2.Sumbatkan dengan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan daging masak merah.
3.Tuangkan sos masak merah lebihan atas canneloni yang telah disumbat dan taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes.
4.Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C untuk 20 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Sejukkan sebelum dikeluarkan daripada loyang. Hiaskan dengan daun selasih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmatnya bila dapat makan Ayam Mentega Cili Kering ni dengan nasi putih panas-panas. Terasa keenakan mentega serta rasa pedas dari cili kering tu. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini, gunakan Anchor Cooking Cream sebagai pengganti santan dan Anchor Unsalted Butter untuk hidangan yang lebih harum. Hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Jangan lupa cuba tau!
Siapa sangka dengan menggunakan Bunga Kobis boleh menghasilkan satu menu yang enak dan berkrim. Anda memang wajib cuba resipi Bunga Kobis Masala Berkeju ni. Tak tipu, memang sedap! Rasa lemak berkrim dengan gabungan rempah dan keju. Macam makan kat kedai mamak! Tambahkan Anchor Cheese Slices untuk menaikkan rasa hidangan anda. Keju ini tinggi dengan kalsium yang sesuai untuk satu keluarga, tidak mengira usia. Satu hidangan yang wajib ada dalam list anda.