Disebabkan lambakan produk susu dengan pelbagai jenama di pasaran, susu tepung penuh krim mungkin sedikit sebanyak dilupakan. Tetapi tahukah anda susu tepung penuh krim terkenal dengan khasiat dan kebaikannya sejak berzaman lagi. Ia merupakan susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakan nutrien semula jadi dalam susu tersebut. Kandungan protein tinggi, kalsium tinggi serta pelbagai zat yang terkandung di dalamnya adalah penting sebagai sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Ramai yang beranggapan bila dewasa, sudah tidak perlu minum susu. Malah ramai juga dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang minum susu tepung kerana tidak menggemari rasanya. Rugi tau… bukan hanya diminum, susu tepung penuh krim sebenarnya boleh dipelbagaikan cara penggunaannya. Jika menyukai rasa susu segar, bancuh saja susu tepung penuh krim dengan air suhu bilik and simpan di dalam peti sejuk untuk 2 jam, rasanya memang setanding susu segar. 

Jangan abaikan khasiat dan kebaikan ‘superstar’ ini. Ada pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk menikmati susu tepung penuh krim dan salah satunya adalah melalui masakan. Segelas susu tepung penuh krim mengandungi peratusan lemak sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim, sesuai untuk menjadi gantian dalam banyak ramuan masakan.
 
SUSU TEPUNG FERNLEAF FULL CREAM PILIHAN BIJAK UNTUK SEISI KELUARGA

Sajian terbaik dihasilkan daripada sumber yang berkualiti. Maka tidak hairanlah Susu Tepung Fernleaf Full Cream menjadi jenama pilihan rakyat Malaysia.

Susu Tepung Fernleaf Full Cream diperbuat daripada 100% susu New Zealand (dipek di Malaysia) – salah satu negara penternak tenusu terbaik di dunia, di mana lembu-lembu mendapat jagaan dan diberi makan rumput segar yang sebaiknya untuk menghasilkan susu secara semulajadi. Warna kekuningan susu tepungnya berasal dari sumber diet lembu yang berkualiti, iaitu kandungan beta-karotene dari rumput segar.

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Setiap hidangan Susu Tepung Fernleaf Full Cream membekalkan protein bersamaan 1.3 biji telur. Ia juga mengandungi nutrien semulajadi dari susu seperti kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12. Hidangan Susu Tepung Fernleaf Full Cream yang disyorkan adalah sebanyak 2-3 gelas setiap hari. Kemanisannya terhasil daripada laktosa yang didapati secara semula dalam Susu Tepung Fernleaf Full Cream, menjadikan jenama ini pilihan yang lebih bijak untuk setiap keluarga.  

Bayangkan jika anda menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream setiap hari dalam masakan. Banyak kebaikan yang anda sekeluarga perolehi. Air tangan ibu kan sebaik-baik sajian. Inilah cara paling mudah memberikan sesuatu yang sempurna dan berkhasiat kepada suami dan anak-anak.

Setiap hari, ibu-ibu akan memasak pelbagai sajian untuk keluarga tersayang dan tentunya hidangan terbaik penuh nutrisi menjadi pilihan agar memberikan manfaat dan kebaikan buat ahli keluarga apa lagi dalam musim pandemik sekarang ini.

 Kebaikan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dalam masakan tidak dapat disangkal lagi. Inilah antara 10 sebab mengapa susu tepung penuh krim dapat menonjolkan rasa hidangan anda sekeluarga.  

 

1. PENGGANTI SANTAN

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Rakyat Malaysia memang gemar sajian bersantan seperti kari, Masak Lemak Cili Api, gulai, dalca, Ayam Masak Mentega dan pelbagai lagi. Oleh itu, guna susu tepung penuh krim sebagai salah satu bahan utama dalam masakan harian. Tidak perlu banyak. Hanya beberapa sudu sahaja sudah cukup menjadikan masakan anda jadi lebih sedap dan berkrim. Lagipun, susu tepung penuh krim ini senang dibancuh dengan air suhu bilik sahaja.

 

2. PELENGKAP KEPADA DIET SEIMBANG

Susu adalah makanan keperluan yang padat dengan nutrien yang bermanfaat. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh badan. Selain protein berkualiti tinggi, ia juga mengandungi karbohidrat, lemak, mikro-nutrien seperti kalsium, magnesium serta pelbagai vitamin yang penting dalam diet seimbang.  

 

3. PILIHAN BIJAK PENGGANTI GULA

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Bagi anda yang gemarkan manisan pula, cubalah guna susu tepung penuh krim bagi menggantikan pemanis dan gula. Tambahkan susu tepung dalam bancuhan lempeng, kek, kuih-muih dan puding. Selain membekalkan kebaikan susu, rasanya juga dijamin lebih enak. 

 

4. BAHAN RAHSIA UNTUK KEK, BISKUT & BROWNIES YANG LEBIH ENAK

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

 

Susu tepung penuh krim meningkatkan rasa dalam kek, biskut dan brownies dengan memberikan  rasa lebih sensasi dan tekstur yang lebih berkrim. Apabila dipanaskan, gula semula jadi daripada susu tepung berubah menjadi karamel, yang menambah rasa dan memberikan tona kek yang lebih coklat. Bukan itu sahaja, semasa dibakar, lemak susu bertindak balas dengan protein gluten menghasilkan kek, brownies atau biskut yang lebih lembap.

 

5. KUIH JADI LEBIH GEBU

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Susu tepung penuh krim mengandungi  laktosa dan juga protein yang tinggi  yang mana kedua-duanya dapat memberikan kelebihan jika ditambah ke dalam kuih muih yang dohnya mengembang seperti donat. Selain memberikan rasa yang enak, susu tepung juga menjadikan warna kuih yang lebih cantik, tekstur permukaan yang garing serta lembut bila dimakan.

 

6. HASILKAN ROTI HOMEMADE YANG LEBIH SEDAP & LEMBUT

IKLAN

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Jangan tak tahu, susu tepung penuh krim juga merupakan ramuan yang sangat berguna dalam penghasilan roti. Ia membantu doh roti naik lebih tinggi malah penambahan dalam adunan ‘flat bread’ seperti roti paratha, memberikan tekstur yang lebih lembut.

Susu cecair membolehkan doh beragi menahan lebih banyak gas yang menjadikannya doh lebih ringan. Tetapi ia juga menambahkan air ke dalam adunan yang mana jika terlalu banyak boleh merosakkan tekstur. Penggunaan susu tepung memberi kelebihan susu tanpa perlu menambahkan cecair yang terlalu banyak sekaligus membantu menghasilkan roti yang sempurna.

 

7. MUDAH DISIMPAN

Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk serta tidak menggunakan ruang penyimpanan yang besar. Cukup sekadar disimpan di dalam bekas kedap udara dan diletakkan di sudut kecil di bahagian dapur. Berbanding jika anda menggunakan santan atau susu pekat manis, kedua-duanya bila sudah dibuka, lebihannya harus disimpan di ruangan dingin dan kering bagi mengekalkan keenakan rasa.

 

8. JANGKA HAYAT LEBIH TAHAN LAMA

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Susu segar dan santan segar tidak boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini dan boleh disimpan lebih lama kerana cara pemprosesannya yang maju dan tidak ditambah sebarang bahan pengawet.  Untuk menggunakannya, hanya perlu bancuh menggunakan air suhu bilik sahaja. Malah ada resipi yang anda hanya perlu masukkan susu tepung begitu sahaja tanpa perlu bancuh. Cukup mudah.

 

9. LEBIH JIMAT & TIDAK MAHAL

 

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Penggunaan susu tepung dalam masakan ternyata lebih ekonomi dan menjimatkan. Sajian barat seperti Pasta Carbonara misalnya, harga sos sedia guna yang dijual agak mahal. Jika perlu beli dalam jumlah yang banyak tentunya agak membebankan. Kini hanya dengan menggunakan susu tepung penuh krim, anda boleh menghasilkan Sos Carbonara homemade enak berkrim yang penuh kebaikan tenusu tanpa berbelanja lebih. Memang berbaloi.

 

10 . BAHAN RAHSIA UNTUK HASILKAN MILK SHAKE YANG SEDAP

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

Selain digunakan dalam masakan, pembuatan kek dan penghasilan kuih-muih, susu tepung penuh krim juga boleh digunakan untuk menghasilkan minuman yang enak! Hanya perlu campurkan dengan buah-buahan segar kegemaran anda untuk menghasilkan segelas ‘Milk Shake’ yang penuh dengan kebaikan protein dan berkhasiat!

 

Pengambilan susu setiap hari membantu tubuh mendapatkan sumber protein berkualiti tinggi dan nutrien penting dalam diet seimbang. Protein tenusu yang terkandung di dalam susu tepung penuh krim merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi dan membekalkan asid amino yang penting kepada badan termasuk sistem pertahanan badan. Binalah sistem pertahanan yang kuat terutamanya di musim pandemik ini.

IKLAN

Dengan harga kurang RM1 segelas, anda boleh menikmati pelbagai kebaikan daripada segelas Susu Tepung Fernleaf Full Cream. Jadi, lengkapkan menu harian dengan menambah kebaikan susu tepung dalam juadah harian supaya mendapat manfaat yang optimum.

Tiada ragu lagi Susu Tepung Fernleaf Full Cream memberikan pulangan kebaikan berganda buat anda sekeluarga. Mulakan hidup yang lebih sihat dan ceria dengan menikmati dua sajian enak serta mudah yang boleh dihasilkan secara homemade di rumah menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream.

Selamat mencuba!

 

 

DAGING STROGANOFF

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging lembu muda | hiris nipis

8 biji cendawan butang segar | hiris nipis

1 biji bawang besar | cincang dadu

4 sudu makan Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 1 cawan air | bancuh

6 sudu makan mentega

1 biji lemon | perah jusnya

1/2 sudu teh tarragon kering

Sedikit serbuk buah pala

Garam dan lada sulah secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Di dalam mangkuk, satukan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan jus lemon. Tutup dengan plastik cling wrap selama 15-20 minit.

IKLAN

2. Cairkan dua sudu makan mentega di dalam kuali. Goreng hirisan daging hingga perang di kedua-dua bahagian.  Tabur dengan sedikit garam dan lada sulah.  Angkat dari kuali dan ketepikan.

3. Menggunakan kuali yang sama, tambah dua sudu makan lagi mentega. Tumis bawang hingga layu.  Angkat bawang dari kuali dan ketepikan.

4. Masih menggunakan kuali yang sama, tambah lebihan mentega dan tumis hirisan cendawan hingga layu. Tabur tarragon kering dan serbuk buah pala.  Kacau sebati.

5. Masukkan semula daging dan bawang tadi. Tambah campuran Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan jus lemon, garam dan lada sulah secukup rasa.

6. Masak seminit dua lagi hingga semua bahan sebati (jangan sampai kuah mendidih) dan tutup api.

7. Hidangkan Daging Stroganoff bersama Nasi Mentega atau pasta rebus.

 

 

FLAT BREAD HERBA KERING

Ini 10 Sebab Mengapa Masakan Lebih Sempurna Dengan Menggunakan Susu Tepung Full Cream

BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum | ayak

180gm Susu Tepung Fernleaf Full Cream + 1/4 cawan air | bancuh

50gm mentega

1 sudu teh herba Italy kering

1/2 sudu makan minyak

1/2 sudu teh garam halus

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan mentega dan bancuhan Susu Tepung Fernleaf Full Cream di dalam periuk kecil lalu panaskan atas api sederhana hingga mentega cair. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit (tapi masih suam).

2. Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, garam, herba Italy kering dan campuran susu + mentega tadi. Gaul hingga semua bahan sebati.

3. Tuang bahan-bahan yang sudah digaul tadi ke atas papan pencanai lalu uli beberapa minit hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik boleh tambah sedikit lagi tepung gandum.

4. Letak doh di dalam mangkuk lalu tutup menggunakan plastik cling wrap selama 30 minit.

5. Setelah direhatkan, bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola.

6. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai, ambil sebiji doh yang dah direhatkan tadi lalu canaikan nipis.

7. Panaskan kuali non-stick dengan api yang kecil. Sapu sedikit minyak di dalam kuali.  Letakkan sekeping doh lalu masak di kedua-dua bahagian hingga agak garing dan sedikit perang.

8. Flat bread ini sesuai dimakan dengan sebarang sambal atau kuah kari.

 

Rujukan:

  1. https://www.womansworld.com/posts/food-recipes/milk-powder-for-baking-172895
  2. https://www.myrecipes.com/cooking-method/baking-recipes/use-milk-powder-baking
  3. https://www.epicurious.com/ingredients/milk-powder-baking-cookies-cake-brownie-article





Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI