Lauk paling mudah dan cepat untuk dimasak bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Namun jangan pandang enteng. Ringkas dan sangat mudah namun boleh buka selera makan sampai minta nasi tambah. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
IKAN TAMBAN GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan tamban
- 150gm bawang besar ] hiris bulat
- 100gm cili api ] racik
- 1 biji limau nipis ] ambil jus
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
- Gorengkan bawang besar dan cilia pi hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
- Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu letak garam sebab ikan tamban dah punya rasa masin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah, Sedap & Tak Hanyir.
Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!
RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG ‘SIMPLE’
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan – potong 2
- 2 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang serai – diketuk
- 4 biji tomato
- 15 batang bendi
- 1 senduk cili kering kisar
- 1 mangkuk air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 15 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahankisar dengan serai sehingga masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.
7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
9. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Akma Abdullah
ANDA JUGA KENA CUBA MENU NI:
Sedapnya Lauk Ikan Masin Tumis Berempah! Makin Bertambah Makan Nasi
Lauk ini tidaklah mahal tapi mudah untuk disediakan. Lauk ringkas sebegini tak semestinya tak sedap dan yang paling bahaya, pasti bertambah makannya.
Perkongsian resipi daripada sudara Khabbab Jamalludin, betul-betul membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati di kedai.
RESIPI CARA BUAT IKAN MASIN TUMIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Segenggam isi ikan masin (ikan talang, tenggiri atau ikan malong)
½ biji bawang merah besar – beli online di sini
½ genggam cili api (ikut tahap kepedasan yang diinginkan) – beli online di sini
Segenggam bahan asam (saya guna belimbing buluh & limau kasturi. Kalau tak ada, boleh guna bunga kantan atau bacang)
5 sudu makan serbuk rempah warna kelabu (rempah sup/rempah kurma/rempah briyani. Ikut mana yang ada. Tambah air sampai jadi pes pekat)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula – beli online DI SINI
*genggam itu anggaran
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Sambal Tumis Sardin
TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef
CARA-CARA:
1.Mula-mula, cuci dan rendam sekejap ikan masin. Kemudian goreng sekejap dalam minyak panas dalam api yang besar.
2. Goreng sampai warna dia seperti dalam gambar. Jangan terlalu garing, nanti tumisan kita susah nak menyatu. Dah siap, ketepikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Di dalam kualiti yang sama, keluarkan sedikit minyak tadi. Kemudian, tumis bawang merah dan cili api sehingga wangi.
4. Setelah wangi, masukkan pula rempah yang kita dah jadikan pes. Biarkan rempah pecah dengan api perlahan sekitar 2 minit.
5. Kemudian, masukkan ikan goreng yang kita dah goreng terlebih dahulu tadi dan gaul.
6. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh atau apa yang anda suka. Biarkan belimbing mulai layu.
7. Tambahkan garam dan gula pasir. Siap.
8. Makan dengan nasi panas atau pulut kukus.
Kredit resipi: Khabbab Jamalludin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tips Tak Perlu Masak Banyak Lauk, Boleh Guna Resipi Sambal Padang Ini
Suka Makan Tempoyak? Ini Cara Nak Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap
Selain dimasak kari, masam manis atau gulai, ikan bawal juga enak dimasak Sambal Taucu begini. Kombinasi sambalnya yang enak dan juga isi ikan bawal yang lembut, memang sangat sepadan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, menu perkongsian saudari Nurul Ateekah ini sangat sesuai untuk dicuba. Rasanya? Tentulah enak. Rugi kalau tak cuba tau. PAsti kena dengan selera semua.
RESEPI SAMBAL TAUCU IKAN BAWAL
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu makan cili kisar – beli online disini
3 sudu makan kacang Taucu – dibilas dengan air – beli online disini
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji cili hijau – dibelah
1 biji cili merah – dibelah
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 biji bawang besar – potong bulat
1 batang serai – diketuk
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang taucu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga kesemuanya bersalut sekata .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa
Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official